👥+6👥

2.3K 203 95
                                    

Baekhyun's POV

Perkara pertama yang aku lihat sebaik sahaja aku mencelikkan mata adalah karpet bulu berwarna hitam. Baunya tidak menyenangkan dan aku dapat merasakan seluruh badan aku lenguh dan tidak bermaya. Aku rasa penat seperti hampir separuh daripada tenaga aku sudah digunakan.

Tahulah aku bahawa Je Ha muncul semula.

Wajah aku berkerut-kerut apabila aku cuba untuk menggerakkan tangan aku. Kepala aku terasa agak berat dan tekak aku terasa loya. Kedua belah tapak tangan aku lekapkan pada karpet di ruang tamu rumah aku itu lalu berat badan aku tampung untuk bangun. Semua sendi dan otot aku lembik.

Dengan menggunakan seluruh tenaga yang aku ada, akhirnya aku berjaya juga untuk menukar posisi supaya duduk dengan kaki yang melunjur ke hadapan. Belakang badan aku sandarkan pada kaki sofa dan kepala didongakkan keatas untuk melegakan rasa pening yang mencucuk-cucuk.

Setelah beberapa saat, kepala aku jatuhkan pula untuk memeriksa pakaian yang aku pakai. Ianya adalah kemeja berwarna putih didalam dan dikenakan jaket kulit hitam. Seluar jeans yang dipakai ketat dan sendat. Melihatkannya sahaja buat aku rasa geram. Ini bukan cara pemakaian aku. Sungguh menarik perhatian dan nampak ganas.

Kolar jaket kulit yang dipakai itu aku bawa kehidung lalu aku hidu berkali-kali. Ada bau yang kuat dan menyegat deria bau aku. Sah. Je Ha mengambil kesempatan untuk minum alkohol lagi malam semalam. Aku sendiri tidak pasti apa yang telah terjadi. Otak aku langsung tidak mengingati tentang apa yang telah berlaku semalam.

Aku cuma mengharapkan tiada sebarang pembunuhan berlaku semalam. Je Ha tidak boleh dijangka. Dia seorang yang keras kepala dan melakukan semuanya atas kehendaknya sendiri. Kadang-kadang aku sendiri tidak boleh menghalangnya daripada mengambil alih minda dan tubuh badan aku. Masa dan tenaga aku dicuri begitu sahaja.

Dan akhirnya, apabila aku sudah sedar sepenuhnya kembali, aku akan ditinggalkan dengan beberapa masalah yang dicipta oleh lelaki itu sendiri. Kadang-kadang aku akan diserang oleh orang yang tidak dikenali dan mereka memanggil aku dengan panggilan Je Ha. Dipukul oleh orang asing itu sudah menjadi kebiasaan. Aku cuma perlu mengelakkan diri aku daripada perasaan takut dan marah yang tidak terkawal.

Kerana saat itulah, Je Ha akan mengambil kesempatan untuk menggantikan tempat aku. Hanya dengan mengawal perasaan aku, aku akan dapat menghalangnya daripada bebas keluar. Cuma ada beberapa kali sahaja Je Ha berjaya mengambil alih tempat aku, ketika aku sedang tidur.

Nafas berat aku hela perlahan lalu mata aku pejam erat. Belakang kepala aku sandarkan pada sofa dibelakang. Tubuh aku rasa tidak bermaya dan difikiran aku cuma mahukan mandi hangat dan rehat yang secukupnya. Buat sementara aku ingin memanjakan tubuh badan aku dengan layanan yang sepatutnya. Tapi itu bukan sifat aku.

Waktu-waktu begini biasanya aku akan bersiap untuk keluar dan menziarahi rumah Seul. Semenjak Seul digantung sekolah, rutin pada waktu pagi aku digantikan kepada itu. Buat apa aku ke sekolah jika Seul tiada disitu? Buang masa dan tenaga. Aku akan kesekolah semula selepas Seul kembali kesekolah. Iaitu selepas peperiksaan pertengahan tahun.

Aku tersengih kecil memikirkannya. Sesaat kemudian, duduk aku kembali tegak. Hati aku kembali teruja apabila memikirkan tentang Seul. Gadis itu sememangnya mempunyai sesuatu yang membuatkan aku tertarik kepadanya.

Dia cantik.

Baik juga.

Dan aku suka melihat ekspresinya apabila aku mengusiknya.

MaskWhere stories live. Discover now