Lupakan!Lupakan! Lupakan! Fokus.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum membuka radio untuk mengalih perhatianku pada lagu yang dipasang pula.Mataku melirik kepada jam di dinding yang menunjukkan pukul 4.07 minit petang.Tak mahu berfikir panjang lagi,aku terus menyambung kerjaku.

Kali ini,mindaku betul-betul fokus pada kerja sehingga aku tidak perasan waktu berdetik dengan laju.Tangan terasa lenguh sahaja,aku menepuk-nepuk tanganku pada apron sebelum memandang jam dinding kembali.Mataku membulat apabila membaca waktu.Sudah hampir pukul 5.30 petang! Lamanya aku buat kerja sampai tak perasan waktu asar sudah berlalu.Wow.Aku merenung gubahan bungaku dengan tidak puas hati.Isshh,gubahan ni seperti aku kena betulkan lagi.Lepas siap gubahan inilah baru aku tunaikan solat asar.Dengan cebikan aku membetulkan kembali gubahan bungaku sehinggalah satu slot ceramah petang di radio mula menarik perhatianku.

"Assalammualaikum para pendengar sekalian,seperti biasa saya ustazah balqis akan mengisi sesi petang anda dengan slot ceramah yang saya pilih tajuk hari ini adalah : dunia.Hahaha menarikkan tajuk pada petang ini,hanya satu patah perkataan sahaja! Dunia."

Aku tersenyum lebar.Ustazah balqis! Ustazah kegemaran arwah mak dulu-dulu yang suka mendengar slot ceramah ini pada waktu petang.Sejak akhir-akhir ini,benda yang akan teringatkan aku pada mak selalu membuatkan aku senyum secara tiba-tiba.Aku tak tahu kenapa aku tak rasa sedih lagi.Entahlah,mungkin kerinduan aku pada mak perlahan-lahan terubat.Ataupun aku yang semakin matang.

"Seperti yang kita semua ketahui,banyak aspek yang kita boleh bincangkan tentang dunia.Dunia ini seperti yang kita semua ketahui,diciptakan oleh Allah agar manusia-manusia menjalankan tugas khalifah di atasnya.Sebagai muslim,agama kita menuntut agar penuntutnya untuk mengimbangi alam dunia dan akhirat.Namun,macam mana bagi sesetengah manusia yang terlalu lalai dengan dunia.Ya ustazah mengaku,bahawa sebagai manusia kita semua tak sempurna.Semua orang pernah lalai dan melakukan dosa.Itu semua adalah ketentuan yang kita tak boleh lari.Kerana jika Allah tidak menciptakan nafsu dalam hati manusia,semestinya dunia akan menjadi perkara yang hambar."

"Luqman Alhakim pernah berkata kepada putranya : Hai anak,sesungguhnya dunia ini adalah lautan yang sangat dalam dan telah tenggelam di dalamnya banyak manusia.Kerana itu,jadikan perahu kamu di dunia ini taqwa kepada Allah.Daripada ayat itu sahaja,kita boleh lihat bahawa kepentingan akhirat adalah lebih penting daripada dunia.Sekarang,ramai orang begitu materialistik dan mengejar dunia.Nafsu mereka mengejar pelbagai benda seperti duit,rumah,kereta dan sebagainya sehingga lupa bahawa dunia ini bagaikan illusi.Tiada benda yang kekal selepas kita jejak kealam akhirat nanti.Percayalah cakap ustazah,jikalau kamu mengejar dunia.Takkan ada pengakhiran untuk kamu.Tapi jika kamu bersabar dan menuntut apa yang Allah perintahkan,maka dunia yang akan mengejar kamu di belakang.These things in earth will come and go,but what will not go is your relationship with Allah.Something far more superior and powerful.Ingatlah kembali para pendengar bahawa Allah ciptakan kita di atas bumi ini dengan satu tujuan yang menuju kearahNya."

"Di sini,ustazah ada beberapa catatan apa yang pernah dikatakan oleh nabi Isa Bin Maryam : Sungguh ajaib keadaanmu itu,kamu giat bekerja untuk mendapat dunia yang pasti akan tiba pada kamu,tetapi tidak bergiat amal untuk akhirat padahal akhirat itu tidak dapat dicapai tanpa amal.Para pendengar boleh-."

Aku terus menutup radio dan diam seketika.Baru aku sedar mengapa ayat ustazah itu menusuk dalam kehatiku dan membuat aku rasa bersalah.Sejak akhir ni,demi untuk tidak fikirkan tentang Mikael aku selalu sibukkan diri aku.Aku sering buat kerja dan menundakan waktu solat.Aku terlalu ikut perasaan dan perasaan sedih ni lama-kelamaan membuatkan aku lalai.Aku lupa bahawa semua yang berlaku diantara aku dan Mikael adalah ketentuan tapi aku tak dapat terima.Ya Allah kenapa aku macam ni? Tarik nafas dalam-dalam aku terus menanggalkan apron di tubuhku dan keluar daripada bilik kerja untuk tunaikan solat Asar yang aku lewatkan tadi.Dalam hati aku telah mengucapkan syukur,kerana Allah telah menyedarkan kesalahan aku untuk hari ini.Terima kasih Ya Rab.

Terkecuali : MikaelWhere stories live. Discover now