Gadis itu terjaga dari tidurnya. Matanya melilau melihat keadaan di sekelilingnya sambil memegang kepalanya yang masih sakit.
Aneh.
Dia tidak pernah kenal tempat tersebut.
Sebuah bilik bercat putih, dihiasi dengan kertas dinding bercorak abstrak dan di dalam bilik itu hanya terdapat sebuah almari baju, katil bujang tempat si gadis itu terbaring serta sebuah meja kecil diletakkan bersebelahan katil.
“Awak dah sedar?” suara seorang lelaki mematikan lamunan si gadis.
Si gadis membuntangkan matanya melihatkan lelaki yang tidak dia kenal itu.
“Awak siapa?” tanya si gadis, kasar. Tangannya segera mencapai apa sahaja yang berada disebelahnya, risau jika lelaki itu mahu mengapa-apakannya.
“Hei hei… jangan risau… saya tak ada niat jahat pun pada awak…” tutur lelaki itu.
Perlahan lahan si gadis meletakkan kembali barang yang dicapainya tadi.
“Saya… di mana ni? Awak siapa? Macam mana saya boleh berada di sini?” tanya si gadis.
Lelaki itu meletakkan semangkuk bubur dan segelas air di meja kecil bersebelahan si gadis.
“Awak di rumah saya. Saya Woohyun. Nam Woohyun. Saya jumpa awak pengsan di tepi jalan malam tadi, sebab tu saya bawak awak balik ke rumah saya. Tak sampai hati pula biarkan awak kesejukan di tepi jalan” Woohyun menjelaskan apa yang telah berlaku.
“Saya… pengsan?”
Woohyun mengangguk.
“Oh ya… nama awak siapa?” tanya Woohyun.
“Mijoo… Lee Mijoo…” si gadis memperkenalkan dirinya.
“Mijoo sshii… ini saya ada masakkan bubur untuk awak. Maaflah, saya kehabisan stok barang dapur dan belum sempat ke pasar raya, jadi ini sahajalah yang saya mampu masakkan untuk awak. Awak makanlah ya? Jangan risau, saya tak masukkan apa apa yang pelik dalam bubur tu” kata Woohyun.
“Te… terima kasih” tutur Mijoo.
“Awak berehatlah… kalau awak perlukan apa - apa, awak boleh panggil saya. Saya ada di ruang tamu di tingkat bawah” pesan Woohyun.
YOU ARE READING
Her Healer
Romance"Woohyun... saya tak sanggup. Saya dah tak tahan... biar saya mati sahaja!" "Jangan cakap begitu! Awak kena kuat Mijoo!" "Saya dah cuba Woohyun! Saya dah cuba macam macam untuk lupakannya" "Izinkan saya..." "Izinkan awak untuk apa?" "Izinkan saya un...
