Part 2

56 4 0
                                    

Bangtan Cafe

"Pstt Hobie." Hyorin mencuit pinggang Hoseok sekaligus menganggu fokus namja itu yang sedang gigih mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan pelanggan.

"Hmm apa?" Hoseok memandang sekilas ke arah isterinya yang sedang sarat mengandung anak kedua mereka. Hyorin dijangka akan bersalin lima bulan lagi.

"Kenapa dengan Yoongi?" Soal Hyorin.

"Kenapa dengan dia?" Hoseok menyoal kembali.

"Ishh awak ni saya tanya awak, awak tanya saya balik." Hyorin mencubit geram lengan Hoseok.

"Aww aww sakit sayang." Jerit Hoseok.

"Padan muka." Hyorin menaikkan ibu jarinya tanda bagus.

"Sampai hati." Rajuk Hoseok dengan mulut yang sengaja dimuncungkan.

"Eeee suka sangat buat mulut camtu. Gunting kang baru tau." Hyorin acah-acah mahu mengambil gunting sayur yang tergantung di dinding.

"Errr sayang tak baik tau aniaya suami sendiri." Hoseok tersenyum cuak.

"Kalau tak nak kena aniaya baik awak pergi siasat masalah Yoongi." Arah Hyorin sambil bercekak pinggang.

Hoseok tersengih lalu menundukkan kepala ke arah perut Hyorin.

"Omma garang kan baby. Sian appa selalu kena marah." Hoseok mula berbicara dengan bayi di dalam kandungan Hyorin.

"Yah Jung Hoseok!"

"Alamak omma dah mengamuklah. Appa lari dulu byee baby." Selepas mencium perut Hyorin, Hoseok terkocoh-kocoh keluar dari dapur.

Hyorin memerhati Hoseok lalu tergelak kecil.

"Appa cute kan baby." Hyorin mengusap lembut perutnya dengan penuh kasih sayang.

Tak sabar rasanya dia mahu menanti kelahiran anak keduanya itu.

"Hyung." Hoseok memanggil Yoongi namun namja itu tidak memberi apa-apa respons.

"Yah Yoongi hyung!" Hoseok menjerit betul-betul di telinga Yoongi mmbuatkan Yoongi terkejut beruk.

"Woii giler ke nasib baik aku tak pekak." Marah Yoongi.

Hoseok tersengih tanpa rasa bersalah lalu mengambil tempat di hadapan Yoongi.

"Termenung jauh nampak. Fikir apa?" Hoseok memulakan bicara.

"Fikir masa depan." Jawab Yoongi selamba.

"Wahh wahh ni mesti fikir nak kahwin kan." Usik Hoseok.

"Kahwin2 jangan sebut." Yoongi memberi amaran.

"Lahh dah kenapa pulak?" Hoseok pelik.

"Aku tengah stress pasal kahwin ni." Keluh Yoongi.

"Mwo? Hobie tak faham." Hoseok blur.

"Omma aku, dia asyik suruh aku kahwin cepat-cepat dan sekarang sibuk aturkan blind date aku ngan yeoja pilihan dia." Yoongi mencebikkan bibir.

Hoseok memproses sebentar kata-kata Yoongi sebelum dia ketawa terbahak-bahak.

"Kau gelak apa giler? Aku serius ni." Yoongi menjegilkan matanya.

"Asal lawak sangat hyung. Ingatkan sekarang dah takda kes parents carikan jodoh untuk anak." Hoseok masih lagi tertawa.

"Lantak kaulah kuda. Malas aku nak sembang ngan kau." Yoongi berpeluk tubuh lalu memalingkan wajah menghadap tingkap.

"Mianhae hyung. Back to the story dah berapa orang yeoja yang hyung jumpa?" Kewarasan Hoseok akhirnya telah kembali.

"Emm 10." Yoongi tersengih.

"Jinjja? Punyalah ramai takkan takda seorang pun yang hyung berkenan?" Hoseok terkejut.

"Takde."

"Uishh bahaya ni." Hoseok cepat2 menjarakkan diri daripada Yoongi.

"Yah pabo. Kau ingat aku gay ke?" Yoongi menyepak kaki Hoseok.

Hoseok kemudiannya kembali tegelak besar membuatkan Yoongi geram. Nak aje dia menstapler mulut Hoseok. Menyesal pula dia ceritakan semuanya kepada Hoseok.

Ting!

Yoongi membuka mesej daripada ommanya sebelum mengeluh berat.

"Another blind date?" Tebak Hoseok.

"Hmm. Aku pergi dululah." Yoongi bingkas bangun.

"Goodluck bro "

Yoongi berfikir sejenak sebelum kembali memandang Hoseok.

"Boleh tak aku nak pinjam Hamin?" Pinta Yoongi.

"Mwo? Kau nak buat apa ngan anak aku?" Hoseok memandang curiga.

Soalan daripada Hoseok menerbitkan senyuman di bibir Yoongi.

💞 💞 💞

Yoongi menanti kehadiran yeoja yang dipilih ommanya sambil mata memerhati Hamin yang sedang bermain di playground yang memang tersedia di dalam restoran mewah tersebut.

"Excuse me. You Min Yoongi right?" Seorang gadis berpakaian seksi menegur Yoongi.

"Yes. You mesti Park Sana kan?"

"Yeahh thats me." Sana tersenyum meleret melihat perwatakan Yoongi yang terlalu kacak di matanya.

Tidak menyesal dia mengikut arahan mummynya yang mahu dia berjumpa dengan Yoongi.


"Jemput duduk. You nak minum apa? I orderkan." Yoongi berlagak mesra.

Belum sempat Sana menjawab suara kanak-kanak telah mematikan perbualan mereka.

"Daddy! Hamin haus." Jerit Hamin sambil berlari mendapatkan Yoongi.

"Alolo siannya anak daddy ni." Yoongi mengusap lembut kepala Hamin dengan penuh kasih sayang.

"Daddy?" Sana membulatkan matanya kerana terkejut.

"Ahh mianhae lupa nak kenalkan, ni Hamin anak..."

"I nak balik. Tak sangka rupanya you ni dah kahwin. Mati2 I ingat you bujang. Sorry to say Yoongi but I taknak jadi omma express." Sebaik berkata Sana terus mengangkat kaki meninggalkan restoran tersebut.

"Angkat..." Sambung Yoongi perlahan lalu tersenyum sinis.

Ting!

Yoongi, saya harap lepasni awak takkan cari saya lagi. Anggap je kita tak pernah kenal.
Sana.

"Paboya." Yoongi tergelak besar apabila membaca mesej Sana. Rancangannya berjaya.

So moral of the story lain kali dengar dulu apa orang nak cakap sampai habis.

[C] Cinta S2 •myg + BTS•Where stories live. Discover now