PROLOG

35 1 0
                                    

Olly Farisya dan Izroo Faezrul saling berpandangan. Olly Farisya merenung anak mata lelaki itu. Jelas kelihatan melalui anak mata hazel Izroo Faezrul sangat tidak setuju dengan perjodohan tersebut. Olly Farisya juga sebenarnya tidak mahu perjodohan tersebut terjadi kerana lelaki itu ialah anak muridnya.

Olly Farisya mengalih pandang ke arah Dato' Hamzi dan Datin' Sarah.

"Mom, dad Isya bukan tak nak kahwin dengan Izroo tapi Mummy dengan Daddy tahukan Izroo ni student Isya?" ujar Olly Farisya sopan.

"Jadi?" kata Datin' Sarah.

Olly Farisya menarik nafas sebelum menjawab.

"Takkan Isya kahwin dengan anak murid Isya sendiri? Muda pula tu dari Isya. Macam tak sesuai pula!" kata Olly Farisya.

Datin' Sarah menggeleng. Dia kenal benar perangai anaknya itu. Dia tahu Olly Farisya bukanlah seorang yang suka memilih jika di beri pilihan lain.

"Apa yang tak sesuai Isya? Izroo kan muda setahun je dari Isya! Mummy dengan Daddy yakin yang Izroo boleh jadi imam untuk Isya"

"TapiMummy.. Isya tak boleh!" kata Olly Farisya dengan suara yang lirih.

'Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini! Aku buntu untuk membuat keputusan!'

"Datin', tak payahlah paksa anak Datin' tu kalau dia tak nak. Kami faham. Diorang pun muda lagi. Insyaallah kalau ada jodoh tak kemana!" kata Datin' Lina bersama anggukan Dato' Zarif.

Datin' Sarah dan Dato' Hamzi memandang ke arah orangtua Izroo.

"Tak boleh macam tu Lina, kita dah rancang. Perjodohan tetap akan dilangsungkan." ujar Datin' Sarah.

"Mak, Izroo masuk bilik dululah!" pamit Izroo Faezrul sambil mengangkat punggungnya dari sofa. Namun, belum sempat dia melangkah Dato' Zarif memanggilnya. Izroo Faezrul menoleh.

"Iz kena berbincang dengan Isya dulu! Kami nak kepastian daripada korang berdua dulu." ujar Dato' Zarif.

Izroo Faezrul mendengus geram. Matanya tajam memandang ke wajah Olly Farisya. Olly Farisya menunduk.

'Kenapa Cikgu Farisya ni juga yang jadi bakal isteri aku? Takde minah lain ke selain minah ni?'

****

Izroo Faezrul memandang jauh nun di halaman rumahnya. Mulutnya terasa kaku untuk memulakan bicaranya. Fikirannya buntu.

Olly Farisya hanya mampu menanti bicara dari Izroo Faezrul. Dia juga sebenarnya tidak tahu harus mula dari mana.

"Kau setuju?" tanya Izroo Faezrul tiba-tiba.

"Setuju apa?" tanya Olly Farisya pula.

Izroo Faezrul mendengus kasar.

'Cikgu Farisya ni tak faham ke buat-buat tak faham? Sengal betullah minah ni!' kutuk Izroo Faezrul dalam hati.

"Maksud aku, kau setuju ke dengan perjodohan tu?"

"Awak pula macam mana?"

"Eh, aku tanya kau yang kau tanya aku balik buat apa?"

'Hah, minah macam ni yang akan jadi wife aku? Lembab betul nak berfikir! Macam manalah dia ni boleh jadi Cikgu! Hampeh betul!'

"Saya ikut awak" jawab Olly Farisya ringkas.

"Kau nak ikut aku pergi mana?" Tanya Izroo Faezrul lagi.

Olly Farisya tergelak kecil.

"Tak. Maksud saya, saya ikut keputusan awak! Awak lebih berhak buat keputusan sebab tahun ni awak SPM. Saya tak nak masa depan awak hancur sebab saya."

"Tak payahlah kau masukkan pasal SPM! Yang aku nak cuma jawapan kau!"

"Tadi saya dah jawap kot! Jawapan tu ada pada awak!" ujar Olly Farisya.

"Hmm.. Okeylah!" jawab Izroo Faezrul ringkas.

****

Semua masing-masing memandang anak sendiri. Datin' Lina memandang tepat ke wajah tampan anak terunanya. Dato' Zarif hanya menanti keputusan yang bakal keluar daripada mulut anak terunanya itu.

Olly Farisya pula hanya diam seribu bahasa kerana dia sudah tahu apa jawapan yang bakal keluar dari mulut pemuda itu. Dia juga tidak berharap sangat untuk berkahwin dengan Izroo Faezrul.

"Jadi apa keputusan Iz?" ujar Datin' Lina.

Izroo Faezrul menarik nafas sebelum menjawab pertanyaan maknya. Izroo Faezrul memandang satu persatu wajah yang ada disitu. Dan yang terakhir wajah yang ditatapnya ialah Olly Farisya. Namun, tetap saja pandangannya tajam.

Olly Farisya menunduk memandang lantai.

"Iz, setuju kahwin dengan Cikgu Farisya!" jawab Izroo Faezrul selamba.

Olly Farisya pantas mendongak kerana terkejut dengan jawapan Izroo Faezrul. Dia memandang Izroo Faezrul seperti tidak percaya dengan apa yang dia dengar sebentar tadi.

Datin' Sarah dan Dato' Hamzi mengucap syukur. Akhirnya, Allah telah menunaikan hajat mereka untuk bermenantukan Izroo Faezrul.

"Betul ke ni Iz? Iz dah fikir masak-masak ke?" soal Dato' Zarif pula.

"Ya. Tapi Iz ada syarat .." kata Izroo Faezrul.

"Apa syaratnya?" tanya Datin' Lina.

"Nanti Iz bagitahu. Iz nak masuk bilik dulu." jawab Izroo Faezrul sambil menjeling tajam ke arah Olly Farisya.

'Kacau betullah hidup aku dengan minah sengal ni! Takpe aku tahu apa aku nak buat! Aku tak kisahlah kau tu cikgu aku! Because after this you are become my wife!'

Bersambung...

.............
P/s: sorry klw x best.. Sy bdk bru bljr buat story.. Msih perlukn tnjuk ajar dri korang semua.. Anyway, harap korang enjoy buat bab seterusnya... Jngn lupa vote sekli ye..

Komen anda sngat dialu-alukan..

Seikhlas CintaWhere stories live. Discover now