Yang pasti bilik itu penuh dengan kesan sihir dan senjata. Seolah-olah banyak pertempuran berlaku disitu

"Ini salah satu hartanah milik keluarga Mia. Diturunkan kepada pakcik Mia" Jelas Justin.

Damia tidak begitu mengenali pakciknya sebab beliau meninggal dunia ketika dia masih kecil. Tambahan pula Declan seringkali merantau jauh.

Laci kabinet di tarik, Justin menyelongkar beberapa buah lagi laci sehingga menjumpai apa yang dicarinya. Sekotak lilin ditangannya, sebatang lilin ditariknya. Tanpa sebarang pergerakan spesifik, lilin itu menyala, mata kanan Justin turut berkilau buat seketika.

Dia mendirikan batang lilin iu diatas meja kecil. "Kuasa si mata emas atau turut dikenali sebagai goldenic, antara kuasa yang paling berkuasa."

Mata kanan Justin sekali lagi berkilau seketika, api lilin terpadam.

"Goldenic mampu menghasilkan sihir dengan hanya menggunakan kekuatan minda, tidak perlukan mantera mahupun pergerakan tertentu, seperti..." Justin mengeluarkan tongkat sihirnya, dengan sekali hanyunan lilin menyala semula. Tongkat disimpan, dia menghulurkan tangannya, membentuk pentagram. Angin muncul dari pentagram dan memadamkan api lilin.

Justin menarik tangan Damia, tapak tangan Damia digenggam erat. "Rasa?"

Tangan Justin mengeluarkan sesuatu aura yang menarik sesuatu daripada dalamnya dan berkumpul di tapak tangan. Terasa kesemutan. Damia beria mengangguk, "Apa ni?"

Justin tersenyum. Dia suka Damia yang bersemangat waja. Dia mencipta jarak antara tangannya daripada Damia. "Fikirkan bunga"

Sekelip mata sesuatu seperti arus elektrik keluar daripada tangan Damia dan Justin. Perlahan-lahan membentuk bunga. Damia menarik bunga tersebut daripada medan kuasa seperti yang dipinta oleh Justin.

Bunga tersebut seperti apa yang difikirkannya. "Ini tenaga sihir?" soal Damia melihat Justin meminta kepastian.

Justin mengangguk. "Kuasa ini terkandung dalam darah kita. Oleh itu mudah sahaja bagi kita untuk menumpukan tenaga sihir tersebut ke kawasan tubuh yang kita hendaki. Tetapi ingat, setiap sihir yang dilakukan akan meninggalkan kesan pada tubuh. Goldenic mementingkan pertukaran sama nilai"

Damia mengenggam tangannya. "Tetapi saya tak tumpukan tenaga sihir pada tangan pun tadi?"

"Sebab saya tarik tenaga sihir Mia. Goldenic mampu berinteraksi satu sama lain kalau ada kefahaman." Jelas Justin. Pada hakikat sebenarnya, sebab dia mempunyai hubungan yang mendalam kesan daripada upacara yang pernah dilakukan diluar pengetahuan Damia.

Damia menarik tangan Justin. Terasa setiap tenaga sihir ditubuh Justin berkumpul di setiap sentuhan Damia. "Macam ni?" Soal Damia dengan senyuman bangga.

Justin terpaku seketika sebelum dia meramas ubun-ubun Damia. Sesungguhnya dia adalah sebahagian daripada Damia.

"Nampaknya kita memang ada kefahaman yang tinggi kan, Just?"

Mereka berlatih menggunakan dan mengawal kuasa Goldenic yang ada pada Damia. Tidak sukar kerana Damia adalah pewaris Goldsilv yang sah. Tambahan pula Damia antara pelajar terbaik tahunnya. Kebijaksanaan yang diwarisi bak kata Damia.

Dengan sekali petik, aura emas keluar dari tubuh Damia dab kemudian membentuk burung angrybird, burung-burung itu berterbangan diudara seketika sebelum hilang dari pandangan, masih tidak cukup kuat. Sihir kegemaran Damia.

"Justin ingat tak sihir ni?"

Justin ketawa kecil. "Sihir yang Mia suka gunakan bila marah"

"Sebab memang padan dengan muka Just" balas Mia bersahaja. "Suka musnahkan pemberian Okka"

Tegang urat didahi Justin mendengar nama Okka disebut. Walaupun lelaki itu sudah jauh diperantauan, namun dia masih tidak berhenti menghubungi Damia.

Justin menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkab dirinya. Ini mengingatkannya pada sesusatu. Sesuatu yang ingin disoalnya namun tidak ada kesempatan.

"Mia"

Damia menoleh apabila namanya dipanggil, latihannya dihentikan seketika. "Ya?"

"Siapa yang beri posyen penulen kepada Mia?" Soal Justin.

Sepi seketika sebelum Damia menjawab."Zeanz. Zeanz yang bagi."

Dahi Justin berkerut, Zeanz adik Sconne? Bagaimana?

"Dia belajar posyen tahap terakhir dan kemudian menghasilkannya. Mia dengan Sunshine selalu jadi ujikajinya."

Dia sedia maklum tentang Damia mencuba posyen hasil buatan Sconne. Entah kenapa seperti ada sesuatu yang tidak kena.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now