Part 18 - Dazmir memberontak

83 7 0
                                    

"Salah ke kalau Mir keluar dengan staf perempuan?"  Kali ini Dazmir berdiri di sebelahnya sambil mengadap Dazril.  Dheja terdiam.  Langsung tidak berkutik.

"Ini Malaysialah, Mir. Bukan UK. Nanti orang cakap kau tu nak main-mainkan staf perempuan kat ofis ni.  Mari aku kenalkan kau dengan staf-staf lelaki yang lain.  So, esok kau dah boleh keluar dengan staf-staf lelaki pulak. Tak kenallah sangat."

Kedudukan Dazmir dan Dazril membuatkan Dheja berasa amat tidak selesa.  Perlahan-lahan dia merendahkan badannya, membongkok dan berniat untuk melangkah pergi dari peperangan yang tidak ada akhirnya itu.

"Hoi, minah belacan. Kau nak ke mana ni?  Kau ingat kau boleh terlepas macam ni aje ke, ha?" Dheja menutup mata dan telinganya.  Kuat betul suara Dazril menempiknya.

"Sa.. saya nak ke meja saya semula, Cik Daz. Tadi saya dah mintak maaf, kan. Tak baik marah orang lama-lama.." ujarnya masih lagi memejamkan matanya.

Nak tergelak pun ya.  Aku marah dia pun, dia buat blur jugak.  Dazril semakin kuat menyakat.

"Nama pun Minah Belacan..."

"Ikut suka Cik, lah... saya mintak maaf ya." Ujar Dheja lagi. Di dalam hati bagaikan ada larva gunung berapi yang mahu meletup dek mengenangkan janji Dazmir tadi.

Nak 'back up'  akulah sangat.

"Esok kamu tak boleh keluar makan lama-lama.  Makan aje bekal dari rumah." Sergah Dazril lagi.

"Ya, Cik Daz. Saya faham."  Dheja mengangguk laju dan berlalu dari situ.

Dazril menoleh ke arah adiknya.

"Mari sini. Aku kenalkan kau dengan staf-staf yang lain. Itulah, lain kali nak masuk ofis ni, bagi salam... basuh kaki dulu..." ujar Dazril sambil mencebik muka dan menepuk-nepuk bahu adiknya.

"Banyaklah kau punya salam dan basuh kaki. Tak baik tau kau treat budak tu macam tu. Kesian dia tau..."  Nampaknya Dazmir masih lagi tidak berpuas hati dengan sikap dan keputusan yang tidak ada hitam putih abangnya itu. 

Dazril tergelak kecil.

"Ah, biarlah. Bukan dia nangis pun! Mari."


Ohh No!! Pembuli Cinta??Where stories live. Discover now