Bahagian 16

390 15 0
                                    

Sepanjang minggu itu keluarga Syahirah sibuk menguruskan persiapan perkahwinan. Walaupun Syahirah menyatakan dia tidak mahu berkahwin dengan bekas tunang kakaknya, mama dan papanya seolah-olah tidak menghiraukannya.

"Syahirah... Cuba pakai baju ni. "Puan Syakilah menyerahkan satu baju pengantin kepadanya. Memang kesukaannya. Warna biru laut dan hiasannya yang tak terlalu padat sesuai dengan cita rasanya. Namun dia tidak gembira.

"Cubalah pakai kak... "Gesa Suzana a.k.a. penyibuk.

"Yelah... Yelah.. "Syahirah mengambil baju pengantin itu dan berlalu ke bilik Persalinan. Sebaik sahaja dia keluar, mama dan Suzana tersenyum.

"Cantiknya.... Kan mama.. "Puji Suzana.

"Wah.. Anak mama lawa.... Macam mama muda-muda dulu. "

Syahirah mencebik. Tiada mood.Dua minggu sudah berlalu selepas Faris melamarnya.Faris terus menghilangkan diri tanpa khabar berita.

'Kau mainkan perasaan aku ke Faris?'

"Kenapa sedih ni? "Tanya Puan Syakilah.

"Irah tak nak kahwin... "

"Irah... Irah dah sampai usia untuk kahwin. Irah kena kahwin. Papa semangkin hari semangkin tua. Mama pun sama. Kita perlu seorang lelaki yang boleh jaga keluarga kita. "

"Tapi... "

"Kakak....lupakan Faris... Faris cuba mainkan akak... Kakak kena terima abang Ris. "Suzana mengosok bahu Syahirah.

😢😢

"Syahirah.... Aku ada benda nak serahkan dekat kau. Ni amanah.... "

"Apa ni? "Syahirah mengambil cd yang berada di tangan Izzati.

"Dari kakak kau... "

"Maksud kau?Kak Mimi? Kau kenal ke dia? "

"Nanti aku terangkan pada kau. Dia nak kau tengok...kau sorang je.. "

"Untuk aku? "

"Ye... Untuk kau.... Aku keluar dulu. "

Syahirah terus mencari komputer ribanya. Dia membuka kotak Cd itu. Tercatat -For Syahirah-.

Dia memasang Cd tersebut pada komputer riba. Setelah memasang Cd tersebut,terpancul gambar dia sekeluarga serta kawan kakaknya...tunang kakaknya.Gambar yang paling banyak ialah gambar dia bersama kakaknya.
Akhir sekali gambar itu seakan-akan bergerak. Terpancul muka kakaknya di sebuah taman.

"Irah sebenarnya kakak nak cakap sesuatu dekat Irah. Irah,kakak dan abang Ris takde hubungan apa-apa.Kami dipaksa untuk berkahwin. Abang Ris cintakan orang lain. Akak pun dah anggap Abang Ris macam abang akak sendiri.Abang Ris sukakan Irah.. Sejak Irah kecil lagi.Abang Ris selalu main dengan Irah.Akak dapat lihat dari gaya mata abang Ris melihat IRah,bukan macam abang melihat adik. Irah ingat tak masa abang Ris cakap dia cintakan Irah?Masa tu abang Ris berada dekat Universiti dan Irah baru tingkatan empat.Irah ingat abang Ris main-main. "

Syamimi melihat ke langit. Dia kembali memandang kemera.

"Irah, abang Is sangat Sayang dekat Irah. Semua benda Irah mintak dia bagi. Sampaikan... Masa Irah masuk hospital dulu.... "

😢😢

Bersambung...

En. Blind Date Dan Cik Sedih(complete)Where stories live. Discover now