Bab 22

5K 445 10
                                    


     Farish termenung kecil sambil memandang sekeliling biliknya. Baru setengah hari dia tidak berada di rumah, perkara ini sudah terjadi?

    Buku merata tempat. Ini pasti kerja Ariffin. Namun ada juga bukunya sendiri yang bergelimpangan disitu. 

    Boxer berterbangan. Ini sdah tentu kerja Syafiq. Hanya dia saja yang mampu melawan tarikan grafiti dan teori logikal yang terbatas dengan tidak tahu bagaimana boxernya tergantung di atas kipas. Ada jugak sehelai lagi yang berada di atas bucu almarinya.

    Nasib baik saja kipasnya itu berpusing. Hanya penghawa dingin saja yang hidup. Jika tidak, pasti seluar dalam itu benar-benar terbang di sekeliling biliknya.

    Ini lagi satu. Permainan bersepah sana sini. Jigsaw puzzle, Jengga, PSP, contoller alat permainan video bersepah sana sini. Ini tidak lain tidak bukan, pasti perbuatan pasangan kembar monyet tersebut. Hanya mereka saja yang gemar bermian permaianan minda seperti ini.

    " They keep giving me a hard time." Keluhan kecil dilepaskannya lantas getak rambutnya dicapai. 

Rambutnya yang sedikit panjang itu di ikat agar cuaca panas yang melanda pada hari ini tidak menggangu konsentrasinya untuk mengemas bilik yang kini kelihatan seperti sarang kucing beranak.

    Nasib baik saja Kuro jantan. Dia tidak memerlukan lebih banyak anak. Cukup hanya Kuro seorang- maksudnya, seekor.

    Kini, tanganya lantas mengemas biliknya yang bersepah. Dari katil hinggalah ke lantai, habis semuanya dikemas rapi. Tidak ada sedikit pun yang ditinggal. Melainkan boxer Syafiq.

    Dia akan serahkan kerja itu pada Syafiq sendiri. Takkan dia mahu memegang boxer orang lain.

    Farish ni pembersih orangnya.

    Satu jam sudah berlalu dan kini, biliknya kmebali sedia kala. Satu nafas dihela kecil. " Finally..."

    Sedang dia merehatkan diri sambil mengambil nafas, tiba-tiba dia terpandang meja belajarnya. 

    Sebuah laci kecil yang sentiasa berkunci di mejanya itu sudah hampir bertahun-tahun tidak bersentuh, tidak dibuka. Farish terdiam seketika. 

    Kakinya perlahan-lahan melangkah ke laci tersebut. Ditarik pemegang lagi tersebut, namun ianya masih berkunci. 

    Sehingga ke hari ini, dia tidak tahu di mana kunci kepada laci ini berada. Dia tidak tahu apa yang ada didalam ini. Apa yang dia tahu...

    Meja ini dahulunya milik wanita yang dia cintai.

    " Wahhh! Dah kemas dah bilik ni?!" Ariffin yang baru saja keluar dari bilik air terpegun kecil memandang sekeliling bilik bersaiz rumah teres Farish ini. " Padai kau mengemas. Kalau lah kau perempuan..."

    " Aku akan halau kau keluar dari rumah ni."

    Serentak dengan itu, Ariffin tergelak besar dengan seloka Farish namun pada hakikatnya, dia hanya mahu menghilangkan rasa gerun dan takut di dalam hatinya memandangkan Farish kini tiba-tiba saja bertutur dalam bahasa melayu. " Kau dah lama balik?"

    Farish kembali diam. Namun nampak dari gayanya, dengan bajunya tidak bertukar, pasti lelaki itu baru saja pulang. 

    " How long you've been in there?" 

    ' Dalam mana?"

    " Bathroom."

    Ariffin berfikir sejenak. Pukul berapa dia masuk ke dalam bilik air tadi ya? " Dekat tiga jam rasanya..."

    Farish segera menoleh memandang Ariffin. Ini tidak lain tidak bukan, pasti dia...

