Game...

51 1 0
                                    

“Aaaaaaaa!!!!! Aku tak nak!!!” jerit Intan sekuat hati di banggunan kelas form 6.

“Ish! Intan! Apa kau ni? Terjerit-jerit macam orang G.I.L.A ni,” kata Umairah sambil menutup telinganya.

“Aku tak nak masuk acara lari 100 meter,” rungut Intan sebelum meletakkan kepada di atas meja.

“So tak payah la menjerit. Sakit telinga aku kau tau tak,” marah Atikah yang sudah lama berdiam diri.

“Iya! Haru! Korang tak kisah ke masuk acara 4 kali 100?” tanya Chie-Na sambil menyusun semua kertas-kertas yang tertulis nama pelajar dari form 3 hingga form 5 dari pasukan Halban.

“Tak kisah pon!” kata Aliya dan Haruka serentak.

“Korang ni apa atlit sekolah?” kata Alif seakan menyindir Haruka dan Aliya.

“For your information Mister Alif, I am the greatest runner at my old school,” kata Haruka dengan bangganya.

“And aku pemegang rekod larian terpantas sekolah, tapi selepas Dukasri la,” kata Aliya pula dengan belagaknya.

“Wow! Hebat la korang boleh masuk acara. Aku setakat jadi pembantu cikgu-cikgu je. Sambil tu jadi la PBSM free tak bergaji,” kata Ameer sambil tersenyum.

“Ok la tu. Tak payah masuk padang selalu. Aku ni? Kena masuk acara lompat jauh, lompat tinggi dengan lompat kijang. Banyak kot,” rungut Aiqal yang baru saja menolong Chie-Na menyusun fail.

“Yang aku masuk lontar peluru, lempar cakra dengan rejam lembing kau nak kata apa?” kata Alif pula.

“Wow! Terbaik/Deibak/Suggoi!” kata Aliya, Chie-Na dan Haruka serentak.

“Oh ye! Nana! Kau ambik acara pass beton kan?” tanya Aliya.

“Ha'ah! Kenapa?” tanya Chie-Na dengan bingungnya.

“Aku pun dapat acara tu jugak!” balas Haruka dengan terujanya.

“Yey! One team!” sorak Aliya dengan gembiranya sambil merangkul leher kedua kembarnya.

“Ye, Aliya! So…” kata Haruka dengan lembut.

“…LEPASKAN LEHER AKU!!” jerit Haruka dan Chie-Na serentak.

“Sorry! Excited,” kata Aliya dengan senyum kerangnya.

“Jom aku nak balik dulu. Mak aku datang ambik harini. Aku pergi dulu tau. Bye assalammualaikum!” kata Umairah.

“Aku pun nak baliklah! Abang aku datang hari ni. Bye korang jumpa time training esok,” kata Intan sebelum berlari mengikuti Umairah, bergitu juga Atikah yang pergi tanpa berkata apa-apa.

“Jom la, Aiqal! Jumpa cikgu Jalilah jap. Saya nak hantar fail nama ni kat dia jap. Yang lebih tu Haru boleh tolong aku taip kan?” tanya Chie-Na.

“Taip apa?” tanya Haruka pula.

“Taip kan carta organisasi rumah Halban. Boleh kan?,” tanya Chie-Na sebelum berlalu keluar dengan Aiqal.

“Em! Boleh-boleh! Tapi special gift for me,” kata Haruka sambil tersenyum nakal.

“Korang turun la dulu. Tunggu kami dekat kantin. Nanti kitorang turun aku belanja minum,” kata Aiqal.

“Ok, bro! Jom Haru, lawan game!” ajak Alif sambil mengeluarkan PSP nya.

“I'm on!” balas Haruka juga menghidupkan PSP merah miliknya.

“Childish!” serentak Ameer dan Aliya berkata.

“Kitorang pergi dulu!” kata Aiqal dan Chie-Na.

◇◇◇◇◆◆◆◆◇◇◇◆◆◆◇◇◆◆◇◆◇◇◆◆◇◆◇◆

Triplet + Triplet = LOVEWhere stories live. Discover now