CHAPTER 11 | PERAYAAN HARI KEKASIH*

6.2K 602 13
                                    

"Aiden! Kita kena minta kebenaran Mother Farnia dulu! Tak boleh keluar sesuka hati!"

"Alah, bukannya kita buat kerja jahat! Come on!"

"Betul tu, betul! Aku setuju dengan Aiden!"

Ciryla mencebik apabila aku dan Dylan tidak mempedulikan kata-katanya. Kami bertiga berlari ke kaki gunung Arastosa. Khemah-khemah besar kelihatan tersusun kemas di tebing sungai. Pancaran lampu pula menghiasi persisiran kawasan pejalan kaki. Aku dan Dylan terkesima melihat keadaan sebegitu meriah. Ciryla turut terpesona. Alunan muzik celtic berkumandang perlahan. Ditambah pula dengan kebingitan penduduk pekan. Ianya terasa menyeronokkan.

"Whoa..."

"Aiden, jom!"

Dylan merentap tanganku ke depan. Ciryla mengikuti kami dari belakang. Gerai gula-gula ceri yang berada di bawah pokok oak, kami singgah sebentar. Seusai membeli gula-gula, Dylan berlari ke tebing sungai. Aku dan Ciryla menggeleng kepala.

Kenapa dia ni beriya-iya sangat? Relaks sudah. Dia ni merimaskan. 

So...

Aku tersenyum seraya menggenggam tangan Ciry di sisi. Gadis serigala mengerut dahi dikala aku menarik dia supaya berjalan ke arah bertentangan. Dylan termangu-mangu apabila aku dan Ciryla hilang dari pandangan.

"Aiden!? Ciry!? Ah! Mereka sesat ke!?"

Aku menahan gelak melihat Dylan berlari ke anak tangga batu. Ciryla tersengih menampakkan lesung pipit. Kami berbalas pandangan, lalu tertawa bersama-sama.

"Eii, jahatnya awak ni Aiden! Kesian Dylan!"

"Dia tu kecoh sangat! Rimas aku! Haha! Jomlah, kita ke sana!"

Aku dan Ciryla berjalan ke simpang kanan. Kelihatan gadis-gadis bunian melakukan persembahan tarian bunga. Langkah aku dan Ciry terhenti. Tarian tersebut, kami tonton seketika.

"Hey, Ciry. Can you dance like that?"

Aku menyoal seraya tersengih. Ciryla melirikkan pandangan sinis kepadaku. Dia mengorak beberapa langkah ke belakang. Aku tersenyum apabila dia mula mengikut rentak tarian yang berada di depan. Orang ramai mengalihkan pandangan pada gadis serigala. Mereka terpesona.

"Whoa. Siapa budak perempuan tu? She's cute."

"Itu Angelsnow, kan?"

Aku tertawa mendengar bisikan dua ogre di sebelah. Ciryla datang semula kepadaku sambil menekup mulut. Orang ramai asyik memerhati dia. Pipinya merona merah bagaikan bunga mawar.

"Diorang tengok kau, Ciry! Haha! Kau cantik! Tarian kau memang cun!"

"Shut it, Aiden!"

Ciryla menarik lenganku, kemudian berlari ke simpang kiri! Aku tertawa terbahak-bahak melihat Ciryla menahan malu. Dikala kami mahu menapak menaiki tangga batu, tiga budak serigala menahan jalan. Langkah kami berdua terhenti.

"Whoa. Whoa. Kau ni Ciryla Angelsnow, kan?"

Budak serigala berambut silver separa bahu menyoal mesra. Dua lagi hanya memerhati sambil menguyah daging madu. Ciryla berundur ke belakang.

"Errr, yes. Awak ni siapa?"

"Ah, aku lupa kenalkan diri. Nama aku Allucard Venzella. Bapa aku pemburu elit Imperial Wolf. Nice to meet you, my lady."

Aku mengeram perlahan mendengar butir kata darinya. Ciryla memegang erat lenganku sambil melirikkan pandangan tajam. Allucard tersenyum. Dia berjalan merapati gadis serigala perlahan-lahan.

"Apa awak nak?"

"Hari ini merupakan hari kekasih, Ciryla. Jadi, aku nak minta kau supaya jadi companions aku."

Ciryla menggeleng kepala. Aku mengetap gigi menahan geram. Allucard memaparkan riak muka sedih. For god sake, dia cuba pikat Ciryla?

DEPAN AKU!? SERIOUSLY!?

"Kau jangan dekat dengan dia, celaka! Aku tumbuk kau nanti!"

Allucard tersentak mendengar tengkingan aku! Dua rakannya tadi tampil ke depan apabila Allucard diugut sedemikian rupa. Ciryla hanya berdiam diri di belakang.

"Kau ni anak lagenda, bukan? Anak Lycanstrophes?"

"Yeah!"

"Patutlah berlagak sangat. Tapi, kesiannya. Ibu kau terkorban begitu sahaja. Kenapa kau tak selamatkan dia? Kau lemah?"

Sindiran Allucard membuatkan darahku mengelegak! Ciryla pantas menahan dikala aku mahu meluru kepadanya! Allucard hanya tertawa sinis.

"Grrr! Grrr! Jangan sebut pasal ibu aku, serigala tak guna!"

"Why? Kau marah? Poor wolvie."

"Grrr! Grrr! Kau memang nak mampus dengan aku!"

"Aiden! Stop! Jangan bergaduh kat sini pulak!"

Genggaman Ciryla terasa erat di lengan. Aku berdengus menahan amarah. Allucard memeluk tubuh dengan gaya selamba. Kami bertentang mata, lama.

"Serigala macam kau tak layak untuk bersama Ciryla!"

"Habis? Kau layaklah! Tengok muka pun dah tahu! Kau ni bacul! Penakut!"

"Haha! Aku penakut!?"

"Yeah! Bapa kau cuma penjilat bontot ogre! Itulah sebabnya kau bermulut sial macam ni!"

"You wanna fig....ARGHHHHHHHHH!!"

Allucard melolong kesakitan tiba-tiba! Punggungnya ditekup kuat dengan kedua tapak tangan! Aku dan Ciryla terpinga-pinga. Dylan tersengih sambil memegang ranting pokok oak.

"Si-siapa cucuk bontot aku!?"

"Aku fikir kita nak bergaduh?"

Dylan menyoal pelik. Ciryla menggeleng kepala. Dua kawan Allucard bersedia untuk bertempur! Aku dan Dylan tersengih. Allucard terkial-kial bangun menahan pedih.

"Celaka! Gallahard! Remington! Belasah dua budak sial ni!"

Dan...

Perayaan hari kekasih bertukar riuh-rendah dek pergaduhan kami berlima.

MEMOIR | AIDEN & EILYA [✔️]Where stories live. Discover now