Bab 1 : Jack

10 1 0
                                    

BAB 1 - JACK
"Ahhh~," Jack mengeluh keletihan .
Jack , remaja 15 tahun yang menjadi pengumpul sisa sisa besi magnet yang terjatuh dari Angkasaraya . Dia tekun , bersusah payah utk mengumpul besi magnet . Kadangkala boleh dilihat dia mengelap peluh di muka sambil membetulkan posisi bandana merahnya . Adakalanya , dia akan menyelak rambut tepinya yang bewarna koko kerana terlalu panjang .

Sebagai gelandangan , besi magnet adalah satu-satunya cara utk mendapatkan wang dan dengan wang itulah dia boleh meneruskan hidup sehingga sekarang .
Ada ketika , dia akan mendongak melihat Angkasaraya yang terbentang luas diutara Malaysia .

Gah seperti namanya , Angkasaraya merupakan tempat tinggal golongan kaya dan golongan robot . Terdiri drp bahan-bahan canggih , Angkasaraya menggunakan tenaga solar dan magnet untuk kekal terapung di atas langit bagaikan Kayangan Dunia .
Siapa tak terpegun melihat ?

Seperti biasa , siap sahaja semua kerja , Jack akan meneruskan perjalanan hidupnya setiap hari . Begitulah hidupnya sepanjang tahun . Sepanjang 15 tahun .

Setiap malam dia dengan buaian kain di sebelah kemah lusuhnya .
Kadangkala , dia bertekad untuk melakukan sesuatu yang lebih . Sesuatu yang tidak dicapai golongan Marhaen yang lain . Ya , dia ingin ..sangat teringin utk mencecah kaki ke Angkasaraya .

Namun angan angan mat jenin , akhirnya hanya jatuh dari pokok kelapa . Seperti hari hari lain , kelopak matanya semakin lama semakin menutupi anak mata kokonya itu dek terlalu penat dan kerana fitrahnya malam disediakan . Dia pun tidur ..lena dr sebarang fikiran . Lenyap seketika dari Dunia

BotWhere stories live. Discover now