BAB 1

5.2K 118 17

Mikael melipat lengan baju melayu sedikit hingga ke paras lengan. Rambutnya ditolak ke belakang menggunakan tangan kanannya yang sudah dilumur sedikit jel rambut. Bibirnya yang kelihatan basah disentuh sedikit untuk memastikan ianya betul-betul lembab. Haruman dari Hugo Boss sudah cukup membuatkan tubuhnya wangi.

Usai bersiap, segera Mikael keluar dari biliknya. Kunci kereta dan jam tangan yang diletakkan di atas meja makan dicapai sebelum jam itu disarung ke lengan kanannya. Yep. Kidal.

Tali kasut diikat kemas. Sebelum keluar dari rumahnya, Mikael memastikan betul-betul jika pintu sudah berkunci atau tidak. Tangan kiri lelaki itu diseluk masuk ke dalam poket seluar slacknya. Matanya tidak lari dari nombor lif yang dari tadi bertukar.

Beberapa minit kemudian, pintu lif terbuka. Mikael melangkah masuk ke dalam ruangkan empat segi sempit itu. Jam di pergelangan tangan dibaca. Hmm. Macam lambat aje.

Dari tingkat 21, turun ke tingkat 15. Lif berhenti dan pintu itu terbuka.

Maryam masuk ke dalam lif dengan nafas yang termengah-mengah. Pantas dia mengambil tempat di hadapan Mikael. Wanita itu hanya memegang clutch bag. Mikael dari belakang memerhatikan dari atas sampai bawah pakaian wanita itu.

Apabila lif sampai ke lobi, mereka berdua bergegas menuju ke kereta masing-masing untuk menghidupkan enjin kereta. Maryam tidak menunggu lama untuk enjinnya panas. Keretanya pantas bergerak keluar dari kawasan parking.

Kereta Mikael yang hanya bersebelahan dengan Maryam. Lelaki itu hanya memandang kelibat kereta Maryam yang kian hilang dari pemandangan.

"YAM! Kau kat mana?" Meen di hujung talian sudah menjerit hampir ke frequency yang maksimum.

"Aku dekat simpang ni. Dalam lima minit lagi aku sampai."

"Ish kau ni! Dah nak akad dah ni. Suruh tidur rumah Myna tak nak. Kan dah lambat." Bebel Meen.

"Seriously? Time ni juga kau nak membebel kat aku? Aku takde masa la nak dengar bebelan kau. Aku overslept lah lepas Subuh tadi." Rengus Maryam.

"Sebab itu la aku bebel kat kau. Semalam boleh aje kan kalau kau tidur rumah Myna. Sebab kau balik semalam pun pukul 3 pagi kot. Aku tahu kau mesti letih punya."

"Eh kau ni bebel kat aku macam kau punya wedding pula. Sabarlah! Kejap lagi aku sampai. Myna tak bising pun, kau pula yang lebih dah kenapa?"

"Sebab Myna tu dah nervous petala ke tujuh belas lapan puluh. Aku tengok muka bermekap pun nampak pucat dah ha. Baik kau datang cepat! Banyak dulang nak angkat ni hakak oii!!"

"Ye! Aku dah nak sampai ni. Kau ni kalau aku berlanggar dengan kereta orang, memang aku suruh kau yang bayar. Tak reti hormat orang tengah drive betul!" talian terus dimatikan. Meen mencebik. 'Aku debik minah ni karang, mau berterabur gigi.'

SPLITRead this story for FREE!