prolog

2.8K 40 1
                                    

Aisyah Lufya tiba di KLIA tepat jam 8 malam. Dari jauh lagi dia sudah nampak kelibat abangnya, Syazril Luthfi. Syaza melangkah pantas mendapatkan abangnya.

Di perkarangan rumah
"Mummy dengan daddy ada kat rumah ke? " tanya Aisyah sebaik sahaja keluar dari kereta.  "Mestilah ada. Nak sambut kepulangan anak kesayangan diorang yang dah 4 tahun tak bersua muka" kata Syazril smbil ketawa. "Tak payah nak perli orang! Sya kt Melbourne belajar ,bukannya main!" Marah Aisyah. Sakit betul dengan sindiran Syazril.

"Dah tak payah nak buat muka. Jom masuk. Mummy dengan daddy tengah tunggu tu" pujuk Syazril lantas Aisyah bergegas masuk ke rumah.

"Assalamualaikum mummy, daddy," ucap Aisyah sambil mengucup tangan Dato Nazri dan Datin Nora. Tubuh orang tuanya dipeluk erat. Pelukan kasih sayang dari seorang anak setelah empat tahun berpisah demi mengejar cita-cita.

"Dah-dah jom makan. Mummy masak spesial hari ni" pelawa mummy nya. "Ermm, sedapnya mummy masak" puji Aisyah. "Lepasni Sya naik atas rehat. Mesti penat naik flight lama" arah Dato Nazri. "Okay. Goodnight mummy, daddy" ucap Aisyah lalu naik ke biliknya.

Keesokan harinya,
"Sya bangun, mummy dah sediakan sarapan"arah Datin Nora mengejut anak daranya. Dia sudah masak dengan sikap Aisyah yang sukar bangun pagi. "Okay mummy. Lima minit lagi Sya bangun"

Selesai mandi, Aisyah mengemas bagasinya. Kemudian, dia turun ke bawah untuk bersarapan.

"Goodmorning mummy. Dady dengan abang mana?" Tanya Aisyah. "Morning. Diaorang dah pergi office lah" balas datin Nora. "Ouh. Lepas breakfast Sya nak pergi office daddy lah"

Di office Dato Nazri
Aisyah masuk ke bangunan dan menuju ke lift. Tiba-tiba dia terlanggar seorang lelaki hingga menyebabkan fail yang dipegang lelaki itu terjatuh.

Aisyah terkesima. Cepat-cepat dia memungut fail itu. "Sorry I tak sengaja" kata Aisyah. "You buta ke? Mata kat lutut ke?" Tengking lelaki itu.

"Apa masalah you sebenarnya? I bukannya sengaja langgar you!" Balas Aisyah lalu meninggalkan lelaki itu. Sakit hatinya mendengar kata-kata lelaki itu. Sombong tak bertempat. Harap muka jer handsome, bisik Aisyah dalam hati. Kemudian, dia terus menaiki lift menuju ke pejabat daddynya.

Rahsia CintaWhere stories live. Discover now