13

1.9K 46 1
                                    

Cahaya matahari sudah pun kelihatan. Nota di cermin di baca Hafez. Tapi sedikitpun dia tidak hiraukan. Telefon terus dicapai.

Hafez, flight pukul 2 petang.

-Mikael

Nama Maryam dicari. Belum sempat dia mendail nombor wanita itu, terlebih dahulu nama itu keluar di skrin telefon bimbit. Sengih Hafez melebar.

"Hello bayyyyby." Semangat betul Hafez menjawab panggilan.

"Mikael?"

"Tet! Wrong!"

"Hafez!" Maryam ketap gigi.

"Aku tak sukalah orang pertama yang kau sebut tu, Mikael. Lain kali kalau kau call number ni, nama pertama yang kau kena sebut, Hafez. Lantaklah dia Mikael sekalipun. Faham?"

"Kenapa pula saya nak kena dengar cakap awak?"

"Sebab kau kena!"

"If not?"

"Pay for your damn mistake."

"Awak nak buat apa? Tolak saya jatuh bangunan?" Maryam mencebik.

"No way."

Maryam sengih sinis. Tau pun tak berani. "Tak cukup seksa." Tambah Hafez. Maryam terkedu.

"Awak tak tahu Hafez gila macam mana.."

Teringat perbualannya dengan Mikael semalam.

"Dalam setengah jam, aku tunggu kat lobi hotel kau." Arahan dikeluarkan dan talian dimatikan.

"Hello! Hello!" Maryam merengus. Jam diperhatikan. Oh shoot! Mandi pun tidak lagi. Maryam pantas bangun dari katil dan berlari masuk ke dalam bilik air.

Tangannya baru sahaja nak oles eyeliner di kelopak mata, telefonnya sudah berdering.

Telefon diangkat. "Boleh sabar tak?"

"Wow. Garangnya. I'll give you another 5 mins." Beritahu Hafez.

"Mana sempat!"

"Okay. 3 minit."

"Hey!"

"App! 3 minit or aku naik atas?"

"Heh. Macam lah awak tahu bilik saya kat mana." Maryam bersandar di kerusi. Lega. Dalam masa yang sama dia rasa seronok sebab dia tahu lelaki itu takkan tahu.

"C'mon. Hafez selalu tahu. Floor 9, bilik 231. Oh and jangan rasa aku tak boleh buka pintu bilik kau."

Mati terus sengih Maryam. Elok muka dah berwarna, terus pucat jadinya!

Maryam matikan talian. Eyeliner ditinggal tepi. Dia terus mencapai tas tangan dan menyarung kasut. Terus dia berlari ke hadapan pintu lif. Ting!

Pintu lif terbuka luas dan kelihatan Hafez sedang berdiri di dalam perut lif dengan tangan di dalam poket seluar.

"Tak sampai 3 minit lagi! I don't even put my eyeliner on!" Maryam membebel dan melangkah masuk ke dalam perut lif.

"Just nak make sure 3 minit. Kalau dah 3 minit kau still tak keluar bilik, aku dah ready nak crash in."

Maryam menjeling Hafez.

SPLITWhere stories live. Discover now