Mak Ayah

546 156 16
                                    

" Suami kamu tak ikut balik ke, kakak? " soal Ayah sebaik sahaja dia duduk disofa. Ayah memandang aku dan Hoseok secara bergilir.

" Dia sibuk. " aku menjawab. Bila teringatkan Yoongi, rasa macam nak menjerit je lepastu tumbuk dia. Eeee!

Ayah mengangguk faham. " Tak apalah. Ayah faham. Biasalah, dia sekarang ni kerja sebagai orang yang penting dalam syarikat. " Ayah cuba menyedapkan hati aku.

" Ni, kawan kamu yang kacak ni apa nama? Reti tak cakap melayu? " Ayah tersenyum memandang Jung Hoseok.

Aku menyiku Hoseok. " Intro. Dalam bahasa melayu. " arahku pada Hoseok.

Hoseok membongkokkan sedikit badannya. " Nama shaya Jung Hoseok. 24 tahun. " nak terbahak aku dengar Hoseok cakap bahasa melayu.

Shaya shaya shaya shaya HAHAHAHA.

Ayah tergelak kecil. " Ni dia tahu cakap tu je lah? " tanya Ayah padaku.

" Haah. Nanti ayah ajarlah dia. " aku mengangkat kening berkali-kali pada ayah.

" Eh boleh je. Ayah ajar dia sampai dia pandai! Macam ayah ajar suami kamu dulu. Eh nanti kalau suami kamu balik, ayah nak ajar dia cakap jawa pula. " kata Ayah sambil tertawa kecil.

Yoongi tu bahasa inggeris pun dia out, lagi nak belajar bahasa jawa HAHAHAHA.

" Jemputlah minum petang! " Azreen menghidangkan kuih-muih dan air teh panas diatas meja. Sesekali dia mencuri pandang Jung Hoseok.

Ayy budak ni aku cucuk kang mata dia.

" El, ni adik kau yang mana? Apa nama dia? " Hoseok berbisik pada aku.

" Adik bongsu aku. Nama dia El Azreen. Kenapa? Suka dia ke? " Hoseok memukul bahu aku.

" Mana ada! Aku tanya je kan! Adik kau yang ambil kita tadi tu, apa nama? " soal Hoseok lagi.

" El Malique. "

" Huwoo semua nama modern. Nama kau je nama kampung. El Manisah pffft. "

Hoseok menahan tawanya. Ada yang meninggal japgi kena simbah ngan air teh panas.

Min's Family » YoongEL «Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang