6

2.8K 107 16
                                    

Maryam membisu. Dia hanya membiar orang di hujung panggilan yang bersuara. Dadanya berombak turun naik. Marahnya masih belum hilang. Sebolehnya dia tidak mahu fikir apa yang lelaki itu lakukan kepadanya. Benci!

"Maryam." Mikael panggil lagi bila pertanyaannya tidak berjawab sebentar tadi.

Maryam hela nafas berat. "Saya dah bagitahu awak hari tu, kalau awak nak nombor Meen, awak usaha sendiri. Saya takkan senang-senang kasi kat awak." Tegas Maryam.

"Hey, hey. Calm down. Kenapa ni? Bila masa saya minta nombor Meen pula ni? Anyway, who's Meen?" Mikael tidak faham.

"Mikael, jangan buat bodohlah. Saya tak faham la dengan awak ni. Pura-pura baik dengan saya padahal nak dapatkan kawan saya? Saya boleh bagi awak berkawah dengan Meen, tapi cara awak tu tak betul!" bentak Maryam.

"Maryam, seriously awak salah faham dengan saya ni." Mikael cuba memujuk.

Maryam tidak mahu dengar apa-apa lagi lantas talian dimatikan. 'Buang mood aku aje.' Kaki terus melangkah masuk ke dalam bilik air. Hah padan muka kau habis kredit banyak-banyak.

BUNYI kereta hon sana sini kedengaran nyata di telinga Maryam. Baju cotton putih-palazo kelabu cair-cardigan kelabu labuh-selendang satin krim-rantai jam yang labuh hingga ke pankreas.

Dengan kamera digital Olympus di tangan, kaki melangkah di tepi jalan. Kedai-kedai makan yang berada di tepi jalan menarik sedikit minatnya untuk diambil gambar.

Sedang matanya fokus mengambil gambar, dari lensa kamera tubuh yang dia kenali itu sekali lagi melintas di hadapan. Maryam mengalihkan kamera dari matanya. Dahi berkerut.

"Kalau kau sendiri yakin dalam hati kau yang paling dalam tu yang tu dia, aku percaya kau takkan lepaskan peluang untuk jumpa dia balik. Tapi sebab kau sendiri tak yakin. Betul tak? Back to reality, Yam. He's gone. Like seriously gone. Aku tak faham kenapa dalam banyak-banyak tempat, Jogja juga yang kau nak pijak."

Kata-kata Meen seakan berdengung di dalam corong telinga. Maryam ketap gigi. Lebih baik dia kejar lelaki itu. Kalau dia salah pun, dia tahu dia akan berpuas hati.

Cepat-cepat Maryam mengekori kelibat lelaki yang dia rasakan Aryan itu. Dalam hati penuh berdoa agar lelaki itu memang betul-betul Aryan walaupun jauh di dasar hatinya mengiayakan Aryan sudah tiada.

Lelaki itu lebih laju melintas jalan raya dan Maryam tidak mampu mengejarnya apabila lampu isyarat bertukar warna hijau. Berduyun-duyun kereta lalu di hadapannya. Mata Maryam masih mencari-cari kelibat itu.

DUP!... DUP!... Jantungnya daripada pantas terus seakan berhenti. Susuk tubuh Aryan hilang. Bebola mata Maryam kini fokus kepada susuk tubuh lain yang sedang menangis di tepi jalan.

"IBU.." lelaki yang tingginya berukuran 182 cm itu menangis di bahu jalan. Tidak tahu dia di mana. Lampu pejalan kaki bertukar dari merah kepada hijau. Di saat itu semua kereta berhenti dan memberi ruang untuk pejalan kaki. Maryam perlahan-lahan melintas sambil matanya masih tidak lepas daripada susuk tubuh lelaki yang sedang menangis itu.

"Mikael?" tegur Maryam.

Mikael tidak mempedulikannya. Tapi masih sibuk menangis.

"Mikael!" bahu lelaki itu dicuit.

Terus dia berpaling kepada Maryam dengan mata yang sudah bengkak.

"Akak, akak kenal tak mak Adam? Nama mak, Sakinah. Adam cari mak tak jumpa." Dia kembali mengongoi.

Maryam garu kepala. "Mikael, awak buat apa ni? Tak kelakarlah." Maryam menggoncang kedua bahu Mikael.

SPLITWhere stories live. Discover now