Bahagian 15

393 15 0
                                    

"Kita makan dekat sini.. Please"

'Saya dah tempah tempat ni.. Takkan awak nak bazirkan begitu je... '

"Tapi takde oranglah dekat sini. Makanan pun mahal. "

"Saya ada... Lagipun saya nak makan dengan awak je... Saya tak kisah pasal orang lain. "

"Yelah... Yelah... "

"Ni meja kita... Silakan duduk princess"Faris menarik kerusi untuk Syahirah.

"Thanks.. "Syahirah tersenyum.

"Saya dah tempah dah makanan... Sebentar lagi sampai lah. "

Syahirah mengangguk.

"Erm... Saya minta maaf sebab tak hubungi awak. "

"Tak apa... "

"Awak.... Ni kad jemputan perkahwinan saya. "Syahirah menghulurkan sesuatu kepada Faris.

"Awak nak ke kahwin dengan bekas tunang kakak awak?"

"Saya terpaksa... Lagipun ni je saya boleh buat untuk papa saya. Sepanjang seminggu saya berfikir.Ni keputusan terbaik yang saya boleh buat. "

"Awak cintakan dia?"

"Saya tak tahu... Tapi saya dapat maklumat dia tak salah. Bukan dia yang bunuh kakak saya. Saya... "

Waiter menghantar makanan kepada  mereka. Macam-macam ada pasta, kek, aiskrim, Jus oren, Jus tembikai .Semuanya makanan kegemaran Syahirah.

'Macam mana dia tahu aku suka makan benda ni? '

"Kita makan dulu.. "Faris mengcapai sudu dan garfunya.

Irama muzik romantik dimainkan untuk mereka.

"Awak.... Saya seganlah nak makan. Takpe ke saya makan banyak-banyak? Saya bawa sikit je duit ni... Silap hari bulan kita kena kerja jadi tukang cuci pinggan. "

'Oii... Oii ingat ni drama ke Syahirah. 'Faris ketawa kecil melihat wajah Syahirah yang sedikit pucat.

"Saya bawa awak dekat sini... Jadi saya yang bayar. Awak tak perlu risau. "

"....."Syahirah mengangguk. Dia mula menjamu hidangan di depan matanya.

'Wah sedapnya... Sedapnya.. '

Tiba-tiba pergerakan Syahirah menjadi sedikit kaku. Dia dapat rasa dirinya seakan-akan sedang diperhatikan. Dia melihat ke arah Faris. Mata Faris tepat memandang ke arahnya.

"Kenapa awak pandang saya macam tu? "

"Saja tengok awak comel. "

Muka Syahirah memerah.

'No Syahirah control-control kau dah ada calon suami. 'Syahirah tanpa memandang wajah Faris menyambung makan makanan yang lazat di depannya.

"Encik ni belon yang encik pesan. "Seorang Waiter menyerahkan belon kepadanya.

"Thanks"

"Syahirah nah... "Faris memberi belon itu pada Syahirah.

"Hah? "

"Awak pegang tali ni."

Syahirah mengikut arahan Faris.

Pap.. Bunyi belon pecah.

"Apa ni? "Syahirah dapat merasa sesuatu yang keras seakan besi di dalam gengamannya.
Dia membuka tangannya.

"Cincin.. "Dia melihat suatu surat tergantung pada cincin itu.

-Will you marry me? -

"Awak.... Saya dah nak kahwin dah... "

"Awak cintakan saya kan? "

"Tapi..."

"Awak cintakan saya kan? "

Syahirah akur.
"Ye... Tapi saya dah janji. "

"Hari ni hari ke 30.Belum masuk sebulan. Jadi awak tak perlu kahwin dengan pilihan keluarga awak. "

"Tapi semua persiapan dah siap.. "

"Yang tu saya akan uruskan. Lagipun kad kahwin kita tak perlu tukar. Dah tercatat nama kita. "

"Tapi.. "

" I will manage it. Just relax. "

"Awak... "

"It up to you. Kalau esok awak pakai cincin tu, tu tanda awak setuju dengan saya. "

"Saya... "

"Jom kita balik.. "

.....

Dalam perjalanan menghantar Syahirah ke rumahnya, suasana sangat sunyi. Kereta Faris memasuki rumah Syahirah.

"Thanks sebab hantar saya. "

"Welcome. "Faris tersenyum.

Syahirah turun dari kereta Faris.

"Syahirah. "Faris memanggil.

"I will wait for you forever... "Faris mengenyit sebelah matanya.

Muka Syahirah memerah bak buah rambutan.
😀😀

Bersambung.

En. Blind Date Dan Cik Sedih(complete)Onde histórias criam vida. Descubra agora