Bab 1: Efhan Ezami

Start from the beginning
                                    

Pemuda itu terkebil-kebil kerana tidak memahami apa yang dikatakan oleh Laila. Menyedari hal itu, fahamlah dia bahawa Ezami terlupa ingatan. Mungkin kesan sampingan teleportasi jarak jauh yang dikenakan kepada mereka berdua oleh Khizrak.

Laila mendekat. "Izinkan patik melakukan sesuatu."

Katanya sambil mencuba menyentuh kedua pelipis Ezami. Mulanya pemuda itu menolak kerana ragu tetapi setelah diyakinkan, dia menurut.

Cahaya jingga terpancar lembut pada pelipis pemuda itu. Matanya terpejam sejenak sebelum terbuka lalu memandang ke arah Laila.

"Laila…"

Laila berhenti melakukan perlakuannya. Segera dia berdiri lalu menunduk hormat.

"Tuanku Ezami."

Lelaki itu cuba berdiri tetapi tidak berjaya kerana dia masih lemah dan kurang bertenaga.

"Kita di mana Laila?" Soalnya sambil membetulkan badan pada posisi menyandar yang lebih selesa.

"Kita di planet lain tuanku."

Ezami tersentak.

"Planet lain? Planet mana dan bagaimana?"

"Planet mana kita pijak, itu patik tidak tahu tuanku. Apa yang patik tahu, kita tercampak angkara Khizrak."

Ezami terpaku memandang tanah dengan jawapan itu. Berbagai persoalan muncul di fikirannya.

"Mungkin ini adalah sihir…"

"Bukan sihir. Tetapi, teleportasi." Potong Ezami laju.

Laila mengangguk faham. Ezami menoleh ke arah Laila.

"Kita mungkin berada di Bumi."

Satu jawapan yang mengejutkan bagi Laila.

"Kita tercampak beratus tahun cahaya dari…"

"Shussh!"  Laju Ezami menyuruh senyap. Dia melirik kawasan sekeliling. Hutan tebal yang mengitari mereka diperhati dengan teliti.

"Ada orang yang datang." Bisik Ezami. Laila mengangguk sebelum membantu Avalians Ketiga itu, bersembunyi.

Tidak lama setelah itu, muncul dua orang lelaki berkerudung hitam bergaris merah pada lengan baju mereka ke kawasan itu dari hutan tebal. Kedua-duanya memerhati kawasan sekitar seakan mencari sesuatu.

Hanya sebentar, sebelum kedua-duanya pergi bagaikan bayang ke dalam hutan arah bertentangan. Laila muncul bersama Ezami yang dipapahnya.

"Kirik dan Karak. Anak buah Bibirah." Gumam Ezami sedikit menahan geram.

"Tak sangka mereka juga ikut ke sini."

"Tidak menghairankan. Khizrak pembantu kanan Bibirah. Ini pasti rancang busuk raja Riblis itu." Sampuk Ezami.

"Jika Kirik dan Karak ada, pasti raja itu juga ada di sini." Tambahnya menimbulkan rasa tidak selamat di hati Laila bagi mereka berdua.

"Apa yang harus kita lakukan tuanku? Kita jauh dari planet Elemen. Sukar kita nak dapatkan bantuan daripada Avalians Pertama Dan Kedua."

Ezami buntu untuk memberi jawapan yang tepat. Dia juga tidak tahu apa yang harus dilakukan. Ini adalah kali pertama dia terpisah jauh daripada Avalians yang lain. Agak susah melakukan sesuatu sendirian.

Keterikatan para Avalians kepada Magiems membuatkan mereka seolah punya ikatan hubungan persaudaraan ghaib yang hanya mereka sahaja dapat rasai. Jauh daripada salah satu, adalah satu kelemahan bagi mereka.

Sedar tak sedar, fahamlah Ezami tujuan Khizrak menteleportasikan dia ke sini. Dia menyumpah dalam hati.

Dia memperhatikan anak sungai kecil yang berdekatan di situ.

Three Avalians Of Magical Country  [C]Where stories live. Discover now