BAB 1

8K 139 17
                                        

Haris meneliti satu persatu helaian kertas yang tersedia diatas mejanya. Sekejap berkerut, sekejap lagi tersenyum lebar dan selepas itu tergelak sendirian. Dasar emosi tak stabil betul.

Pembantu haris yang dikenali sebagai paoh datang menghampiri bosnya.

" ini dia beberapa lagi calon yang bos minta. " kata lelaki yang kelihatan agak berusia dengan kepalanya agak botak di tengah dan hanya ada rambut di sisinya.

" okay, cun. " haris mencapai beberapa helaian kertas di tangan pembantunya.

" bos, Saya cadangkan kita pilih dia ni. Ataupun yang ini. Saya rasa mereka berdua ni calon yang sesuai. " cadang paoh dan menunjukkan biodata seseorang.

Haris meneliti biodata dua orang perempuan itu. Dia memilih satu biodata manakala yang sehelai lagi diletakkan di atas mejanya.

" kita pilih yang ini! Jom! Move move." semangat haris dan beredar bersama pembantunya.

******

Felisya sedang sibuk membantu saudara maranya dalam menyediakan hidangan yang akan dihidangkan pada kenduri tahlil pada malam ini.

" felisya!! " panggil seseorang dari jauh.

" ye, mak lang? " sahut qaisara.

Qaisara yang sedang memotong sayur lantas membasuh tangannya dan menghampiri mak langnya.

" lisya, ada orang nak jumpa lisya dekat luar tu. " kata mak lang.

" ada orang nak jumpa? Siapa? " bingung qaisara.

" mak lang pun tak tahu. Tapi, ada dua orang lelaki yang datang. Ada seorang tu handsome macam muka korea. Seorang lagi tu, mungkin pak cik dia. Pergilah. Mana tahu itu kawan lisya. " mak lang tersenyum penuh makna.

" tak akanlah kawan lisya nak datang sampai sini. Okaylah, lisya pergi jumpa dia dulu, ye. " qaisara meminta diri.

Qaisara menuju ke luar rumah dan kelihatan ada seorang lelaki muda duduk di atas kerusi batu sambil menyilangkan kakinya dan memeluk tubuh.

Qaisara menghendap dari dalam rumah.

" siapa tu? Siap bersut bagai. Tak kanlah orang bank? Setahu aku, aku tak ada lagi berhutang dengan bank? " qaisara menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Dia pun memberanikan dirinya dan keluar dari rumah lalu menghampiri mereka.

" encik berdua nak cari saya ke? " soal qaisara lembut.

" cik qaisara felisya? " soal lelaki yang kelihatan berusia itu. Qaisara mengangguk.

" silakan duduk. Ada beberapa perkara yang kami nak bincangkan. " kata leleki itu lagi.

Qaisara akur lalu duduk berhadapan seorang lelaki yang kelihatan muda dan berpenampilan kemas itu.

" qaisara felisya? Hmm... Sedap nama. Felisya... Macam nama bunga yang paling besar dekat sabah atau sarawak tu.. " kata lelaki di hadapannya itu sambil menongkat dagunya dan memandang tepat ke wajah qaisara.

" itu refflesia. " balas qaisara.

" oooowwwwhhh.... Haha.. Kan lebih kurang tu. Felisya dan reff... Reffle.. Le.. Aaahh... Never mind. "

DIA, CINTA HATIKUOù les histoires vivent. Découvrez maintenant