Selamat Malam, Sayang.

Start from the beginning
                                    

Suara itu tergelak kecil. Dia menarik tubuh Zara perlahan-lahan lalu didirikan berhadapan dengannya. Sambil mengusap pipi merah kesejukan lantaran dicium angin malam, dia berkata,

"Aku sangat rindukan kau, sayang."

Zara terpaku mendengar suara indah itu. Dia berasa seakan dibawa terbang angin malam apabila sekujur tubuh bidang itu merangkul kemas badan langsingnya. Perasaan itu, cukup indah.

"Sayang," suara milik jejaka itu kedengaran begitu romantis. Selanjutnya, dia tertawa apabila melihat reaksi Zara yang statik tidak bergerak itu. Zara cepat cepat tersedar dan memalingkan mukanya ke arah lautan. Pipinya yang jelas kemerahan memang tidak mampu disorok lagi. Dia benar benar segan!

"Janganlah begini," sang Arjuna berusaha memujuk Zara yang jelas dipenuhi keseganan dek kerana hanyut dalam melayari perasaan tadi. Perlahan-lahan, Zara mengukirkan senyuman malu. Dia cuba untuk menentang pandangan mata Arjuna yang jelas, menikam wajahnya. Mata bundarnya tidak lepas untuk menikmati pemandangan yang baginya, lebih indah dari lautan membiru itu.

Arjuna makin mengeratkan pelukan antara mereka berdua. Dia selanjutnya, mencium lama rambut lurus panjang terurai miliknya Zara itu.

"Sungguh wangi," Arjuna kian khusyuk menikmati apa yang ada di hadapan matanya itu. Dia juga dapat merasa degupan jantung Zara yang laju berdetak, hanya semata-mata kerana dia. Jemari runcing Zara mulai naik sedikit demi sedikit dan mengusap lembut bahagian belakang Arjuna, berharap untuk memberikannya, suatu sensasi yang sama seperti yang dialami oleh Zara pada waktu rambutnya, dicium lama oleh Arjuna. Mereka benar benar hanyut dibuai asmara yang dicipta oleh Zara sendiri.

"Panahlah," Zara berbisik sedikit.

"Hmm..?"

"Panah lagi. Tepat menusuk ke dalam jantung aku"

Arjuna hanya mendiamkan diri. Tubuh mereka yang masih bercantum, digerakkan perlahan-lahan, ikut menari seperti desiran bayuan malam itu.

"Kau akan jatuh semakin dalam, Zara."

"Aku rela menerimanya."

"Kau pasti?"

Zara mengeluh kencang. Dia mula melonggarkan pelukan itu. Sambil mengusap seluruh wajah Arjuna, dia kemudiannya berbisik perlahan,

"Aku cintakan kau"

"Bagaimana dengan sua.."

"Kalau begitu, bagi aku kekal di sini. Bersama kau," laju Zara memotong. Dia benar-benar nekad dengan keputusannya. Meski dia tahu, ia bakal memberi kesan kepada realiti.

Melihat Arjuna yang terdiam itu, membuatkan Zara tertanya-tanya.

"Tidak cintakah kau kepada aku?"

Zara kelihatannya terdesak. Buat apa perlu dipaksa jiwa yang jelas ingin bersama dengan Arjuna yang lebih dicinta.

Melihat Arjuna yang kekal terdiam itu, memaksa Zara untuk menolak tubuh Arjuna ke pasir pantai. Zara di atas Arjuna. Keadaan yang sungguh intim itu menghasilkan impak yang ketara oleh keduanya.

"Tak sayang saya?", lembut nafas Zara melawan kencangnya helaan Arjuna.

"Aku.."

"Saya," Zara membetulkan sambil tertawa kecil. Dia menggerakkan sedikit badannya yang nampak selesa di atas Arjuna, membuatkan Arjuna hampir hilang pertimbangan antara kenyataan dan kemahuan.

"Aku..Ah maksud sa..ya, sayang."

"Kalau cinta?", Zara mula menguji.

"Cukup malam jadi jawapan kepada soalan itu."

"Apa?"

"Tidak ada apa apa Zara. Mari, aku nyanyikan kau satu lagu."

"Sebut Saya, Arjuna. Saya."

"Aku tak biasa. Sekarang, mahu dengar aku nyanyi? Sebagai peneman tidurmu."

Tanpa menunggu balasan Zara yang Arjuna yakin apa jawapannya, dia mula melafaz lirik lirik indah yang pasti memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya. Bahkan mampu membuat jiwa yang kesunyian seperti Zara, hidup bahagia di dalam dakapannya.

Di sana pungguk menanti,
Mengharap bulan membalas rindu di hati.
Di sini aku berdiri,
Menunggu penuh dengan kesabaran.

Tanpa manis madah,
janji yang puitis untuk persembahan,
Hanya ketulusan sekeping hati suci.

Aku berikan kasih,
Kalau itu yang kau mahu dariku.
Aku berikan cinta,
Untuk membahagiakan harimu.
Aku sayang dirimu,
Biarpun nafasku sampai terhenti.

Akan ku kota janji kita,
Mendirikan kayangan cinta.
Setulus kasih...

Figura Zara yang sudah terlena diusap lembut oleh Arjuna. Benar, dia turut mencintainya. Namun apakan daya, Zara hidup berpaksikan realiti walhal Arjuna, sekadar insan biasa yang hanya mampu mengintai Zara. Terkadang jika lohong masa terbuka, dia menjenguk keberadaan Zara. Sayangnya, dunia mereka berbeza.

Arjuna menghela nafas terakhir. Sebelum dia berangkat, dia sempat berbisik sambil mengucup sayang rambut lembut yang mengurai itu.

Setulus kasih Arjuna kepada Zaranya.

"Selamat malam sayang."

Story PendekWhere stories live. Discover now