MaryJane Ana.

50 2 0
                                        

Marijuana Indica,
aku balot kau bersama kertas mascotte,
hingga kau hadir dalam fantasy ku,
Lalu terwujud "MaryJane Ana."

MaryJane Ana,
Aku nyalakan api dihujung mu,
Aku mencium perlahan bibir mu,
hingga datang nikmat,
tak tertahan.

MaryJane Ana,
Kau legakan beban hidup,
dalam buaian gurau dan tawa,
Walaupun selamanya terlalu lama,
Tapi cukup sekadar engkau ada ketika aku gundah gelana.

MaryJane Ana,
Buailah aku dalam nikmatmu,
Hapuslah dia dari hidupku,
Hapuslsh dia dari diriku,
Hapuslah dia kerana aku tak mau lagi menunggu.

MaryJane ana,
Berilah kebebasan dalam hidup mu,
Akan ku perjuangkan kemerdekaan kebebasan mu,
Sehingga kau benar benar bebas.

MaryJane Ana.
Maafkanlah mereka yang tidak tahu apa tentang mu dan memfitnahmu, sekejam mereka menilai aku ketika bersamamu,
Walaupun yang apa aku tahu,
Dirimu tenang dalam bara api kebisuan.

MaryJane Ana.
Datanglah kemari, dekatkan dirimu disisi,
Bawa aku terbang kembali,
melukis indah pelangi,
dalam keghairahan gurau dan tawa,
Benarkan aku berhalusinasi tentang rindu sudah lama mati,
Rindu yang tak membawa erti lagi.

MaryJane Ana,
Kini balotan khayal mu sudah sedia
menungguku untuk aku membakarnya kembali,
Akan ku sedia membawa diri ke alam fantasi lagi,
Akan ku ucap jumpa lagi kepada realiti yang begitu celaka,
Sehingga tiada kata indah dan gundah gundah.

Bersama MaryJane Ana,
Telah aku rasa kenikmatan
dalam lantangnya gurau membuat aku terigau-igau.

Bersama MayJane Ana,
Ku tangguhkan beban hidup.

Bersama MaryJane Ana,
Ku ukir tawa yang bergitu mesra.

Bersama MaryJane Ana,
Aku berfantasi dalam sebatang "Ganja."

                                                       030417

HALUSINASI MARYJANE ANA.Stories to obsess over. Discover now