| fourteen

155 19 6
                                    

Makan malam sudah disediakan. Ia seperti jamuan. Tidak pernah dalam hidup mala, masak untuk 20 orang sekaligus.

"Mari makan!"

Semua orang menjamu selera. Ternyata di muka mereka, makanan mala sangat sedap.

"Wahh..kali ni mala unnie masak tak masin lah!" Kata wawa.

"Biasalah. Unnie belajar dari kesilapan.." jawab mala.

"Sedap betul lah! Tak macam hari tu, nak termuntah nura makan makanan mala unnie. Masin sangat.." nura dan wawa ketawa bersama-sama.

Mala langsung tidak tersinggung dengan kata-kata mereka. Kerana dia tahu bahawa mereka suka bergurau.

"Tak kecil hati ke dengan kata-kata diorang?" Tanya haechan yang berada disebelahnya.

"Tak. Bukan selalu dapat tengok dua orang tu berbaik." Jawab mala sambil tersenyum.

"Chenle, did you notice that?" Tanya jisung.

"Notice what?"

"Ketegangan antara Mark hyung dengan Jeno hyung. "

Mark dan jeno duduk berjauhan. Tidak pernah mereka berjauhan. Walapun mereka berjauhan, mereka sering menjeling antara satu sama lain.

"Perasan jugak. Apa hal dengan diorang?" Tanya chenle.

"Berebut sorang perempuan lah tu.." taeil yang duduk disebelah chenle menyampuk.

"Maksud hyung, sama dengan situasi taeyong hyung ke?" Tanya jisung.

"Bukan. Situasi taeyong ialah cinta tak berbalas." Kata ten yang berada disebelah jisung.

"Situasi mark dengan jeno pula sama macam dua ekor burung berebut satu makanan." Kata taeil.

"Ouhh..." akhirnya dua orang maknae itu faham.

Sementara itu, Taeyong langsung tidak menyentuh makanannya. Dia hanya bermain-main dengan nasinya dengan sudu. Akhirnya Doyoung menegur.

"Hyung marah lagi ke?" 

Taeyong mendiamkan diri. Doyoung mula berasa bersalah.

"Tak. Hyung tak marah." Bisik Taeyong.

"Hah? " Doyoung tidak dengarnya dengan jelas.

"Hyung tak layak marah kau. Hyung ni bukannya sesiapa untuk menghalang kau. Hyung pun minta maaf kat kau..." kata Taeyong.

Doyoung dan Taeyong berjabat tangan dan senyum bersama. Gina hanya memandang mereka dari tempat nya dengan hati yang lega.

"Hui!" Tegur jaemin.

Renjun masih lagi lekat dengan pandangan nya kearah wawa dengan jaehyun. Jaemin pelik dengan renjun.

"Hoi!" Jaemin menepuk lembut tangan renjun.

Renjun baru sedar dan terus memandang jaemin.

"Kenapa? Asal panggil aku?" Tanya renjun.

"Kau dari tadi asik pandang wawa je. Apahal?"

"Entah lah. Aku rasa lain macam lah.."jawab renjun.

Kelihatan disitu, wawa.sibuk berusaha untuk memulakan perbualan dengan jaehyun tapi jaehyun hanya buat tak endah sahaja.

"Maksud kau?" Jaemin bertanya lebih mendalam.

"Aku takut. Kalau jaehyun hyung sakitkan hati wawa.." balas renjun.

"Kau suka dia?"

"Maybe or maybe not."

Jaemin baru sahaja hendak mengatakan sesuatu. Tetapi, dia terdiam akibat sasha yang meluru masuk ke dapur dengan keadaan marah.

Dia duduk di sebelah gina dengan ganasnya. Yuta yang sedang elok makan, terus memandang nya. Bukan sahaja yuta, namun semua orang dalam dapur tu melihat sasha.

"Apa tengok-tengok?! " jerit sasha.

Semua orang terus memandang kearah lain manakala sasha sedang makan.

"Asal dengan perempuan idaman kau tu?" Bisik johnny kepada yuta.

"Gaduh dengan boyfriend lah tu.." kata winwin.

Yuta hanya terdiam dan sambung makan.

"Kau tak kesah ke?" Tanya johnny.

"Tu hal dia. I have nothing to do with her.." jawab yuta dengan selamba.

"Wah, hyung is really cool. Lepas cinta di tolak, terus move on. Lelaki sejati." Kata winwin.

Yuta hanya ketawa kecil. Tapi, disudut hatinya dia amat risau dengan keadaan sasha.

 

/to be continued


Kidnapping NCT Where stories live. Discover now