Bab1♥

1.7K 28 0
                                    

"Hai Sya. Yang muka marah ni kenapa?"tegur Dato Nazri. "Tadi Sya ada terlanggar sorang mamat ni, lepastu ada ke patut dia tengking Sya. Sya bukannya sengaja lagipun Sya dh minta maaf kot. Berlagak betul ." Luah Aisyah kepada daddynya.

"Hahaha kesian Sya. Siapalah yang berani tengking anak daddy ni" usik Dato Nazri. "Ishh daddy ni ketawa pulak"

"Sya bila nak start kerja dengan daddy?" Soal Dato Nazri. "Sya tak nak kerja dekat company daddy. Sya nak cari pengalaman kat tempat lain. Lagipun Sya dh apply few company around KL, " balas Aisyah. Bukannya dia tidak mahu bekerja di syarikat daddynya tetapi, dia sendiri ingin merasai pengalaman bekerja di bawah pengurusan syarikat lain.

"Okaylah. Kalau Sya nak belajar apa salahnya kan, "

﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏
Seminngu kemudian,
Dato Nazri membuat kenduri kesyukuran di rumah agamnya bersempana tamatnya pengajian Aisyah di Melbourne.

Selesai sudah tahlil, Aisyah bergegas mengambil makanan yang dihidangkan di buffet. Sudah lama dia menahan lapar. Dia mencedok nasi beriani dan ayam kurma ke pinggannya. Kemudian,di pergi ke arah abangnya yang sedang duduk di meja seorang diri.

Sedang Aisyah ingin menarik kerusi, ada tangan lain yang ingin menarik kerusi itu. Kemudian, dengan perlahan-lahan Aisyah mengangkat wajah memandang lelaki itu. Alangkah terkejutnya dia. Jantung Aisyah mula berdegup pantas. Berderau darahnya buat seketika.

Lelaki itu amat dikenali. Wajahnya putih bersih, bibirnya merah menyala tanda tidak merokok. Mana-mana perempuan yang melihatnya pasti tertawan apatah lagi bila melihat renungan matanya itu. Cair hati perempuannya seketika.

"It's you? Again?" Soal lelaki itu. Aisyah baru teringat itulah lelaki yang menengkingnya minggu lalu. "Maaflah ENCIK. Saya rasa saya yang tarik kerusi ni dulu. So, ENCIK boleh cari seat lain kot" kata Aisyah. Sengaja dia menekankan perkataan ENCIK.

"Tak saya yang dapat dulu" tegas lelaki itu. "No saya yang tarik dulu"balas Syaza tidak mahu kalah. "Sya! Amin! Korang dah kenapa? Pasal kerusi pon nak bergaduh" tegur Syazril.

"Tapi abang, Sya yang dapat kerusi ni dulu" jawab Sya. "What? Abang? " soal Amin keliru. "Ouh lupa Amin this is my beloved sister, Aisyah Lufya and Sya this is my best friend, Amin Daniel" terang Syazril. Mereka berdua terdiam.

"Dah duduklah .korang berdua tak nak makan ke? " tanya Syazril memecah kesunyian. Kemudian, Aisyah duduk di sebelah abangnya dan Amin duduk di hadapan Syazril. Mereka makan tanpa bersuara.

Rahsia CintaWhere stories live. Discover now