8: Ampun.

21 3 2
                                    

terdetik di hati,
aku dah lama,
tak berbual,
tak berhubung,
dengan
Ar-Rahim.

Seruan yang berkumandang,
di corong radio,
dibuta tulikan.

Aku mendongak,
lupa siapa aku,
betapa munafiknya,
hidupku,
tak gusarlah aku,
selalu tak aman,
selalu runsing,
dengan gelora dunia.

Sejadah dilipat,
sudah usang gamaknya,
Al-quran di rak,
habuk yang membaca,
lidah yang bercabang,
bergelumang carutan sahaja,
mata yang asyik,
menumpu pada maksiat,
minda yang ligat,
memikir yang dusta,
supaya terjatuhnya insan lain.

Padanlah emosi,
kian caca merba,
padanlah bisikan,
syaitan laknat,
berfoya-foya di telinga.

Aku,
yang lemah,
kini tersedar,
dari lamunan,
yang jauh menyesat.
Beri aku satu peluang,
aku yakin,
daun pintu taubat,
sentiasa terkuak luas.
selagi,
mentari belum,
memuncak,
di ufuk barat.

aku sedar,
taufikmu,
sedang memanggilku,
agar muncul hidayah,
memberi pautan,
untuk ku kembali,
memandu di jalan yang benar,
yang tiada sangsi.

aku risau,
suatu hari,
sejadah usang,
baru ku bentang,
semasa takbir diangkat,
aku rebah,
tak mampu,
menuturkan keramat,
Allahu Akbar.

Aku takut,
jika ketika,
Kulit Al-Quran,
yang ku tiup habuknya,
aku selak,
kosong,
aku selak,
hilang,
kalimat suci,
yang menjadi,
mukjizat terakhir,
sudah tidak sanggup,
dilafaz oleh hamba,
yang jahil.

aku tak mahu,
ada waktuً,
lidah yang petah berdusta,
diteraburi fitnah,
sudah tersekat,
untuk aku,
basahkan,
menguntai tasbih,
merampai zikir.

aku tak kisah,
walau air mata,
sudah degil untuk keluar,
aku tetap mengangkat,
kedua belah tangan,
yang terketar,
mendesah tusukan leka.

terumbang-ambing hati,
resah mengingatkan,
fasa kelima,
umat Islam,
hampir tiba,
sudah mula mengetuk,
pintu kegelisahan buana.



Rentetan Hamba BerdosaWhere stories live. Discover now