Kerana hidayah milik Allah

51 4 1
                                    

        Kita selalu dengar cerita pasal orang yang nak berubah tapi tak istiqamah. Lepastu kalau dia berubah balik menjadi dia yang sebelumnya mulalah kita nak cemuh dia. Kita kata dia ini saja berubah mengikut trend je. Tapi kita tak tau di sebalik penghijrahannya , beribu rintangan harus dia hadapi . Samada dia kuat atau tidak , itu terpulang kepada diri dia.Namun pernahkah kita terfikir untuk menjadi asbab penghijrahannya?

           Ada satu cerita di mana wanita tersebut tidak berhijab. Sudah acapkali suami wanita tersebut menyuruhnya untuk berhijab. Namun wanita itu hanya menjawab tidak bersedia lagi .Rakan - rakannya juga tidak putus menegurnya agar menutup aurat . Suami wanita tersebut telah menggunakan bermacam cara dari yang selembut sutera hingga yang sekeras batu kerikil . Akhirnya suami wanita tersebut putus asa dan hanya berserah kepada Allah bagi membuka hati isterinya.
            
            Suatu hari wanita tersebut pergi ke sebuah supermarket berhampiran dengan rumahnya . Tujuan wanita itu adalah untuk membeli keperluan peribadi dan barang dapur. Sewaktu hendak memilih syampu , wanita tersebut mendapat panggilan kecemasan dari pejabat dan terus menyambar syampu yang berada di hadapan mata. Sesudah membuat pembayaran , wanita tersebut segera pergi ke pejabatnya.

            Selesai sahaja masalah di pejabat, wanita tersebut pulang ke rumah. Semasa hendak mandi , wanita itu baru menyedari bahawa dia telah membeli syampu yang khas untuk wanita bertudung. Secara tiba - tiba wanita tersebut mengalirkan air mata . Dia rasa berdosa sekali kerana  telah mendedahkan  aurat selama ini.

            Pulangnya suami wanita tersebut dari rumah , suami tersebut disajikan dengan panorama yang sungguh mengasyikkan.Ya, isterinya sudah berhijab.Dia memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana mengabulkan doanya .

             Kesimpulannya , hidayah Allah berada di mana -mana dalam apa jua keadaan . Kita seharusnya menyokong penghijrahan seseorang walau siapa mereka yang sebelumnya . Perubahan ini mulanya perit , namun pasti akan temui kebahagiaan hakiki.

              Kerana dakwah bukan untuk kemewahan dunia tetapi tuntutan ukhrawi. Perbaiki diri , hiasi peribadi.

simple tarbiahWhere stories live. Discover now