- 🌈🌈🌈

2K 445 129
                                    

" Seok, sihat? " Yoongi menghenyakkan punggungnya diatas kerusi bersebelahan Hoseok. Bahu sahabatnya itu dipeluk.

Hoseok menarik nafas dalam. Dia menoleh ke arah Yoongi. Memandang tepat ke dalam anak mata kawannya itu. Dia inginkan satu jawapan.

Yang pernah Miran ceritakan pada dia dahulu...

Betapa indahnya syurga Allah...

Untuk hambanya yang bertakwa..

Tapi dia----

" Hyung, kau bahagia tak dengan agama baru kau? " soal Hoseok pada Yoongi yang sedang bermain dengan telefon bimbit.

Yoongi tersenyum mendengar soalan itu dari Hoseok. Telefon bimbitnya dimasukkan ke dalam poket seluar.

" Kau nampak aku macam mana sekarang? " soalan dibalas dengan soalan.

Hoseok menunduk ke bawah. Wajahnya sayu. Entahlah. " Hyung nampak makin ceria dan tenang. Entahlah. Aku tak pasti. Sebab cuma kau seorang je yang alami. " Hoseok menghembus nafas berat.

Yoongi tertawa kecil. " Betul lah jawapan kau tu. Aku makin tenang, aku makin gembira. " ucap Yoongi bersama senyuman.

" Kenapa tanya? " Yoongi menjongketkan keningnya.

" Sebab Miran kata.... " Hoseok menarik nafas berat. Matanya mula bergenangkan airmata.

" ....dia akan tunggu aku di syurga.

Tapi macam mana...

Aku nak pergi ke sana....

Sedangkan Allah pun aku tak kenal siapa..... "

• • •

" Hyung! Ada bungkusan untuk kau! " Taehyung berlari ke arah Hoseok yang sedang duduk termenung didalam bilik rehat.

Hoseok mengalihkan pandangannya ke arah Taehyung. Dia tersenyum nipis. " Dari siapa? " soal Hoseok. Kepalanya digaru kerana gatal.

Taehyung tersenyum. Dia mengambil tempat disebelah Hoseok. " Dari arwah kak Miran. " jawapan Taehyung membuatkan Hoseok terkedu.

Mata Hoseok membuntang luas dan segera dia merampas bungkusan itu dari tangan Taehyung.

Dia membaca nama pengirim.

Daripada : Aisy Miranda
Untuk : Harris Jung

Airmata Hoseok bergelinangan ditubir mata. Perasaan sebak mula menyerang dadanya.

Dan tanpa disedarinya, airmatanya terus mengalir. Hoseok memeluk bungkusan itu dengan erat.

Taehyung mencuit bahu Hoseok. " Hyung okay? " soal Taehyung bernada risau. Dahi berkerut memandang Hoseok.

Hoseok yang seakan tersentak terus menyeka airmatanya. " A-aku okay. " jawabnya tergagap-gagap.

Taehyung menggariskan senyuman halus. " Tak apa lah hyung, aku bagi hyung ruang. Aku pergi dulu. " ucap Taehyung lantas dia berlalu keluar dari bilik rehat itu meninggalkan Hoseok seorang diri.

Seusai sahaja kelibat Taehyung tidak kelihatan, Hoseok terus membuka bungkusan itu dengan rakusnya.

Dan dia terpegun. Dua buah buku yang amat cantik baginya. Satunya tertulis Diary.

[C] Selamat Tinggal, Miran. » Jung Hoseok «Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang