Seorang nurse yang berada di situ berlari anak ke arah Xiumin.Dia membantu Xiumin bangun dari tempat dia jatuh.

"Adik nak kemana ni?"(waktu ni umur Xiumin 19 tahun)

"Tu..adik saya"

Nurse tersebut membawa Xiumin ke arah Baekhyun dan Chanyeol.

"Gumawo"

Nurse tersebut hanya tersenyum manis lalu dia meninggalkan Xiumin bersama adik-adiknya.

Xiumin melihat ChanYeol.ChanYeol masih tidur.Patutlah ChanYeol tidak melihatnya.

"Baek okay?"

Baekhyun mengangguk.Alat bantuan pernafasan cuba dibukanya.Namun dihalang oleh Xiumin.

"Baek tak selesa"

Xiumin mengeleng.

"Kalau Baek bukak,hyung tak nak lawat Baek dah"

Xiumin tersenyum sendiri.Mana mungkin dia tidak akan melawat adiknya.Dia yang akan rindu adiknya nanti.

"Mana Chen hyung?"

"Chen hyung tidur"

"Mana Sehun dan Kyung Soo?"

Xiumin diam.Jelas,Baekhyun masih tidak tahu mengenai keadaan keluarganya sekarang.

"Tidur jugak"

Tipu.
Dia terpaksa menipu.Dia tidak mahu keadaan Baekhyun lebih parah hanya disebabkan dia risaukan adik-adiknya.

"Omma dan Appa?"

Kali ini air matanya tumpah.Apa yang perlu diberitahu kepada Baekhyun?perlukah dia menipu?tapi..sudah tentu Baekhyun akan bertanya kepadanya tentang ibubapanya sekiranya dia telah pulih nanti.

"Omma dan appa sedang tunggu kita pulih"

"Tunggu?kenapa tak tengok je kita sekali?Omma dengan appa tak sayang kita ke?"

Xiumin menggeleng.Dia tersenyum lembut.

"Omma.dan appa sayang kita..tapi ada yang lebih sayangkan omma dan appa dari kita..dan sebab tu omma.dan appa tak dapat lawat kita sekarang"

Dahi Baekhyun berkerut.Sayang?siapa yang lebih sayangkan omma dan appa selain kami?

"Siapa?"

"Tuhan"

Sedar.
Sedarlah dia bahawa ibubapanya telah pergi meninggalkan mereka.Air matanya tumpah.Xiumin mengelap air mata Baekhyun.

"Kenapa tuhan terlalu kejam hyung?kenapa kita yang kena terima semua ni?"

"Tuhan tak kejam Baek..seperti yang hyung cakap tadi..tuhan lebih sayangkan diaorang berbanding kita..kita kena terima tu"

Xiumin memeluk Baekhyun yang mula tersedu sedan menahan tangisnya.

"Waktu tu..hanya Umin hyung yang bagi semangat kat aku,Chan dan Chen hyung.."

"Hyung..Baek nak jumpa Kyung Soo dan Sehun.."

"Chan pon"

Xiumin terdiam.Xiumin berhenti menyuap Baekhyun dan ChanYeol.Xiumin mengaru kepalanya.

"Baek dengan Chan kan tak sihat lagi"

"Alah,,hyung pon tak sihat lagi,,tapi boleh je tengok kitaorang"

Book 1 And Book 2: Wolfpire And DevilWhere stories live. Discover now