09

3.3K 175 25
                                    

"Wait..Ni bukan jalan balik istana..Kita nak pi mana??"tanya Diana kepada Putera Danny yang sedang khusyuk memandu .

"Hmm..Adalah rahsia..kau tunggu je.."ujar Putera Danny sambil tersengih-sengih .

Diana memandang pelik ke arah Putera Danny . Mungkin di fikirannya memikirkan apa masalah Putera Danny ni duk sengih sengsorang . Husnuzon mungkin Putera Danny mengalami stress yang melampau .

"Hmm..takpe lah kalau macam tu..Jangan kau bawak aku tempat bukan-bukan sudah.."ujar Diana .

"Tempat macam-macam?Kau ingat aku nak bawak kau pergi hotel ke?"tanya Putera Danny sambil menaikkan kening kiri nya .

"Jangan pervert sangat..Aku tak cakap pun.."ujar Diana lalu menjeling Putera Danny .

Putera Danny ketawa lalu keadaan menjadi senyap . Idea yang dahulunya terletak di otak kini berterbangan seperti burung helang yang menjadi tanda kebangaan tempat pelancongan popular di Malaysia iaitu Langkawi .

Dan persoalannya sekarang ini, kenapa tiba-tiba aku bercakap tentang idea aku yang dah hilang dibawa angin lepastu pasal burung helang yang menjadi tanda kebangaan Langkawi ? 

"Okay..Kita dah sampaii.."ujar Putera Danny sambil memparkingkan keretanya di tempat letak kereta bertingkat . Tempat kerata bertingkat ni amat bagus sebab kita dapat kurangkan penggunaan kawasan untuk tempat parking . Tapi keburukan dia pulak, kalau bangunan tu runtuh habis banyak kereta yang rosak . Banyak kerugian yang kena tanggung .

Kenapa aku cakap pasal tempat letak kereta pulak ni ?

"Love World Park??Bukan ni taman permainan untuk pasangan kekasih ke??"tanya Diana bingung . 

"Yelah..Aku dah lama teringin nak pi sini..Tapi takde awek..Kau kan awek aku..Jom lah.."ujar Putera Danny sambil membuat muka kesiannya .

"Kepala hotak kau..Ni lah contoh tempat bukan-bukan tu.."ujar Diana .

"Alah wehh..Jom lah..Kalau nak masuk kena berpasangan..Aku dah lama teringin nak masuk ni kuttttt"ujar Putera Danny sambil membuat aegyo pula . Ataupun dalam erti kata yang lebih mendalam "buat muka comel tapi aku rasa macam nak lempang je" . 

"Hmm boleh..Tapi aku nak kau belanja aku makan seminggu ni..Muahaha"minta Diana sambil tersengih-sengih . Mungkin tengah fikirkan pasal makanan . 

"Memang selalunya aku yang belanja kau makan pun kan?"ujar Putera Danny .

"Ohh..haah ah..hahaha..ok takpe2..jom lah masuk.."ujar Diana lalu keluar dari kereta milik Putera Danny .

Putera Danny mengikut jejak Diana untuk masuk ke dalam tempat itu . Mereka beratur ke untuk mendapatkan tiket dan seperti biasa Putera Danny yang membayarnya .

"So kita nak main apa dulu?"tanya Diana sesudah masuk ke dalam Love World .

"Hem..Jom main roller coaster.."ajak Putera Danny .

Ya cerita ni memang cliche, masuk taman tema je mesti main roller coaster . Tapi part tak cliche dia lepas ni . Wait and See .

Lepas beberapa minit kemudian, ataupun senang kata 30 minit kemudian . Yelah dah nak naik tu kena lah beratur lepastu naik dah berapa minit lepastu aku nak fikir idea lagi ha memang lama lah .

"Bapak ahh..best siot time dia turun dari atas tu.."ujar Diana sambil terlompat-lompat kegedikkan . 

"Haah..Tapi aku lagi suka part dia ketepi tu..Macam tengah bawak F1 kot..Perghhhh"ujar Putera Danny pulak .

