M- 2

1.2K 42 0
                                    

Dua bulan kemudian..

Khalisah menapak masuk ke hospital itu. Tersenyum tawar dia dibuatnya. Teringat kembali dia memori dua bulan lepas. Ibunya pergi menghadap Ilahi di hospital ini.

Kali ini dia datang sekadar menjenguk kawannya yang mengalami komplikasi jantung. Usia masih muda. 24 tahun. Namun, sakit tak pernah mengenal usia. Muda mahupun tua, andai kata kesihatan tak dijaga memang berisiko untuk menghidapi penyakit berbahaya.

Selesai melawat kawannya, Khalisah beredar pergi. Tiba-tiba dia tersenyum sendiri. Entah kenapa dia teringat kembali peristiwa dimana dia terlanggar seorang lelaki dulu. Di sini. Di tempat yang dia pijak. Memang dia tak pernah lupakan tempat ini kerana pertemuan yang tidak disengajakan dengan seorang lelaki yang dilanggarnya menimbulkan bibit cinta. Siapa kata cinta pandang pertama tak wujud? Ia wujud. Khalisah sendiri mengalaminya. Wajah tampan lelaki itu menjadi igauannya setiap malam.

Gila! Dan dia berharap untuk bertemu dengan lelaki itu lagi. Kemudian berlarutan sehingga membawa ke perkenalan yang lebih serius? Ah, sudah. Khalisah berangan lagi.

Khalisah berjalan melewati bilik-bilik di hospital itu. Langkahnya terhenti apabila telinganya menangkap esak tangis seorang lelaki. Khalisah yang sememangnya hati tisu itu sudah menjadi sebak.

Pintu bilik yang terbuka memudahkan Khalisah untuk mencuri dengar.

"Abang janji...yang abang akan cari penderma yang sesuai untuk adik, ya? Abang mintak maaf sebab buah pinggang abang tak sesuai..." Kata lelaki yang sedang menggenggam tangan seorang perempuan muda yang terlantar di katil.

"It's okay. Mungkin dah masanya untuk adik pergi.. " perempuan itu membalas. Suaranya kedengaran agak lemah.

"Adik....janganlah cakap macam tu...." Ujar lelaki itu lagi. Serentak dengan itu kedengaran dia menangis teresak-esak.

Khalisah tergamam. Tak pernah sekali dia melihat seorang lelaki menangis seteruk itu. Dan lebih memeranjatkan lagi, dia menangis kerana terlalu sayangkan adiknya.

"Dahlah tu Harraz...biarkan adik kamu berehat. Kita keluar dulu ya? Kamu belum makan lagi ni.." Sampuk seorang wanita 50-an yang turut berada di bilik itu. Lelaki yang dipanggil Harraz itu mengangguk. Beriringan dia keluar bersama wanita yang mungkin ibunya itu. Sebelum keluar sempat dia menjeling kearah adiknya.

Khalisah segera menyembunyikan diri disaat mereka berdua keluar. Dia terkejut disaat matanya memandang wajah lelaki itu. Lelaki yang dilanggarnya merangkap Cinta pandang pertamanya? Dia tersenyum sendiri. Tapi kemudian dia mula menjadi tertanya sendiri. Apa penyakit adik lelaki itu sehingga lelaki itu begitu sedih. Ah, pasti bahagia jika lelaki itu menjadi suaminya. Lelaki itu terlalu menyayangi adiknya, tak mustahil begitu juga dengan isterinya.

Lamunan Khalisah terhenti apabila bilik itu didatangi seorang jururawat. Dia belum bergerak lagi rupanya. Khalisah tanpa berfikir panjang segera menahan jururawat itu. Niatnya hanya satu. Ingin menolong lelaki yang bernama Harraz itu.

"Boleh saya tahu apa sakit pesakit dalam bilik ni?" Tanya Khalisah lantas membuatkan jururawat itu kehairanan.

"Maaf..kami tak boleh dedahkan mengenai pesakit kalau cik bukan ahli keluarganya.." Jawab jururawat itu mudah.

"Saya keluarga dia. Kakak ipar dia. Cuma saya masih tak tahu sakit dia. Please tell me.." Rayu Khalisah. Dia tahu berdosa kerana berbohong. Tapi dia kebelakangkan perkara itu tika ini. Entah kenapa dia terlalu ingin membantu meringankan kesedihan lelaki itu. Walaupun lelaki itu tak pernah menegurnya malah namanya pun lelaki itu tak tahu, dia tetap dengan dirinya. Lelaki itu cinta pandang pertamanya dan melihat kesedihan lelaaki itu seolah-olah dia turut merasainya.

Jururawat itu kelihatan teragak-agak ingin memberitahunya. Namun apabila melihat muka Khalisah yang innocent itu dia akhirnya memberitahu jua.

"Pesakit tu ada masalah buah pinggang. Dan amat memerlukan buah pinggang yang baru secepat yang mungkin. Tapi malangnya tak ada orang yang menderma buah pinggang." Kata jururawat itu.

Khalisah terangguk kecil. Patutlah lelaki itu menangis dengan teruk. Desis hati Khalisah.

Khalisah menarik nafasnya panjang sebelum menuturkan kemahuannya. Dia yakin dengan perkara ini.

"Saya nak dermakan sebelah buah pinggang saya kalau sesuai..."

TBC
06-03-2017
Insomnia /sigh/
Erra .-.

MAAFWhere stories live. Discover now