' Aril , mak hantaq hang pi sekolah ni belajaq leklok . Jangan nak lagha pi berchinta . Toksah dok gatai naa . Mak piat telinga hang satgi , tau ' kata mak , dengan dialognya yang sama setiap hari .
Heh , aku dah hafal lah skrip mak setiap pagi . Kata-kata mak tu tak pernah tak berjaya buat aku tak gelak . Mak punya kedah ni tak pure sangat , thank god . Kalau pure nak mati , aku rasa aku akan jadi macam orang mat bangla yang nak speaking bahasa melayu .
Tanpa membalas kata-kata mak tadi , aku sambung mengikat tali kasut . Mak yang duduk di sebelah aku , langsung meneruskan rutin hariannya selepas memberi sedikit bebelas ringkas . Dia mengusap perlahan rambut aku , membuatkan aku rimas macam biasa . Hancur sikit rambut aku , penat aril tabuh pomade tadi mak ! Tapi demi mak , takpa aihh . rambut rosak pon takpe , asalkan masuk syurga . kehkehkeh . aku tersengih mengalahkan kerang busuk tak mandi .
Cepukk !
' Adoi makk ! Pasaipa mak pukul cheq ? I do nothing , mak ' kata aku sambil mengosok kepala aku yang kene cepuk tadi .
' eh budak ni . ingat mak tak gheti speaking ka ? curse you ' kata mak lalu terkekeh gelak .
aduh mak , belajar mane dok carut ni ? aku tepuk dahi lalu menggeleng . gelak sengaja aku simpan , kang tak pasal-pasal kene cepuk lagi sekali . Aku bingkas bangun lalu menepuk punggung seluar , menghilangkan debu dan habuk yang menapak di seluar .
' mak , Aril pergi dulu naa . mak jangan nak menggatal dengan pak cik Azman , jiran sebelah naa . Aril tanak ade bapak tiri lagi ' kata aku lalu terkekeh gelak .
Aduh mak ni , saje je nak buat aku terkejut . Boleh pulak dia gi cepuk kepala aku , dah lha mengejut je . Nasib baik Aril takde heart attack mak , kalau tak habis lha mak jadi janda takde anak . aku tersenyum saat terbayang mak naik pelamin dengan Pak Azman . hahahah , sumpah lawak weyh .
' Yang hang pi senyum laen macam tu pasaipa ? Hang dengaq tak mak dok habaq apa tadi ? Lagu ni ka hang nak mak bagi hang qheja dekat kl nun ? Aril aril , apa nak jadi lah dekat hang ni ' bebel mak .
Aku dah terkekeh gelak . Mak , aril dok bayang bakal bapak tiri aril lah ! Belum sempat mak cubit ketam lengan aku , aku terus mengelak lalu lari menuju ke arah motor aku . Usai pakai helmet ; safety is my priority keyh , aku terus memecut menuju ke sekolah . sempat aku kenyit sebelah mata dekat mak membuatkan mak pasang muka cemberut . haih mak ni , ada² je perangai mak .
sedang aku dalam perjalanan tu , aku bersiul kecil . cuba mengikut rentak lagu Aku mula rindu by Hez Hazmi . Tak pernah dengar lagu tu ? well , not my problem dude ! kahkah , pi bukak youtube search sendiri . rambut aku yang dok ditiup angin membuatkan aku khayal sendiri .
* * * * *
' Bangun semua . Assalamualaikum sir '
Kami langsung mengucapkan salam kepada Sir Harris , cikgu kimia paling garang dekat sekolah aku ni . Damn , cakap pasal kimia ni baru aku teringat yang sir ade bagi homework semalam ! Mampos ah aku kene sepak satgi . Sambil baca doa , kaki aku dah shaking , otot-otot semua macam nak pecut jaa . Habis ah aku kene maki kejap lagi . Aril , asal lah kau ni bengap sangat sampai boleh lupa kerja sir ?
' Okey class , keluarkan kerja semalam . Jangan duduk selagi saya tak check kerja kamu ' kata sir atau lebih tepat , sergah sir .
Dang , aku dah ketaq lutut dah ni . Saja tanak ketara sangat yang aku tak siap kerja , aku buat-buat selongkar beg nike hitam aku tu . Otak ligat dok fikir nak kasi alasan ape . Aihh , bak habaq buku tak bawak ke tak siap ? kalau cakap tak siap nanti kene denda buat dekat luar kelas . kalau cakap tak bawak , nanti kene push up 50 . aduhh , parah nii .
tengah aku fikir alasan yang boleh aku guna , mata aku laju je tangkap bayang hitam di depan meja aku . perlahan , aku angkat kepala yang tadinya tertunduk , retina aku terus memfokuskan wajah dia . Sir Harris dah pandang aku dengan jelingan yang paling tajam , nasib baik aku pakai spek . kalau tak , mesti jelingan sir buat mata aku berlubang .
