Bab 1

3 0 0
                                    



"Awak!"

Najwa berpaling. Siapa yang memanggilku tadi? Setelah pasti dia tersalah dengar, Najwa terus menghayunkan kakinya untuk menuju ke kaunter pembayaran yuran awal persekolahan. Dia tidak mahu terlewat untuk membuat pembayaran kerana kalau dia lambat, pasti ayahnya akan mengamuk sakan. Biasalah, orang seperti ayahnya itu adalah orang yang sangat-sangat mementingkan masa. Almaklumlah, Pengetua MRSM Gemencheh tu memang terkenal dengan perangai buasnya. Oppss, bukan buas tapi garang dan tegas sebenarnya.

"Awak!"

Dia menoleh lagi. Hisy, suara tu panggil siapa sebenarnya? Aku ke? Najwa menoleh ke sekeliling. Dia tidak melihat sesiapa di kawasan aras 2 blok akademik MRSM Batu Pahat itu. Hantukah? Bulu romanya mula menegak seperti kena kejutan elektrik sahaja gamaknya. Baik aku blah cepat-cepat..

"Cik Najwa.."

Alamak! Dia tahu nama aku! Najwa semakin takut. Kalau tidak kerana ayahnya ada bercerita tentang kisah mistik di MRSM ini, taklah dia akan ketakutan seperti itu. Ni mesti bala sebab kutuk ayah tadi. Ayah, ampunkan Najwa!

Dengan separuh kekuatan, Najwa berpaling ke belakang. Dia ingin melihat benda yang memanggil namanya. Berani betullah kau ni, Najwa. Tiba-tiba, dia teringat kempen filem 'Jangan Pandang Belakang'. Tapi, Najwa sudah terlambat. Di hadapannya kini, berdiri 'seekor hantu' berkemeja belang merah putih tanpa kepala. Mana kepala dia?!

Tanpa sedar, Najwa melepaskan satu jeritan nyaring yang kalau orang dengar, memang guarantee lah jadi pekak seumur hidup. Tapi, tak apalah kot kalau hantu yang dengar, mesti tak effect punya. Najwa sempat berfikir perkara begitu. Kerana sepenuh kekuatannya telah digunakan untuk menjerit tadi, tubuhnya terjelepok ke lantai simen itu. Aduh, sakitnya! Najwa sempat mengaduh.

"Awak tak apa-apa?"

Sepantas kilat, Najwa mengangkat wajahnya. OMG! Bidadarakah ini? Najwa seperti terbisu sebentar. Melihat rona lelaki itu yang begitu dekat dengannya, jantungnya berdegup laju bagai mahu tercabut daripada tangkainya. 

AWAKWhere stories live. Discover now