Chapter 24

1.1K 141 14
                                    

Baekhyun perlahan lahan membuka pintu bilik Byun Jinwoo.Ingin melihat anaknya dahulu sebelum dia masuk tidur.Langkah diatur masuk kedalam bilik Byun Jinwoo.Dia melihat kearah katil.Ada Jihyo disebelah Byun Jinwoo.Kedua duanya sudah pun tidur.Baekhyun berdiri disebelah Jihyo.Selimut ditarik dan menyelimut tubuh Jihyo yang tidak berselimut.Ketika ingin melangkah keluar,Jihyo tersedar.Mereka berpandangan.Masing-masing tidak bersuara.

"Saranghae"ucap Baekhyun kepada Jihyo dan selepas itu melangkah keluar.

Jihyo tersenyum.

Byun Jinwoo yang lena tidur dipeluk.

Baekhyun masuk kedalam biliknya.Gambar perkahwinan dia dan Jihyo dipandang.Dia memeluk tubuh dan bersandar dimeja kerja.Jika boleh diputarkan masa,dia tidak mahu munculkan diri dalam hidup Jihyo.Tak sanggup dia melihat Jihyo bersedih,dhina.Lebih lagi apabila membayangkan kepayahan Jihyo menjaga Byun Jinwoo selama dia tidak ada.Pasti banyak kepayahan yang Jihyo hadapi.

"Mianhe,.."

Baekhyun menunduk.Dia berdeham untuk menahan rasa sebak didada.Semuanya sudah terjadi.Dia harus pertahankan rumah tangga dia dan Jihyo.Tidak mahu Byun Jinwoo merasakan kehilangan seorang appa buat kali kedua.Byun Jinwoo masih kecil dan tidak tahu apa-apa tentang dia dan Jihyo.

Bunyi telefon mengalihkan perhatian Baekhyun.

"Ya,kau settle kan lah.Aku malas lah nak ambil tahu pasal ni"Baekhyun menghempaskan tubuhnya diatas katil.

"Tapi ni ada kaitan dengan omma kau"

Baekhyun bangun dari baring dan duduk bersila.Bunyi nada suara HeeJun macam serius.

"Omma??apa maksud kau?"

"Omma kau datang jumpa aku.Dia dengan Yoojung.Dia tekan aku supaya kau ceraikan Jihyo.Kalau tak dia tak nak aku jadi manager kau lagi.Aku pening lah Baekhyun.Aku pun terbabit sama ni.Apa aku nak buat?"

Kata-kata Heejun betul-betul mengejutkan Baekhyun.Dia terus mematikan talian.Turun dari katil.Sweater didalam almari diambil.Dia perlu berbincang dengan omma nya.Omma nya itu begitu nekad supaya dia ceraikan Jihyo dan berkahwin dengan Yoojung.

"Awak nak pergi mana?"pertanyaan Jihyo menghentikan langkah Baekhyun yang ingin menuruni tangga.Baekhyun mengalihkan pandangannya kepada Jihyo yang menapak kearahnya.

"Dah pukul 1:00 pagi.Bahaya"ujar Jihyo.Jelas riak wajahnya risau.Risaukan keselamatan Baekhyun.Risau kemarahan Baekhyun datang lagi.Dia takut.

"Jangan risaukan aku.Kau tidurlah.Nanti aku balik"dahi Jihyo dikucup sekilas dan setelah itu Baekhyun menuruni tangga.

Jihyo sekadar melihat Baekhyun pergi.Dia keliru,dia pelik.Apa yang sedang berlaku sekarang ini??kenapa dengan Baekhyun??suaminya itu didalam masalah.Tapi dia tidak tahu apa-apa.

•••••••••••••••

"Awak tak patut buat macam tu.Kenapa awak pergi jumpa Heejun??dia tak ada kena mengena dalam hal ini.Selama bertahun tahun Baekhyun jadi artis,Heejun yang banyak bantu Baekhyun.Awak memang tak patut kaitkan Heejun"marah Tuan Byun.Kecewa dengan sikap isterinya yang bertekad untuk pisahkan Baekhyun dan Jihyo.Tanpa fikir tentang perasaan mereka.Lebih lagi Byun Jinwoo cucu mereka.

"Dia tu manager Baekhyun.Memang patut dia bantu anak kita.Yang tak patut dia tak patut sorokkan pasal Baekhyun dengan perempuan tu.Berpakat dengan Baekhyun.Apa??nak lindung perempuan tu??apa yang perempuan tu ada.Omma dengan appa pun tak ada.Entah-entah anak pungut"herdik Puan Byun tanpa rasa bersalah sedikit pun.

"Stop.Saya cakap stop.Yang awak nak aturkan kebahagiaan Baekhyun tu kenapa??saya tahu dia anak awak.Tapi awak tak ada hak nak atur hidup dia.Dia ada hak nak pilih siapa pun"ujar Tuan Byun keras.

"Tapi uncle.."

Percakapan Yoojung dipintas.

