Saat susuk itu
Sang peminta sedekah
di persisir jalan
Menyapa pandanganku
terdetik di lubuk hati
kita takut suatu hari
kita sama seperti mereka
Mengharungi hidup
Penuh pancaroba
Karna kita tidak tahu
Mungkin rezeki mereka
lebih besar
cuma Allah lindung
Allah tahan sebentar
Allah simpan sekejap
sebagai ujian
Untuk mereka
Dia terlalu rindu
Untuk mendengar
rintihan hambanya
Rayuan makhluknya
jadi.
Mengapa
masih tak mahu bersyukur?
Tidak diberi itu
merungut
Tidak mendapat ini
Mencaci
Adakah kita tidak sedar?
Ujian yang Allah beri
pada insan di luar sana
lebih berat,
Lebih banyak,
Lebih susah,
Lumrah manusia
Tak pernah bersyukur,
Tetapi,
Penakut.cc : Princess_AK_AC
YOU ARE READING
Rentetan Hamba Berdosa
Poetrytiada apa yang menarik. cuma coretan dari seorang manusia yang masih mencuba mengenal erti sebuah kehidupan dan nukilan dari seorang hamba yang cuba mencari jalan keredhaan. Bukan hanya puisi, luahan, bebelan dan macam-macam ragam penulis. Bukan unt...