Part 2

235 50 3
                                    

Media [park hyung sik]

Jihyo membuka matanya saat terasa dipelukan seseorang. Ya, nak kata dah kena langgar? Kenapa tak rasa sakit? Selalu tengok kat TV, orang kalau kena langgar ni mestilah ada darah keluar. Tak kesah laa kat mana. Tapi sekarang dia rasa macam?? Tak de!

Terkejut beruk Jihyo apabila sedar dia dipelukan seorang lelaki. Hensem! Haih, kau Jihyo.. Parah ni, sempat lagi kau tilik muka dia. Puji puji dia!

"Yah, aku tahu aku hensem. Tapi tak payah lah pandang aku macam nak telan aku! Ni hah.. Selesa sangat ke pelukan aku ni? Sampai taknak lepaskan bagai?" pandangan sinis diberikan. Rahang bawah jihyo terjatuh. Ternganga dia dibuatnya. Pffttt aku tarik balik puji pujian aku kat kau!

Segera dia meleraikan pelukan antara dia dan lelaki poyo itu! "Auuch!" Jihyo mangaduh kesakitan. Lelaki itu terkejut, lantas mata nya tajam menikam mata Jihyo. "Kau ok tak?" Jihyo mengetap bibir, sebelum menggeleng.

"Jap, aku rasa kau terseliuh ni." tangan jihyo dilepaskan perlahan. Jihyo masih lagi statik, menahan sakit. Mencengkam doh!

"Tulah, kalau sedih.. Jangan dibawa masalah tu dekat jalan raya. Kan dah bawa padah. Nak lintas tu, patutnya tengok kiri kanan dulu. Ni tak, layan feeling kau tu!" lelaki itu mulai mengeluarkan syarahan nya. "Awak mesti kerja jadi pensyarah kan? Bebel aja kerja! Orang tengah sakit ni.. Patutnya, tolonglah bawa pergi klinik ke rawat tangan saya ni ke. Ada juga faedahnya! Ni tak.. Bernanah telinga saya ni tau." Jihyo membalas geram. Terus lupa akan kesedihan yang dialaminya.

Apalah nasib dapat jumpa dengan lelaki camni! "Jom!" ditolongnya Jihyo bangun, sebelum bergerak ke kereta audi miliknya yang tak terletak jauh dari situ. Jihyo hanya mengikut saja jejak langkah lelaki itu.

"Tercegat apa lagi kau ni!" lelaki tersebut merengus geram. "Awak bukan penculik kan?" dengan naifnya Jihyo bertanya. Lelaki tersebut menahan senyum sebelum gerak mendekati Jihyo yang masih statik di depan pintu kereta milik nya.

"Kalau lah aku penculik, mestilah aku heret kau masuk dalam kereta ni. Dan kau tak boleh fikir ke? Penculik kan selalu bawa van ke apa ke? Kau ingat dia mampu ke nak beli kereta audi bagai? Haa.. " kata kata yang penuh kepedasan! Jihyo menebalkan muka nya. Malu sangat sangat.. Nak aja benam muka ni dekat jalan tar tu!

"Ke kau nak aku ni culik kau?" senyum sinis dikeluarkan. Lelaki tersebut mula membuat membuat muka gatal. Makin lah Jihyo gerun. Melihat reaksi muka Jihyo membuatkan lelaki itu nak tergelak. Tapi ditahan. "Dah masuk!" arah lelaki itu. Nak tak nak terpaksa lah Jihyo naik. Berbakul bakul sumpahan Jihyo terhadap lelaki itu.

-----

Selesai saja membuat pemeriksaan, Jihyo segera keluar dan mengambil tempat disebelah lelaki itu. Tangan nya kini dah di'bandage' dan dahi nya yang benjol pula dah dilekat dengan kapas (?)

"Doktor cakap apa?" tanya lelaki itu dengan penuh caring. "Doktor ckp, takde apa apa kecederaan serius dan tangan ni akan sembuh dalam seminggu." Jihyo berkata dengan peramah nya.

"Aku tanya sepatah, kau jawab berpatah patah!" lelaki itu membuat rolling eyes manakala jihyo pula menggigit bibir.

"Song Ji Hyo"

Lelaki itu memandang Jihyo sekilas sebelum ke kaunter untuk mengambil ubat gadis tersebut.

Macam mana dia tahu? Lelaki itu melihat Jihyo mahu bangun, sebab itu lah dia tahu. Hello, tekaan lelaki tu selalu tepat tauu.. Erk!💩

Yah, Ahjussi.. Nado Saranghae! (Slow Update)Where stories live. Discover now