Part 10 -Dazmir baru nak ke pejabat

94 6 0
                                    

"Daz, pagi ni aku ikut kau ye?"

Laung Dazmir semasa menuruni anak tangga dari tingkat atas.

Dazril mengerutkan dahi.  Bihun goreng yang dimakannya masih lagi belum habis dikunyah ketika dia berpaling ke arah suara adiknya itu.

"Nape?"

Dazmir menarik kerusi makan di sebelah abangnya.

"Eh, kau juga yang suruh aku belajar selok belok pejabat tu.  Kita kan nak sama-sama uruskan pejabat papa nanti, bukan begitu mama?"  Dazmir sempat mengucup pantas pipi mamanya sebelum duduk. Datin Karen tersenyum bila anaknya berbuat begitu padanya. 

"Pagi, mama.  Papa mana?  Tak turun lagi ke?" soal Dazmir bila dilihat kerusi papa masih kosong.

"Tak. Papa kamu ada hal lain nanti. "

Dazmir mengangguk.

"Okeylah.  Aku pergi dengan kau ajelah ya, Daz."

"Eh, kau kan ada kereta sendiri."

"Dah tu, tak boleh aku nak pergi sama kau ke?"

"Dahlah tu. Nak ke opis pun boleh nak bergaduh. Daz, tumpangkan aje si Mir ni.  Tak susah pun kan." Ujar Datin Karen. 

"Ha... anak manja mama macam tulah." Ujar Dazril dalam nada perlahan. 



Ohh No!! Pembuli Cinta??Where stories live. Discover now