Bab 5

2.3K 59 5
                                    

JAM sudah menunjukkan pukul 11 malam. Mak Usu Roslia sudah 2 jam yang lalu berangkat ke tempat kerja. Sekarang ni hanya Farhannah seorang saja di rumah di temani bunyi dari tv yang meriuhkan suasana yang sunyi tanpa mulut-mulut kepoh penghuni-penghuni di situ.

Diambil majalah Muslim Teens yang berada di sebelahnya. Sehelai demi sehelai di selaknya tanpa niat ingin membaca. Hatinya masih menggerutu geram. Kurang asam boi punya sepupu berjoli tak hingat dunia budak ni jam dah naik ke 12 malam tak balik-balik lagi, ke nak merasa tidur dekat luar.

Farhannah menguap, sudah masanya untuk dia ke taman mimpi tapi bila diingat kembali yang Kizatul masih belum balik lagi. Ditahan matanya untuk dibuka luas-luas agar tidak tertutup.

Ah budak ni memang nak kena lah. Buat hal pulak hari ni dengan siapa lah dia keluar pun aku tak tahu. Rungut Farhannah dalam hati.

Terus di capai telefon bimbitnya, nombor telefon Kizatul terus didail. Kizatul mundar mandir seperti mak ayam yang kehilangan anaknya.

Talian bersambung..

"Kizat!!! Hang memang nak kena dengan aku ka, dari celik matahari sampai jam nak berangkat ke 12 malam hang tak reti nak balik lagi!"

"Cik oii, jangan risau lagu ni naa. Ceq dah habaq dekat mak usu yang ceq malam ni tiduq dekat rumah kawan ceq Syauqah. Hang jangan dok risau lagu ni okay hehe"

"Kurang asam hang kata gitu dekat ceq. Amboi, macam dah tak hingat jalan pulang dah ya cik Kizatul sampai nak tiduq sana"

"Cik Farhannah bila dah bebel memang macam ni kan. Ceq dekat Pahang!. Assalamualaikum"

Talian terputus.. tet tet

"Dia putuskan talian lagu tu je, takpa sabar Farha sabar" diurut dadanya menahan marah.

Farhannah terus ke bilik air mengambil wudhuk. Di kunci pintu utama, sliding door walaupun sudah berpagar tapi malam ni Farhannah hanya berseorangan di rumah. Sudah pasti dia takut bila duduk seorang diri lagi-lagi kediaman itu sunyi. Di tepis perasaan takut itu jauh-jauh.

Farhannah terus berlalu pergi ke bilik tidurnya. Di ambil posisi untuk tidur setelah dia baring atas katil yang bersaiz queen itu. Diangkat kedua belah tangannya untuk berdoa setelah itu barulah Farhannah menutup kedua-dua kelopak matanya.

JAM sudah menunjukkan pukul 6 pagi, sekujur tubuh yang masih di baluti selimut itu masih nyenyak tidur di temani mimpi yang hanya dia yang tahu.

Iphone 6 nya dari tadi tidak berhenti berbunyi kerana dia sudah memasang alarm untuk mengejutkan dirinya bangun menunaikan tanggungjawab bagi seorang yang beragama islam seperti dirinya.

Farhannah menggeliat di atas katil walaupun begitu matanya masih kekal tertutup dari tadi. Di buat senaman merenggangkan badan agar otot-otot nya lancar bergerak.

Farhannah bangun dan terus dicapai tuala yang sentiasa ada di belakang pintu.

########################################################################

BAB 5 BERSAMBUNG...

APA YANG AKAN TERJADI PADA HARI TU PULA EK?

MACAM MANA KIZATUL? HABISLAH DIA BILA SINGA TU DAH MENGAMUK. HEHE

BILA FARHANNAH NAK PERGI INTERVIEW NI? BILA NAK JUMPA ABANG ATAU ADIK NI.

LAMANYA NAK TUNGGU!

HUHUHU.

SABAR YE.... ;)

APA-APA PUN. TERIMA KASIH DAN......

SELAMAT MEMBACA! 

Abang Atau Adik?? --- Tunggu Seminit!Where stories live. Discover now