It that you...

55 2 0
                                    

Semalam setelah berlangsungnya majlis hari jadi Aliya, dia mendapat hadiah yang teramatlah bermakna dalam hidupnya. Hari di mana dia bertemu dengan kembarnya yang tidak pernah diketahuinya. Pada malam itu, Asmani, Aliya dan dua anak kembarnya duduk di hadapan TV sambil menonton cerita 'Goblin'. Hanya Chie-Na dan Aliya saja yang menunjukkan minat pada drama Korea itu, manakala Haruka hanya menunjukkan minat terhadap berbagai jenis gula-gula yang tak pernah di makannya.

"[haha-chan...]"

"Kamu boleh cakap bahasa Melayu tak?" tanya Asmani.

"Boleh,"

"Kalau macam tu cakap je melayu. Oh ye, baju kamu berdua maklang dengan maksu bawak esok. Dan mama nak bawak kamu berdua ke suatu tempat esok. Jangan risau, mama dah siapkan semua."

"Emm~ terima kasih?" kata Haruka sambil memegang bungkusan coklet.

"Makan la. Ini la aktiviti kami masa tengok TV. Makan je yang mana kamu nak," Asmani hanya tersenyum melihat anak-anaknya boleh sesuaikan diri dengan satu sama lain.

"Mama~ jom pergi jalan esok!" minta Aliya.

"Tapi mama kerja la esok. Sorry sayang," jawap Asmani.

"Tapi..." Aliya terdiam sewaktu telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej sudah masuk.
----------------

Hanani
We aliya
Sok teman aq p perpustakaan sat.

Aliya
Nk wat pa?

Hanani
Ada la
Nk wat keja kit
Please!!
🙏🙏🙏🙏

Aliya
Hmm! Yelah aq teman
Tp aq bawak kembar aku sekali boleh?

Hanani
Ok la
Janji hg nk pi

Aliya
Ok jumpa kat bus stop
Bye
Night
👋👋👋
-----------------------

"Takpe la mama, esok Iya nak keluar dengan Nani. Dia ajak gi perpustakaan awam kat Arau. Hah satu gi. Nak ajak diorang boleh dak?"

"Sapa yang nak pi?" tanya Asmani.

"Perpustakaan? Buat apa? Ada banyak buku tak?" tanya Chie-Na dengan terujanya.

"Ha'ah perpustakaan. Buat kerja sekolah sikit dan mesti la banyak buku," jawap Aliya.

"Nak ikut!" kata Chie-Na dengan mata yang bersinar.

"Malas! Bosan baca buku," kata Haruka dengan malasnya.

"Kalau macam tu Aqilah ikut mama, Aisyah ikut Iya. Boleh kan Baby? Ikut mama pergi kerja?" Haruka menjawap dengan anggukan kecil.

"Kalau macam tu Nana ikut Iya," kata Aliya sambil mengenggam tangan Chie-Na.

"Look at the time. You know what time right?"

"Yes mom! Jom korang masuk bilik. Tido! Bye mama!" Aliya mengucup pipi Asmani sebelum melangkah ke tangga.

"Night Omma!" Chie-Na pun berlalu ke arah yang sama dengan Aliya.

"Haha-chan! Ada laptop dengan internet tak?" tanya Haruka.

"Yes baby. Tapi nak buat apa?"

"Nak skype Daisuke-nii. Takut dia risau pulak," jawap Haruka.

"Nanti mama belikan kamu sorang satu laptop. Tapi untuk sekarang ni kamu pergi la guna yang mama punya dulu. Ada dalam bilik bacaan. Pergi lah," pelawa Asmani.

Triplet + Triplet = LOVEWhere stories live. Discover now