"Baby don't cry.."belum sempat Jihyo terus menyanyi,satu suara yang kurang menyenangkan hawa telinganya bersuara.

"Tak payah nak baby baby sangatlah.Lebih baik kau datang sini cepat.Ada benda aku nak bagitahu"panggil Youngbin yang sedang berdiri dikaunter.

Jihyo mengeluh berat."Ok.Ada apa bos?"tanya Jihyo apabila sudah berdiri dihadapan kaunter.

"Esok aku nak kau ikut aku pergi Pulau Jeju"

"Pulau Jeju??untuk apa?"tanya Jihyo lagi.Pelik pula kerana tiba-tiba diminta ikut ke Pulau Jeju.

"Aku diundang makan malam dengan beberapa orang pemuzik Korea.Mybe akan stay sana dua hari"jawab Youngbin.

"Kenapa pula saya kena ikut??diorang kan undang bos je"

"Sekarang ni aku bos ke kau bos?"tanya Youngbin dingin.

Jihyo menunjuk Youngbin.Menjawab pertanyaan bosnya itu.

"Bagus.Ingatkan kau dah lupa.Jadi sila ikut arahan aku.Tak payah lah kau duduk sibuk dengan artis pujaan kau tu.Siapa nama dia?"

"Byun Baekhyun.Tapi saya tak puja dia pun"jawab Jihyo.Tak puas hati betul dia dengan bos dia ni.Asyik nak kaitkan dengan Baekhyun je.Tahulah yang dia tu minat lagu English je.Tak payahlah nak cakap sinis sangat.

"Suka hatilah kaulah.Tapi ingat.Esok pukul 7:00 kau dah kena terpacak dengan depan kedai.Aku tak ada masa nak tunggu kau"pesan Youngbin bagaikan memberi amarah keras.

"Ok bos.Dah tak ada apa bos nak cakap kan?"

Youngbin mengangguk.

"Ok.Saya nak mulakan kerja dulu ye"balas Jihyo dan melangkah pergi dari kaunter.

••••••••••••••••

Selepas melakukan shooting untuk filem terbaru,Baekhyun melangkah kebilik persalinan.HeeJun pula melangkah keluar untuk ke kereta.Bagi Baekhyun,dia tidak boleh nak lari dari bayang-bayang Yoojung.Tengok sahajalah filem terbaru juga dia kena berlakon dengan Yoojung.Terpaksalah dia menurut untuk kerjayanya.Dia perlu menjadi seorang yang profesional.

Selesai menyalin pakaian kepada baju yang dia pakai semasa datang,Baekhyun keluar dari bilik persalinan.Belum sempat dia keluar,Yoojung datang menghalang laluannya.

"You pun dijemput kan dekat Pulau Jeju?"tanya Yoojung.

Baekhyun menghela nafas berat."Ye,kenapa??you pun diorang jemput juga?"

Yoojung mengeleng."Tak ada lah.I bukannya pemuzik macam you.Tapi kalau you nak I pergi dengan you pun boleh juga.Tak akanlah diorang nak marah you bawa I"jawab Yoojung.Lengan Baekhyun dipegang.Membuatkan Baekhyun tak selesa.

"Tolong jaga kelakuan you.Nanti orang lain salah sangka.Untuk pengetahuan you, pergi sendiri pun I boleh"tangan Yoojung yang memegang lengannya dileraikan.

"Biar jelah diorang nak salah sangka.Macamlah you tak pernah bercinta dengan I"

"Stop it lah Yoojung"ujar Baekhyun dan terus melangkah keluar dari bilik pengambaran itu.

•••••••••••••••

Keesokkannya,seperti yang dipesan Jihyo bangun awal.Pukul 6:00 dia dah bangun.Bersiap dan selepas itu keluar dari rumah.Baju dimasukkan kedalam beg galas belakangnya.

"Bagus.Tepati waktu.Kau akan menjadi seorang yang berjaya"ujar Youngbin apabila Jihyo sampai dihadapan kedai.

"Saya memang bagus pun"balas Jihyo bangga.

"Ok.Now tak payah nak perasan sangat.Masa untuk bertolak.Nanti sampai lambat"Youngbin melangkah ke kereta.Jihyo mengikuti.

"Kau memang terer dalam menyiasat"ujar Baekhyun kepada HeeJun disebelah.Mereka sekarang berada tidak jauh dibelakang kereta Youngbin.

"Tapi kau tak rasa ke siasat aku sia-sia?"

"Kenapa pula?"

"Yelah..cinta hati kau tu nak pergi Pulau Jeju.Undangan pemuzik.Dan kau pun diundang kesana.Tempat yang sama.Dah sah-sah kau akan jumpa dia juga nanti"jawab HeeJun.Rasa sia-sia pula jadi penyiasat.

Baekhyun gelak kecil."Sokay bro.Apa pun aku respect dengan siasatan kau.Memang teliti,tepat dan padat"

"Apa kata kau naikkan gaji aku.Aku kan dah tolong kau"balas HeeJun.Kereta mula dipandu apabila kereta Youngbin mula bergerak meninggalkan kedai.

"Itu kau kena minta dengan Lee Soo Man.Aku tak ada kaitan dengan naik turun gaji kau"

HeeJun menjeling Baekhyun.

"Asal kau jeling??belum lah apa aku cakap"

"Yelahh..kau kenalah tolong aku.Kau kan anak emas Lee Soo Man"

"Banyaklah kau anak emas"

••••••••••••••

"Sampai pun"Youngbin berhentikan kereta ditempat parking dikawasan Hotel Flamingo.Hotel terkemuka yang terkenal di Pulau Jeju.

"Woww..cantiknya"Jihyo terus keluar dari kereta.Terpegun dengan keindahan kawasan hotel itu.Dari tempat dia berdiri boleh dilihat pantai yang terbentang luas.Rasa sejuk yang mencengkam tulang.

"Aku nak naik hotel.Kalau kau nak naik nanti.Ingat bilik kau nombor 363"pesan Youngbin dan terus melangkah masuk kedalam hotel.Jihyo mengangguk.

"Tak sia-sia aku ikut datang sini"Jihyo mula melangkah kearah pantai.Ramai juga pengunjung yang berada dipantai.Melakukan aktiviti dipantai.Ada juga pelancong luar negara.

Jihyo memeluk tubuh.Berdiri memandang keindahan pantai.

"Sejuk ke?"tanya seorang lelaki dan berdiri disebelah Jihyo.Sedikit menyentakkan Jihyo.

"Awak ni siapa?"tanya Jihyo kerana lelaki disebelahnya ini memakai mask.

"Sebut nama saya dan saya muncul"bisik lelaki itu ditelinga Jihyo.

Terkejut Jihyo."What??..Byun Baekhyun"

"Heyy..janganlah kuat sangat.Nanti orang lain tahu saya dekat sini"ujar Baekhyun.Risau pula jika ada Lightss disini.Susah jadinya.

"Why awak ikut saya sampai kesini?"tanya Jihyo.Perlahan tapi keras.

Baekhyun menyeluk kedua dua tangannya kedalam poket hoodies.Berdiri mengadap Jihyo."No.Saya datang sini sebab diundang.Saya tak ikut awak.So,you can't be mad at me"

"Whatever.Yang penting saya tak suka awak pun ada dekat sini"

"Tapi ni bukan tempat awak.Why you do this to me??sampai hati tak suka saya"balas Baekhyun.Buat-buat sedih.

Jihyo memutar bebola mata.Dia melangkah pergi.Baekhyun mengukir senyuman.

TO BE CONTINUED

[ C ] who? fall in love with fan • bbhWhere stories live. Discover now