"Heyy..yang kau termenung ni kenapa??susah sangat ke denda aku bagi?"tanya Youngbin.Bahu Jihyo dicuit untuk menyedarkan pekerjanya itu dari lamunan.

Jihyo menggelengkan kepalanya."Tak adalah.Saya terima denda tu"

Dia terpaksa.

"Bagus.Kau memang pekerja yang patuh"

••••••••••••

HeeJun menepuk bahu Baekhyun dan duduk didepan lelaki itu.

"Bahagia nampak sekarang?"tegur HeeJun.Baekhyun tidak lagi seperti sebelum ini.Tidak terurus.Selalu tidak ada mood.Buat kerja tidak bersungguh-sungguh.Ada sahaja masa tidak baiknya.

Sampai HeeJun naik lemah.

Baekhyun tersenyum."Memang aku rasa bahagia sangat sekarang.Jihyo dah tak marah-marah lagi.Walaupun dia tak ada cakap yang dia cintakan aku.Yang penting sikap marah dia pada aku kian berkurang"

Jelas keterujaan dan kebahagian di dalam nada suara Baekhyun.

"Baguslah kalau macam tu.Aku pun tumpang bahagia untuk kau.Aku harap satu hari nanti Jihyo cakap dia cintakan kau"balas HeeJun.Sedikit dia rasa lega untuk Baekhyun.

"Thank, bro.Kaulah selalu ada dengan aku.Bagi semangat bila aku down.Kalau tak ada kau.Aku tak tahu nak kongsi masalah aku dengan siapa"

Dia rasa beruntung sangat mendapat manager merangkap kawan sebaik dan sangat memahami macam HeeJun.Selalu ada dengan dia.Bagi nasihat dan semangat.

"Aku ni bukan manager kau je.Kawan kau juga.Jadi aku rasa bertanggungjawab tolong kau"dia merasakan tiada guna dia menjadi kawan Baekhyun jika tidak membantu kawannya itu.Dia tidaklah terlalu pandai menyelesaikan masalah.Tetapi bolehlah sekadar memberi nasihat dan semangat.

"Aku rasa nak bawa Jihyo pergi honeymoon lah"

"Baguslah tu.Bolehlah kau luangkan masa lebih dengan dia.Masa terdekatkan kau akan sibuk untuk persiapan comeback.Jadi lepas tu bolehlah kau luangkan masa dengan dia pula"setuju HeeJun.Baekhyun memang pandai mengatur sesuatu.Jelas nampak yang dia sangat mencintai Jihyo.

"Kau nak bawa dia pergi mana?"

"Setahu aku Jihyo sukakan Maldive.Jadi aku rasa patut aku bawa dia kesana.Lagipun aku suka juga Maldive.Tempat indah,romantik"

"Wahh..memang sesuai sangat kau bawa dia pergi sana"

••••••••••••

"Sayang.. Oppa dah balik"

Laung Baekhyun apabila melangkah masuk kedalam rumahnya itu.Hari ini dia balik awal kerana ingin mengajar dan masak bersama isterinya itu.Langkah dituju kedapur apabila terdengar bunyi air sinki.Setelah menapak didapur, Baekhyun tersenyum melihat Jihyo sedang mengadap sinki membelakanginya.Sedang membasuh sayur untuk dimasak agaknya.Perlahan lahan dia melangkah mendekati Jihyo.

"Buat apa ni?"tanya Baekhyun.Pinggang Jihyo dipeluk dari belakang.Dagunya diletakkan diatas bahu isteri kesayangannya itu.

"Hishh..terkejutlah"ujar Jihyo.Tangan Baekhyun dipinggangnya ditampar.Baekhyun terkekeh.

"Sorry dear"

"Kenapa awal sangat oppa balik??tak ada shooting drama ke?"tanya Jihyo sambil tangannya ligat membasuh ayam pula.

Baekhyun menggeleng."Hari just practise je.Tu yang balik awal.Nak masak dengan sayang"

Jihyo mengukir senyuman.

"Oppa ajar sayang masak ok"

"Ok"pelukan dipinggang Jihyo dileraikan.Apron yang tersangkut diambil untuk dipakai.Jihyo sudah memakai apron.

"Sayang tolong"pinta Baekhyun sambil menunjukkan apron kepada Jihyo.

Jihyo membasuh tangannya dan mengelap dengan kain yang sudah tersedia di sinki.Setelah itu, dia mendekati Baekhyun.

"Sayang.Nanti lepas selesai semua kerja oppa.Shooting dengan comeback.Kita pergi honeymoon ye"ujar Baekhyun.Jihyo yang sedang mengikat tali apron dibelakang ditoleh sekilas.

"Honeymoon??oppa tak penat ke?"tanya Jihyo.Dia berdiri didepan Baekhyun setelah selesai mengikat tali apron yang Baekhyun pakai.

"Sayang nak pergi mana?"

Jihyo kelihatan berfikir seketika.

"Tak kisahlah.Sayang ikut je"

Baekhyun tersenyum.Dia akan membawa Jihyo ketempat yang Jihyo sukai iaitu di Maldive.Tidak akan diberitahu kepada isterinya itu kerana ingin membuat kejutan.Berharap yang disana nanti akan tercipta kenangan dan memori manis yang dapat mereka ingat sampai bila-bila.

Tiba-tiba bunyi ketukan pintu.Baekhyun dan Jihyo berpandangan seketika.Bunyi itu kedengaran kuat.Pelik kerana tidak pula menekan loceng.Selepas itu, macam mana gate dibuka??

"Siapa datang?"tanya Jihyo.

Baekhyun menjungkitkan bahu."Oppa pergi tengok"Baekhyun menapak keluar dari dapur ke pintu.

Jihyo yang ingin tahu keluar juga mengikuti Baekhyun.

Tatkala pintu dibuka oleh Baekhyun, dia betul-betul terkejut melihat orang dihadapannya sekarang.Jihyo juga terkejut kerana pernah melihat gambar orang itu.Pernah Baekhyun tunjukkan kepadanya.

"Omma"

Puan Byun memandang Baekhyun tajam dengan perasaan marah yang disimpan.Setelah itu, pandangannya dialihkan kepada Jihyo.

TBC

[ C ] who? fall in love with fan • bbhМесто, где живут истории. Откройте их для себя