BAB 14

513 26 2
                                    

Aidan dengan malasnya menjawab "Entahlah nek,malaslah Aidan nak cara.Nenek carilah dia mana2 kat sini."Pn Khatijah menggeleng kepalanya."Hishh,apa Aidan cakap ni,tak baik kata macam tuh.Aina tu dah jadi isteri Aidan tau.Kena lah layan elok2"Aidan merengus kerana neneknya menyebelahi isterinya.

Aku dah sesak nafas.'Layan elok2?'Bagus sangat lah layanan kau tuh???Eii..menyampah aku.Kau tengoklah aku akan bongkarkan rahsia kau,orang tua!

Aku perlahan-lahan keluar dari tempat persembunyian aku(Aicheh...tempat persembunyian lah sangat)

"Nenek!!"Aku cepat2 memeluk Pn Khatijah.Erat GILA.Dia pun nampak terkejut.Tapi,seperti yang aku sangka,dia mebalas pelukanku."Aina sayang,cucu nenek,lama kita tak jumpa.Rindu nenek tak?"Eii..rindu?Memang taklah.

Aku cepat2 senyum dengan senyuman paling bahagia."Mestilah Aina rindu.Nenek kan nenek Aina yang paling Aina sayang."(Uwekk..)Nak termuntah aku dengar ayat ni walaupun aku sendiri yang ucapkan.

"Hahaha..."Pn Khatijah gelak.AKu pun tak fahamlah kenapa dia gelak.Aku pu ikut sama gelaklah.Pn Khatijah pun melepaskan ku lalu memerhatikan aku. 

"Bahagia nya badan kamu ni,Aina.Mesti Aidan jaga kamu dengan baik kan?"Hekeleh,nak cakap pun agak-agaklah.Aku tahulah kau tengah mengutuk badan sihat aku ni.And for your information,cucu kesayangan kau ni,memang menjaga aku dengan 'BAIK' sekali.

Tapi,memang taklah aku nak cakap macam tuh. Imej 'menantu baik Tan Sri Imran' mesti aku kena jaga elok2.Penyokong besar aku tuh."Of course lah nenek.Suami kesayangan Aina menjaga Aina dengan baik dan penuh kasih sayang."Ambik kau,ayat kasi penuh power gitu.Hahhah...

Air muka Pn Khatijah berubah.Nak kata kan,semua berubah semuanya.Haih,korang semua tahu ke yang Aidan ni memang jahat sebenarnya?Terutamanya si sotong tuh,menyampah gila muka dia bila aku kata 'suami kesayangan'.Marahlah kot,aku rampas balak dia.Aku tak ingin pun...okay,adalah sikit nak.

Okay,back to the story,Pn Khatijah menjawab "Baguslah tuh,dalam hidup ni,suami isteri kena menyayangi dan memahami antara satu sama lain.Barulah perkahwinan tuh boleh bawa ke tua."Aku hanya tersenyum mendengarnya.Dah bernanah dah rasanya telinga aku ni.'Memahami?'Memahami lah sangat,kurung aku dekat luar semalam..

"Hmm,mak..."tegur Puan Sri Natalia.Aku memandang gerangan suara itu.Hah,ni pun satu.Ingat aku tak tahu kau tak suka aku?Kau tengoklah.

"Eh mama,Aina tak sambut mama lagi sebab mama tak ada masa akad nikah hari tuh.Mama pergi mana masa tuh?"kataku dengan penuh perlian.Tanganku aku hulurkah ke arahnya.Lambat2,dia menyambut."Lah,Aidan tak beritahu ke?"Aidan dah blur.Macam,'Apa yang aku tak beritahu?'

Aku dah gelak dalam hati.Dia nak beritahu apa?Kau tak beritahu dia kau pergi mana.."Tak."jawabku.

Puan Sri Natalia menjawab"Mama ada kerja dekat London yang mama tak boleh elak."Haih,takkanlah busy sangat sampai majlis kahwin anak sendiri pun tak leh pergi?Menipu betul.Carilah alasan logik sikit.

"Ohh,ye ke."kataku perlahan.Puan Sri Natalia mengalihkan pandangannya ke arah Pn Khatijah."Hah mak,pasal yang mak cakap tadi..."Cakap?Benda apa pulak ni...

Pn Khatijah menepuk dahinya."Oh ya,"Pn Khatijah memandang kami berdua."Nenek akan stay dengan Aidan dan Aina sepanjang nenek dekat Malaysia ni.."

Kitorang terkejut beruk.Apa!?Seriouslah!   

Kurus VS gemukWhere stories live. Discover now