"Pelepasan apa pula kau ni?"

Jihyo sengih menampakkan barisan giginya yang putih."Saya nak pergi fanmeeting Byun Baekhyun"jawab Jihyo.Diselitkan juga nada kasihan.Moga-moga majikannya ada sifat kasihan.

Youngbin memutar bebola mata.Menyampah agaknya."Apalah yang kau hadap dengan artis tu??inilah peminat perempuan.Asal handsome je minat"amboi..nampaknya Youngbin carut Baekhyun.Nak kena cili dengan Lightss agaknya.

"Saya minat bukan sebab handsome.Tapi sebab bakat dia"

Youngbin senyum sinis.Jihyo dipandang."Nonsense lah Jihyo.Minat sebab bakat je.Kau ingat aku percaya dengan kau ni.I don't believe you"

"Tak apa.Saya believe diri saya sendiri"balas Jihyo bersahaja dan melangkah pergi dari kaunter.

"Amboi..bukan main lagi kau ni"

••••••••••••••••

HeeJun masuk kedalam kereta selepas selesai berbincang dengan pihak SBS.Baekhyun duduk ditempat duduk belakang.Berpakaian cukup simple tetapi begitu menyerlahkan kekacakannya.Perhatian diberikan kepada telefon ditangan.Melihat segala komen peminat di SNS rasminya.Ada komen yang baik dan ada juga komen yang mengutuknya.Dia terima dengan hati yang terbuka.

"Pihak SBS tunda perbincangan esok.Pukul 12:00 tengahari"

"Kenapa pihak SBS tak batalkan?"tanya Baekhyun bersahaja.Selalunya pihak SBS akan terus batalkan jika pelakon yang tak datang perbincangan pertama.

"Diorang takut rugi"jawab HeeJun.Dia mula memandu untuk ke tempat fanmeeting.

"Rugi??mula pun belum lagi"

"Diorang tahu Baekhyun.Setiap cerita lakonan kau.Semuanya berjaya.Dapat first ranking"balas HeeJun.Tak akanlah Baekhyun tak sedar semua itu.

"Aku tak kisah semua tu.Aku ni hanya jalankan tanggungjawab aku.Nak ranking first ke,apa ke.Bagi aku tak penting semua tu.Paling penting Lightss puas hati dengan semua hasil kerja aku"

"Baekhyun.No wonder lah ramai suka kau"

"Kenapa pula?"tanya Baekhyun tidak faham.

"Sebab sikap kau"jawab HeeJun.Dia sangat mengenali Baekhyun.Tetapi ada dua sikap Baekhyun yang dia tak berapa suka.Ego tinggi dan cemburu.Baekhyun pernah bercinta tidak lama dulu.Jadi dia tahu kenapa Baekhyun ego dan cemburu.

••••••••••••••••

"Auchhh..heyy buta ke?"marah Jihyo.Sakit bahunya apabila seorang perempuan yang tidak bermasyarakat melanggarnya.Dahlah langgar.Lepas tu buat tak tahu je.Menonong teruskan jalan.

"Haishh..ada je Lightss yang tak immature"gomel Jihyo geram.

"Boleh tepi sikit tak?"pertanyaan seseorang menyetakkan Jihyo.Dia melangkah ketepi.Rupanya security yang tanya soalan itu.

Patutlah soalan itu diajukan.Rupanya artis pujaan ramai dah sampai.Sekarang mulalah teriakan,tepikkan dan segala te oleh semua peminat.Nak buat macam mana.Artis pujaan ramai tu memang menyerlah.Kekacakan yang sangat menonjol walaupun hanya bergaya simple.

Baekhyun berjalan keatas pentas.Sesekali dia melambai sambil mengukir senyuman kepada peminat.Ketika dia berdiri diatas pentas,dia ternampak seorang peminat yang berlainan.Tidak bersorak dan berteriak seperti orang lain.Kecantikan yang terserlah.

"Baekhyun"teguran HeeJun mengalihkan perhatian Baekhyun.

"Mula-mula kau kena buat persembahan"ujar HeeJun.Baekhyun mengangguk faham.

"Adoi..menyesal aku datang.Bising betul lah"gomel Jihyo perlahan.Mahunya mencair terus taik telinga kalau macam ni.Dahlah dekat tempat kerja dengar bebelan Youngbin si majikannya.

Selepas selesai membuat persembahan,Baekhyun memberikan kata-kata ucapan kepada peminat.Melakukan aktiviti.Setelah itu,acara terakhir ialah peminat bergilir gilir untuk mendapatkan tanda tangannya.

Baekhyun pelik kerana perempuan yang dilihatnya tadi tidak datang mengambil tandatangannya.Bila dilihat dari atas pentas.Langsung tidak nampak kelibat perempuan itu.Mungkin sudah balik.

"Dah selesai.Lepas ni kau kena jumpa Kim Yoojung"ujar HeeJun memberi peringatan kepada Baekhyun.

"Kenapa pula aku kena jumpa dia?"

"Kau dah lupa ke??dia nanti akan jadi model dalam MV terbaru kau"

Baekhyun menghela nafas berat."Oklah.Jom"dia bangun dan turun dari pentas.Satu persatu harus diselesaikan dalam masa sehari.Tiada masa rehat yang cukup untuknya.

Beginilah kerja Baekhyun sehari hari.Harus menyelesaikan semuanya sendiri.Cepat dan memuaskan hati semua orang.Walaupun dia sendiri tak mendapatkan rehat yang cukup.

TO BE CONTINUED

[ C ] who? fall in love with fan • bbhWhere stories live. Discover now