BAB 10

1.6K 64 0
                                    

Takut-takut Farhannah masuk ke dalam pejabat majikannya Encik Kim Danniel. Setelah pintu diketuk, suara dari dalam menyahut dan menyuruhnya masuk.

"Duduk"

Farhannah akur, kepalanya ditundukkan memandang kukunya dan tangannya mulai sejuk dan berpeluh.

"kamu tahu kan atas sebab apa saya panggil kamu" kata Kim Danniel tegas.

Farhannah menganggukkan kepala, dia masih menunduk.

Kim Danniel geram, pantang sungguh dia apabila orang tunduk dan tengok muka dia apabila sedang bercakap.

"Kamu pandang apa tu, saya tengah cakap ni" kata Kim Danniel, suaranya sedikit meninggi.

Farhannah terkejut, takut-takut dia mendongakan kepala memandang Kim Danniel.

"Err sa.. sa.. ya min.. min"

"Sejak bila awak gagap ni?" kata Kim Danniel mengejek.

Farhannah cuba bertahan dalam hati sudah mengutuk majikannya itu.

"Sa.. saya minta maaf Encik Kim, saya tahu saya salah. Tapi saya ada sebab" kata Farhannah berani.

Sebab?

Kim Danniel mengangkat sebelah keningnya, eh dah tahu salah tu mengaku je lah ni nak sebab- sebab semua. Takda lagi pekerja aku perangai teruk macam ni. Ada pun bekas Pastry Chef, nasib baik cepat tangkap dia cuba sabotaj Restoran Cerrina kalau tak pasti lingkup Restoran yang sudah lama terkenal sejak azali ini.

"Apa sebabnya yang awak senang-senang je tak datang kerja pada hari pertama?" soal Kim Danniel, dia merenung gadis yang berada di hadapannya.

"Sebab saya tak datang semalam,trafik jem sebab ada kemalangan. Kalau saya tunggu alamatnya sampai ke tengah hari lah saya datang kerja. Jadi saya u-turn terus balik ke rumah" kata Farhannah. Kalau tidak kerana abang ngahnya yang menyuruhnya meminta maaf dengan majikannya itu jangan harap dia mahu buat. Dia buat pun atas sebab terpaksa, sekarang susah nak cari kerja.

"Itu alasan awak?"

Farhannah terdiam.

"Jadi sebab awak dah buat restoran ni kucar kacir semalam saya nak denda awak"

Farhannah masih diam,tidak mampu merenung mata lelaki singa yang berada di hadapannya kini.

"Farhannah, mulai hari ni selain kamu jadi Pastry Chef kamu dikenakan denda membersihkan restoran ini selama sebulan berturut-turut. So kamu balik lewat daripada selalu, dalam pukul 12.30 malam bermula hari ini. Rayuan akan ditolak."

"Oh ya kalau kamu nak letak jawatan saya tak kisah tapi kamu kena bayar rm100,000 macam dalam kontrak yang awak dah tandatangan tu kan. So buat pilihan dengan bijak"

Kim Danniel tersenyum jahat, puas hatinya dapat membalas dendam pada pekerja yang sudah awal-awal lagi memijak kepalanya.

"Sebelum saya lupa, gaji bulan ni pun akan dibayar separuh" sambung Kim Danniel lagi.

Farhannah tercengang, matanya bundar melihat majikan yang berada di depannya itu. Sungguh kejam baginya apa yang dikatakan tadi oleh Kim Danniel.

"Saya tak datang sehari je Encik Kim tu pun bersebab takkan sampai macam tu sekali Encik denda saya?" kata Farhannah.

Kim Danniel menjeling ke atas, sungguh dia tidak suka dengan orang bawahan yang suka memberontak.

"Kalau awak tak nak kerja esok saya nak cek Rm 100,000 ada dekat meja saya" Kim Danniel mengibas tangannya menyuruh Farhannah keluar dari pejabatnya.

Abang Atau Adik?? --- Tunggu Seminit!Where stories live. Discover now