' Amirul Azril ! Kau keluar daripada kelas aku sekarang ! Jangan masuk kelas aku harini ! ' tengking sir Haris .
Eventhough aku anak mak , tapi nasib baik ada lagi kemaluan di hati . Dah kalau takde kemaluan , memang aku nangis selak dah dekat situ . Dengan langkah acah macho dan sedikit malu di muka , aku keluar kelas dengan tangan kiri yang sengaja aku selitkan di poket seluar . saja je acah macho even kene halau kelas , padahal malu dia tu tuhan je yang tahu . Sampai je dekat luar kelas , aku terus berlari menuju ke toilet . Buku kimia tadi aku letakkan di depan tandas lalu aku meluru masuk ke dalam toilet yang takde .
Segala tangisan yang aku tahan tadi akhirnya terlepas jugak . teresak-esak jugak aku dalam toilet tu sorang-sorang . aduh , hilang semua ke-macho-an aku tu . sob sob , lepas aku habiskan titisan air mata terakhir , aku keluar dengan muka acah macho . aku pi basuh muka rkat sinki pastu tenung muka sendiri . adoi , sememah siot muka aku lepas nangis . lepas touch-up sikit rambut dan lap cermin mata aku yang terkena air mata tadi , aku melangkah keluar dengan ego . eh , lupa pakai spek !
aku tak rabun pun sebenarnya . cuma ntah lah , aku nak pakai spek sebab suka-suka i guess ? apebende ayat aku ni ? grr , abaikan . in a nutshell , aku tak rabun . jadi jangan cakap aku macam orang tua , rabun di usia yang muda . aku tengok jam sekilas , oh setengah jam jugak aku dalam toilet ni haa . damn , lagi 10 minit masa kimia . aduh , lama lagi lah aku kene dok dekat toilet ni haa .
disebabkan taknak membazir waktu , aku berjalan menuju ke pejabat . cuba meng-usya nama-nama cikgu yang takde harini . hmm , cikgu Azri takde so subjek sivik takde cikgu ah ni . Hmm , ala tak boleh story dengan cikgu Azri . Kalau nak tau , cikgu Azri ni cikgu yang paling rapat dengan aku . since aku form 2 lagi . lame bukan ? kira dia dah tau macam-macam pasal aku , saiz spender pon dah tau . hahahahaha .
aku tergelak kecil bila teringat saat cikgu Azri belikan aku boxer . sebabnya aku terkencing dalam seluar , hahaha bongok kan aku ? punca dia , aku terkejut sebab kena rotan dengan dia ; tu lah sebab kitorang boleh jadi rapat . dalam tak sedar , aku terlanggar anak orang .
sakit siot saat punggung aku bergesel dengan lantai simen ni . aku tengok je kertas-kertas berterabur depan aku . dang , mampus lah . aku langgar cikgu ke cemana ni ? aku bingkas bangun dan dengan tertunduk-tunduk , aku kutip segala helai kertas yang ada berterbangan di udara akibat perlanggaran tadi . aku terus mencari susuk manusia yang aku langgar tadi , dimana dia sebenarnya berada kira-kira 10 cm daripada aku . dan aku lihat , dia masih lagi tertunduk , memegang buku lalinya . aduh anak orang , jangan cakap kau terseliuh dah lahh .
tanpa berbasa-basi , aku terus menapak ke arah dia dengan kertasnya yang masih aku pegang dengan setia . aku duduk di sisi gadis tu , cuba menilik kot-kot ada luka . maigodd , wangi sia perempuan ni . aku tarik nafas dalam , segala reseptor dalam hidung aku terbuai dengan bau dia . aku patut tanya dia pakai minyak wangi apa .
' er , kau okey ? sory , my bad . aku tak patut berangan time berjalan ' ujar aku , mengharapkan dia tak saman aku di atas khayalan bodoh aku tadi .
' ya , saya okey je . jangan risau , salah saya jugak tak pandang depan ' ujar si dia , masih lagi tertunduk sambil mengusap kakinya .
aku garu belakang leher aku , cuba mengatasi kegugupan . dang , wanginya dia . terasa getaran dalam dada aku ni , haih .
' aku Azril , tapi mak aku panggil aku aril . member aku pon panggil aku aril , so kau boleh panggil aku aril ' ayat aku memang macam sakai .
akhirnya dia menoleh . memandang mata aku setepatnya sambil tersenyum manis . detak jantung aku menjadi tak normal secara tiba-tiba , terpana dengan kecantikan dia .
' saya Arina '
YOU ARE READING
Ada apa dengan cinta ?
Romancecinta ? abstrak ke konkrit perasaan tu ? tak kisah lah rasa apa pun , yang penting aku suka debar tu . sayang , semoga cinta kita sampai syurga .
