Bab 2

16.8K 491 5
                                    

"RISH sampai bila kau nak hidup macam ni? Hidup jauh dari keluarga, putus berita. Kau tak terfikir nak balik ke pangkuan keluarga? Dah enam tahun kau bawa diri. Lembutkan lah hati kau, baliklah jumpa mak ayah kau." nasihat Qira di suatu petang, seminggu yang lalu.

Irish yang sedang leka melayan lamunannya tersentak seketika apabila kedengaran rengekan suara yang cukup dikenali dari arah bilik tidur. Sah, budak kecil itu sudah bangun dari tidur.

Tidak lama kemudian, satu susuk tubuh kecil berjalan malas ke arah Irish. Tangan kecil itu menggosok mata beberapa kali.

"Mama," Adam memanggil. Dia merangkul lembut tubuh Irish. Manja betul anaknya yang satu itu.

"Hai anak mama." aku mencium rambut Adam. Wangian shampoo berbau buah buahan masih bersisa pada rambut Adam yang sudah panjang hingga hampir menutup keningnya.

" Selamat pagi, mama," tutur Adam. Pelat anak kecil sudah hilang daripada tuturnya di usia enam tahun. Kalau dulu, jenuh Irish menafsir setiap perkataan yang diucapkan Adam.

Itu belum lagi kalau Qira berbual dengan Adam. Irish ketawa kecil apabila teringat situasi Qira dua tahun lalu, yang begitu keliru dengan apa yang ingin disampaikan Adam kepadanya sehingga rakannya itu menghulur pensel dan kertas. Cuba lukis, katanya.

"Selamat pagi apanya, Adam? Cuba tengok kat luar, matahari dah tinggi dah tu. Ish ishhh," usik Irish sambil mencuit pipi Adam.

Adam ketawa, pelukan pada lengan Irish semakin dieratkan.

"I love you, mama." Ungkap Adam.

Irish menarik Adam ke dalam pelukannya. Cuba menahan sebak. Sayangnya pada Adam tiada banding. Siapa sangka, Adam Rizki, anak kecil yang bukan penghuni rahimnya itu menjadi intan dalam hidupnya. Irish merasakan dirinya adalah manusia paling beruntung apabila dihadirkan Tuhan insan kecil itu.

"Mama?" Adam melentokkan kepalanya di bahu Irish sambil tersenyum kecil.

"Ya, Adam?"

"Hm... bila Adam nak ada papa?"

Bulan ini sudah masuk tiga kali Adam mengutarakan hal ini kepada Irish. Adam tahu, Irish bukan ibu kandungnya kerana Irish tidak pernah menyimpan rahsia tentang asal usul Adam. Kerana itulah Adam sudah pandai menyoal tentang figura seorang ayah dalam hidupnya.

"Haih, Adam ni. Kan mama dah cakap, siapa lah nak mama. Mama tak cantik, tak comel," sengaja Irish menarik muka.

"Mama nak tahu? Mama cantik sangat! Mama cantik, macam Adam," Adam menyambung tawa.

"Adam bukan cantik, Adam tampan. Cantik tu untuk perempuan,"Irish mengusap kepala Adam. Ini mesti kerana Qira yang sering memuji Adam cantik macam Irish. Wajah Adam yang sedikit kelihatan feminin seperti kanak kanak perempuan itu memang kelihatan cantik. Apatah lagi dengan rambutnya yang terlihat panjang.

"Adam, jangan lupa ingatkan mama untuk potong rambut Adam okay?" Irish berpesan. Sekolah akan buka tidak lama lagi.

"No, tak mahu mama potong!" Adam berlari kecil menjauhi Irish. Teringat insiden beberapa bulan lalu di mana Irish mencuba buat pertama kalinya memotong rambut Adam. Tutorial 'rambut mangkuk' ala ala kanak kanak Korea yang Irish tonton di YouTube tidak menjadi seperti yang dibayangkan.

Memang macam mangkuk. Tapi Koreanya, tidak.

.............


Hello semua, I hope everyone sihat sihat hendaknya. To all KEJAR readers, saya dah start republish KEJAR sikit demi sikit due to editing yang ambil sedikit masa. Since saya tulis KEJAR in 2014 sampailah complete, saya tak pernah buat any editing so I think, dah tiba masanya untuk saya edit KEJAR slow slow balik. KEJAR is the only novel yang saya tulis secara complete and I really value KEJAR. So I hope you guys stay tuned with KEJAR, sambil sambil baca my other novels, BIRU KELABU dan TENTANG HARI INI yang also masih in progress.

I may not possess a great talent in writing but I do love writing (walaupun kerap writer's block yee :') ) So your support means everything to me!

p/s Finally tukar cover KEJAR!



sincerely,

Nadia Asyikin


kejarWhere stories live. Discover now