Haruka Niwa

83 2 0
                                    

Sebuah buku berkulit tebal berwarna merah dibiarkan terbuka diatas meja. Tanpa merisaukan sesiapa akan membacanya. Gadis berusia 17 tahun keluar dari bilik air dengan berbaju serba hitam. Sebelum keluar dari bilik tidur gadis itu berjalan kearah meja belajarnya untuk menutup buku merah yang bergelar diari. Kakinya terus menuju ke bawah ruang keluarga. Wajah keluarganya di lihat setiap seorang.

"Comelnye kamu Haru~" tubuh gadis itu dipeluk erat oleh ibunya.

"Kaa-san~ lemas la Haruka tu nanti!" kata abang kepada gadis bernama Haruka itu.

"Daisuke-nii!" selepas tubuh Haruka dilepaskan, kini tubuh remaja lelaki bernama Daisuke ini pula dipeluk oleh Haruka.

"Sayang betul Haruka dengan Daisuke," kata lelaki tua separuh abat pula.

"Haruka sayang semua orang! Oka-san, Daisuke-nii, ojii-san pun Haruka sayang jugak!" kini tubuh lelaki tua itu pula dipeluk oleh Haruka.

"Kaa-san, boleh tak kalau Haruka tak pergi malam ni?" tanya Daisuke dengan seriusnya.

"Tak! Haruka kena ikut kamu. Hikari art takkan tercuri sendiri tau," kata Emiko dengan tegasnya.

"Hahaha~ sayang betul Daisuke dengan adik dia," ketawa Daiki pula.

"Daisuke-nii ni risau sangat la. Boku no daijoubudesu. Pandai la Haruka jaga diri. Nae~ ojii-san!" kata Haruka sambil tersenyum kepada Daiki. Begitu juga Daiki membalas senyuman Haruka.

"Adik kamu dah bersetuju. Tapi ingat berhati-hati dengan..."

"Ketua polis Hiwatari!" kata Haruka dan Daisuke serentak.

"Budak kelas Daisuke-nii~" sambung Haruka.

"Haruka!!" jerit Daisuke kelihatan marah sedikit.

"Dai~ jaga adik kamu jangan sampai tertangkap dengan polis. Kaa-san harapkan kamu, kaitou Dark," kata Emiko sambil menyarungkan mask berwarna hitam kepada putera sulungnya.

"Baik!" balas Daisuke setelah selesai dipakaikan masknya. Mask berwarna putih hitam milik Haruka tadinya di tangan Daisuke kini sudah berada di wajah Haruka.

"Dah sedia nak pergi? Kaitou Diamon?" tanya Dark kepada pasangannya.

"Haik! Masa untuk mencuri," balas Diamon pula.

Central Art Museum...
Dark dan Diamon mengambil kedudukan masing-masing. Diamon kini sudah berada di bilik kawalan keselamatan menyamar sebagai pegawai polis, manakala Dark sudah pun berada di tempat sasaran. Sasaran Kaitoi D ialah Triplet Hour Glass. Setiap satu dari jam pasir mempunyai warna pasir yang berbeza.

Bilangan pengawal agak ketat di kawasan sasaran sehingga menyukarkan Dark untuk melakukan serangannya. Bunyi pengera yang berbunyi secara tiba-tiba mengejutkan Dark. Yang pasti bukan dia yang hidupkan pengera.

"Sapa yang hidupkan pengera?" tanya Dark kepada dirinya sendiri.

"Sorry Dark!..." jawap suara yang tidak asing lagi bagi Dark.

"Diamon! Apa kamu buat ni?" tanya Dark agak sedikit marah.

"Saya tak sengaja lah. Mana saya tau ada pengesan kat pintu tu," balas Diamon tidak bersalah.

"Lupakan je. Jom gerak sekarang," kata Dark lalu lompat turun dari bumbung yang tinggi berukuran dalam 9 m mungkin?

"Matikan alat pengera!" arah Dark sambil melihat keliling. Bagi Diamon alat keselamatan ini umpama permain bayi baginya. Terlalu mudah untuk di matikan. Dengan sekelip mata Diamon mampu membuka kunci bagi alat keselamatan. Triplet Hour Glass tersebut dialihkan dengan berhati-hati kerana takut mempunyai perangkap yang tersembunyi.

Triplet + Triplet = LOVEWhere stories live. Discover now