    " You fell asleep?"

    Ariffin tersengih kecil sambil menganggru belakang kepalanya yang tidak gatal. Dia sendiri tidak sedar bahawa dia tertidur di dalam bilik air. Patut sajalah badannya terasa sejuk. Nasib baik dia tidurnya di dalam bathtub. Jika berdiri? Mahu tertonggengnya di bawah pemancut air tersebut.

    " You really gave me a hard time..." Bisik Farish perlahan. 

    " Hehe, sorry lah." Kini, baju T disarung ke badan. Tualanya masih lagi membalut pinggang tatkala dia sedang mancari seluar untuk dipakai. " By the way, Dani, Danish and Syafiq tak balik malam ni. Diorang balik rumah dioarang."

    Farish yang mendengar tidak membalas apa-apa. Namun seketika, otaknya mula berfikir. " Dan adn Nish..."

    " Diorang balik apartment diorang, bukan rumah diorang."

    Dengar saja jawapan dari Ariffin, serta merta hatinya terasa lega. Jujur dia katakan, Dani dan Danish sudah pun dianggap sebagai adik beradiknya sendiri memandangkan perkenalan antara dia dan pasangan kembar tersebut adalah lebih panjang dan lama berbanding Ariffin dan Syafiq yang dia kenal semasa di sekolah menengah.

    Dari kecil, dia dan pasangan kembar tersebut bersama, sehingga ke hari ini. Dia tahu benar perangai dan sifar pasangan kembar tersebut. Namun, mendengar mereka pulang ke apartment mereka, pasti ada sesuatu yang dirancang oleh kembar tersebut.

    " Kau risau pasal diorang?" Walaupn dia cuba menyembunyikannya, namun Ariffin tahu bahawa Farish sememangnya risau akan pasangan kmebar tersebut. Tiada apa yang boleh disembunyikan dari Ariffin jika mengenai sahabatnya sendiri. " I think, diorang akan okay je."

    " I hope so." Ujar Farish perlahan.

*****

     Ryna mengeluh berat. Walhal baru saja pagi tadi mengambil ubat tersebt, kini dia harus mengambilnya lagi setelah makan tengaharinya. 

    Dia mula bosan dengan semua ini. Menelan pelbagai jenis ubat yang dia sendiri tidak tahu untuk apa membuatkan dirinya terasa seperti  orang bodoh. 

    Apabila disuruh telan ubat, dia telan. Tidak boleh membantah dan dia tidak tahu mengapa dia perlu mengambil ubat tersebut. Mamanya kata dia dilahirkan dengan badan yang lemah, namun perlu ke sehingga begini banyak ubat yang harus dia telan?

    Sekali lagi, nafas berat dihembus kuat lalu matanya dipandang ke luar tingkap. Nampaknya cuaca diluar semakin gelap dan mendung. Mungkin hujan bakal turun membasahi bumi sekali lagi.

    Fikirannya mula terimbas kembali waktu dia bersama Farish di kafe. Dia maish mencari erti ketenangan disebelik hujan yang turunnya meliar bagaikan menembak tanah. Namun apa yang dia rasa hanya kesedihan, hampa, dan kesakitan.

    Nafasnya seolah-olah tersekat apabila hujan mula turun. Semakin lebat hujan turun, Ryna menjadi semakin tidak selasa. Habis kesemua tingakap dan langsir biliknya ditutup gar dia tidak merasai hujan.

    Agar dia tidak melihat hujan.

    Dia dan Farish bertentangan. Sangat bertentangan.

    Farish bagaikan hujan. Yang menyimpan beribu perasaan secara diam. Dan curahkannya sekali gus apabila tiba masanya.

   Tidak seperti dirinya yang seperti siang hari. Dipenuhi pelbagai perasaan yang berubah-rubah, namun tidak tahu apa yang bakal mendatang. 

    Tidak tahu apa yang tersembunyi.

   Mereka menganggap diri mereka bertentangan. Namun pada hakikatnya...

    Mereka adalah satu.

   


Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now