Inilah kelainannya yang tak cliche, kalau novel lain mesti hero atau heroin dia jenis takut tinggi lah tajuk hantu lah takut saya miliki hati awak lah ehh

"Jom naik atas bukit tu nak tak?Dari situ boleh nampak keseluruhan bandar ni..Lepastu kat atas tu ada apake orang panggil love lock? padloc? ha yekut .."ajak Putera Danny lagi . Memang dia je akan selalu ajak, kalau si Diana yang ajak dia akan ajak pargi makan percayalah .

"hmm boleh bolehh..jom jommm"ujar Diana semangat . Dah kenapa ?

Putera Danny dan Diana perlahan-lahan mendaki tangga yang telah disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab . Kalau takde tangga, alamatnya mendaki bukit lah jawabnya . Tapi bagus jugak, dalam masa yang sama kita boleh mencairkan lemak-lemak yang degil di samping melakukan aktiviti eksrem .

"Woahhh..Lawa gila dari atas ni..Kalau malam mesti lagi lawa.."ujar Diana dengan mulutnya yang luas melopong kerana dapat melihat kurnian Allah yang indah mata memandang lebih indah dari pandang kau . Eh

"Tutup sikit mulut tu..Masuk lalat nanti..Aku jugak yang susah.."ujar Putera Danny .

Diana menutup mulutnya yang luas terbuka macam gua batu caves, lalu tersengih-sengih malu . Alah nak shy shy cat pulak kat sini . Shy shy cat ataupun nama yang lebih femininnya adalah malu-malu kucing amat sinonim dengan gadis masa kini yang suka acah malu padahal haa pepandai ah kau fikir sendiri

"Weh kau nampak tak apa yang aku nampak?"tanya Putera Danny kepada Diana yang sedang ralit melihat pemandangan yang tidak daat dilihat selain dari novel ini sahaja . Eh

"Nampak..Keindahan alam semula jadi kurniah Allah S.W.T.."ujar Diana sambil manikkan kening kirinya . Jangan nak acah Ziana Zain sangat, melayang mic dekat muka kau kang .

"Ishh..Bukan tu lah..Tapi tu..Depan tu.."ujar Putera Danny sambil jari telunjuknya ke arah sepadang kekasih yang sedang menglock padlock ke dalam hati ku . Locklah hatimu di dalam hati ku . Chia lele .

"Weh..Awat macam gay ja depa dua tu..Uishh..kaum nabi Lut..Taubatlah anak-anak..Kembalilah pada jalan yang benar sebenar-benarnya.."ujar Diana sambil mengeleng-gelengkan kepalanya .

"Wehh..Tengoklah betul-betul..Takkan kau tak kenal diorang tu siapa kot.."ujar Putera Danny lalu mengetuk kepala Diana .

"Aduh..Janganlah ketuk-ketuk...Kat sini ada otak geliga aku duh.."ujar Diana sambil mengusap kepalanya yang sakit diketuk Putera Danny . Ketuk sikit je pun .

"Otak geliga ke otak gila?"tanya Putera Danny .

"Kau yang gila"ujar Diana lalu menjeling Putera Danny .

"Ah..Whatever lah..tu tengok tu.."

"Ha..Weh..betul ke apa yang aku nampak..Adakah ini benar..Weh..Jom pergi kat diorang.."ajak Diana .

Putera Danny mengangguk setuju dengan cadangan geliga Diana . Ha cadangan je geliga tapi otak gila .

Mereka berdua jalan mendekati pasangan sejoli yang sedang sibuk bersembang tak ingat dunia . Taubat lah wahai sahabat, sembang tu ingat jugak aku kat sini nak ikut sembang jugak .

"DIAN"
"DANISH"

Jerit Putera Danny dan Diana serentak . Kedua orang yang dipanggil nama tu terus memandang ke arah gerangan yang memanggil mereka . Kemudian mereka berdua tersengih-sengih kerang wangi . 

***BERSAMBUNG***

Royal Love ✔Where stories live. Discover now