Bab 4

2.5K 69 0
                                    

"Farha kenapa ni duduk dekat beranda ni seorang diri ?" Tanya Roslia, secawan susu panas di serahkan kepada Farhannah. Diambil tempat bersebelahan dengan anak saudaranya itu. Matanya juga turut memandang kota Metropolitan yang sentiasa sesak dengan pacuan empat mahupun dua roda.

Farhannah terus menoleh memandang maksunya Roslia, dia tersenyum. Nampak hambar di situ, ditepuk lembut peha Roslia.

" Tak ada apa-apa maksu. Farha okay. Maksu tidurlah dulu, Farha nak ambil angin luar ni kejap"

"Farha... maksu tahu ni mesti ada apa-apa yang tak kena kan? Tell me, mungkin ada apa-apa yang boleh maksu tolong"

"Hmm.. tak ada apa, Cuma.. Kalau Farha tolak tawaran chef dekat Cerrina Restaurant tu boleh tak?" Farhannah senyum menampakkan giginya.

"Eee apa ni. No maksu cakap tak boleh. Farha, ingat senang-senang ke nak dapat tawaran yang macam tu. Dekat restoran terkemuka pulak tu. Kamu jangan terburu-buru buat keputusan Farha. Peluang hanya datang sekali"

"Alah.. Farha hmm Farha belum bersedia lagi maksu" Farha buat muka simpati, mungkin ini akan berjaya. Tak pernah lagi aku gagal bila buat muka-muka comel macam ni hehe.

Roslia mengeluh "Farhannah, soal bersedia atau tak itu bukan masalah nya. Farha kena tau.. yang Farha di pilih bukan terpilih. Jangan sia-siakan peluang ini faham? Maksu tak nak dengar lagi. Next week you kena pergi jugak interview tu.Maksu yang akan hantar"

Roslia bangun dari duduknya dan berlalu untuk masuk ke dalam rumah, terus hilang dari pandangan mata Farhannah.

Farhannah masih setia di anjung kondominium, menikmati suasana dan ditemani bunyi-bunyi kereta yang tidak pernah hilang walaupun hari kian larut malam.

Dihirup susu panas dari cawan itu sedikit demi sedikit walaupun ia sudah semakin sejuk.

Aku bukan tak nak jawatan tu, Cuma aku belum bersedia. Aku takut aku tak boleh, ia memang aku handal dalam memasak. Suruh saja masakkan barat, melayu semua aku boleh. Hehe. Tapi tu lah situasi ketika belajar dan bekerja ni lain. Risiko ketika bekerja ni lagi besar, hmm dengan aku yang cepat sangat gelabah apabila tiba saat-saat genting tu.Huhh, sungguh mengerikan tahu tak!

"MORNING!"

"Amboi, awalnya bangun" soal Farhannah sambil tangan masih mengacau the o di dalam teko.

"Amboi, perli Nampak heee. Aku memang selalu bangun pagi eh kau jangan nak buat publisiti murahan"

Kizatul menyuap sepotong sandwich, siapa yang buat tak lain tak bukan Farhannah lah. Dia sekarang yang conquer dapur tu dari breakfast sampai lah ke dinner. Untung perut kizatul dengan Roslia, tak payah susah-susah nak berhabis duit pergi ke restoran. Beli saja bahan masakkan suruh Farhannah yang masak. Layanan yang diberikan pun grad A.

"Takde lah perli cuma ye lah aku ni hairan je tak pernah kau cantik- cantik pagi-pagi macam ni. Harini dah kenapa?"

"Ouhh hehe aku nak pergi keluar dengan kawan aku" terbeliak mata Farhannah apabila mendengarnya, terus ditarik kerusi yang berhampiran dengan dirinya. Sepotong sandwich di ambil, dengan gayanya seperti seorang cowboy...

"Sampai hati kau kan. Nak keluar tak ajak aku" Sudah memuncung bibir Farhannah. Nampak sangat dia tidak puas hati. Hish, geram betul lah. Nak keluar tak ajak aku. Even if aku ignore pun pelawaan dia sekurang-kurangnya pelawa lah ni tak,isk!

Kizatul tersengih, matanya beralih pada jam tangan yang sedang dipakai di tangan kirinya. "Eh dah aku chaw dulu eh apa-apa roger. Kau nak burger Mcd kan, okay double triple cheese aku belikan.Bye!"

Selepas pintu utama ditutup Kizatul, Farhannah terus jadi HULK dan.. "KIzatul!!!" 

Abang Atau Adik?? --- Tunggu Seminit!Where stories live. Discover now