"Kamu pun satu.Apa yang aku harap kan dengan Baekhyun??dia dah ada isteri,ada anak.Kamu ni dah kenapa nak rosakkan rumah tangga orang lain.Dah pupus ke semua lelaki dekat dunia ni sampai suami orang pun kamu nak"

Yoojung terdiam.Dia tahu ramai lagi lelaki.Tetapi hatinya ada pada Baekhyun.Hanya Baekhyun yang dia cinta.

"Omma.."

Baekhyun masuk kedalam rumah.Melihat situasi yang tegang sekarang dia tahu apa yang berlaku.Pandangan tajam dihalakan kepada Yoojung.

"Apa yang kau buat dekat sini Yoojung??tak cukup lagi kau kacau rumah tangga aku.Sekarang kau nak rosakkan pula.Kenapa keji sangat kau ni"marah Baekhyun.Dia betul-betul tak tertahan.

"Baekkie cukup.Tak payah nak marah Yoojung.Dia dah cukup baik.Tunggu Baekkie.Walaupun Baekkie marah dia.Dia tetap tunggu Baekkie.Ikhlas cintakan Baekkie"

Baekhyun meraup wajahnya kasar."Baekkie tak perlukan keikhlasan cinta dia omma.Baekkie dah ada Jihyo,Byun Jinwoo.Cucu omma.Omma tak bahagia ke ada cucu?"tanya Baekhyun.Entah kenapa dia rasa sebak.Bagaikan omma nya tidak dapat untuk menerima anaknya.Cucu sendiri.

"Omma tak boleh terima cucu dari perempuan tu!!"

"Yahh!!..apa yang awak cakap ni?"marah Tuan Byun.Isterinya itu sudah melampau.

"Jihyo.."sebut Tuan Byun tatkala melihat kearah pintu.

Serentak mereka melihat kearah pintu.Terkejut Baekhyun tatkala melihat Jihyo.

"Ji-Jihyo.."Baekhyun meninggalkan ruang tamu apabila melihat Jihyo pergi.

"Jihyo tunggu.."percakapan Baekhyun terhenti apabila Youngbin.Jihyo datang bersama Youngbin.Hatinya mula panas.

"Kenapa kau datang dengan dia ni??aku dah cakap jangan jumpa dia dah"

"Saya risaukan awak Baekhyun.Saya rasa awak ada masalah.Naluri saya kuat mengatakan awak datang sini.Saya minta tolong Youngbin sebab saya tak tahu nak datang dengan siapa"

"Aku dah cakap jangan risaukan aku kan.Kenapa kau degil keluar dengan dia hahh?!!"Baekhyun menengking.Suaranya kembali seperti sebelum ini.Suara yang tidak mahu Jihyo dengar.

"Baekhyun!!..kau tak payahlah nak marah Jihyo sampai macam tu sekali.Aku tolong dia je.Kami bukannya ada apa-apa pun"ujar Youngbin.

"Kau tak payah nak masuk campur.Kau ingat aku tak tahu yang kau sukakan isteri aku.Kan!!"

"Ye memang aku sukakan isteri kau.Eh kau ingat aku takut ke dengan kau.Kalau macam nilah layanan kau dekat Jihyo.Aku ni boleh je tahu rampas Jihyo dari kau"

Pang!!

Youngbin terjatuh apabila ditumbuk oleh Baekhyun.

"Baekhyun sudahlah tu!!"Jihyo memegang lengan Baekhyun menghalang dari suaminya itu terus memukul Youngbin.

Youngbin memegang pipinya.Baekhyun dipandang tajam.

"Heyyy..aku tak akan bagi sesiapa pun rampas Jihyo dari aku.Dia milik aku.Aku rela mati lah demi pertahankan apa yang dah jadi milik aku!!"

Baekhyun menarik tangan Jihyo.Membawa jihyo ke keretanya.

••••••••••••

"Arghhhh..sial lah!!"jerit Baekhyun.Stereng kereta dihentak kuat.

Terhenjut bahu Jihyo terkejut.Dia takut.Baekhyun betul-betul dah lain.

"Aku dah cakap jangan jumpa Youngbin lagi.Aku kenal dia macam mana.Kenapa kau degil sangat?!!"tanya Baekhyun kepada Jihyo.Suara cuba diperlahankan.Dia tahu Jihyo takut.

"S-saya..saya cuma risaukan awak"nada suara Jihyo terketar ketar.Dia takut untuk pandang Baekhyun.

"Bila bercakap pandang aku"tegur Baekhyun.

Jihyo alihkan pandangannya kepada Baekhyun.Jelas wajah putih Baekhyun kini kemerahan.

"Aku ni lelaki.Aku pergi rumah keluarga aku.Jadi buat apa kau nak risau dengan aku.Bukannya keluarga aku buat apa-apa dengan aku"

"Cakap jelah kau memang nak keluar dengan Youngbin"sambung Baekhyun.Enjin kereta dihidupkan.

Jihyo menangis.Kenapa Baekhyun perlu cakap macam tu??

"Dahlah tak payah menangis.Apa pun yang jadi aku tak akan lepaskan kau.Kau milik aku Jihyo.Ingat tu"

TBC

[ C ] who? fall in love with fan • bbhWhere stories live. Discover now