Six

783 125 5
                                    

Jaebum membuka pintu bilik Youngjae malam itu, dan dia perasan yang katil Youngjae kosong. Dia menjadi sedikit keliru sambil tangannya membuka pintu lebih luas. Kelihatan Youngjae sedang meniarap di lantai, menulis sesuatu di dalam buku nota. Youngjae mendongak memandangnya.

"Uhm... naik atas, makan" arah Jaebum ringkas. Youngjae mengangguk tanpa reaksi dan dia memandang ke arah buku itu semula. Jaebum terdiam melihat response Youngjae, dan akhirnya dia menutup pintu semula. Youngjae diam, memandang kosong buku itu sebelum dia mengeluh berat.

"Apa aku buat ni..." keluh Youngjae perlahan. Kemudian dia memandang buku itu lagi. Should I just burn it?

Jaebum pada masa yang sama turut mengeluh di luar bilik Youngjae, terasa sedikit sakit apabila Youngjae bersikap dingin begitu dengannya selepas dia kata yang dia tak nak percayakan Youngjae sebelum ini.

Dia tak lagi cakap pasal Dr.Haerang. Dia tak lagi senyum, tak lagi manja, tak lagi main-main, even tak lagi tidur dengan aku.

Seolah-olah...

Dia dah hilang.

Jaebum hampir sahaja menjatuhkan air mata tetapi dia cepat-cepat menenangkan diri dan berlalu dari ruang bawah tanah itu.

Dia terus menuju ke ruang tamu, duduk di sofa dan dia menekup muka menenangkan diri. Keluhan berat dilepaskan dan dia memandang siling.

I miss my baby...

I miss my little fluffy brother...

I miss my happy pill...

I miss Youngjae.

Clunk!

Jaebum terdengar bunyi dari dalam laci sudu di dapur membuatkan dia sedikit pelik. Makanan semua dah terhidang di atas meja, jadi bunyi apa tu? Dia terus bangun dan menuju ke dapur.

Langkahnya terhenti apabila dia ternampak Youngjae membelakanginya, sedang menyelongkar laci seperlahan mungkin. Dia perhatikan Youngjae hinggalah dia ternampak adiknya itu mengeluarkan pemetik api. Youngjae tersenyum saat dia menyalakan api. This is it.

"Youngjae, Youngjae buat apa?" Jaebum tegur. Youngjae terus tersentak menyebabkan dia terbakar sedikit jarinya.

"Ahh!" Youngjae terlepaskan lighter itu di lantai, tangannya terus memegang jarinya yang sedikit melecur. Jaebum sedikit terkejut, dia terus menuju ke arah adiknya yang menahan pedih.

"Youngjae okay?" Jaebum memegang jari Youngjae itu. Youngjae terus memandangnya dengan muka sedikit takut. Jaebum membalas pandangannya.

"Youngjae nak buat apa dengan lighter tu?" tanya Jaebum dengan muka agak tegas. Youngjae menjadi sedikit gagap untuk menjawab.

"Y-Youngjae nak--"

"Cederakan diri sendiri lagi? Apa pula kali ni? Bakar muka tu?" Jaebum memotong kata-kata Youngjae dengan provokasi membuatkan Youngjae memandangnya dengan tubir mata mula menakungkan air.

Youngjae menjadi sedikit marah, dan dia terus menyentap tangannya dari pegangan Jaebum dan berlalu ke meja makan dengan agak pantas. Mukanya kelihatan bengang dan dia mengelap air matanya kasar sebelum cecair itu sempat mengalir.

Jaebum tersentak. Belum pernah lagi Youngjae melakukan sebegitu padanya sebelum ini jadi dia betul-betul terkedu. Aku... betul-betul kecewakan dia ke?

- - -

Jaebum termenung jauh di ruang tamu malam yang sama. Tadi lepas makan, Youngjae telan ubatnya tanpa perlu diikat pada katil. Jaebum boleh nampak air mata Youngjae mengalir saat dia menghulur pil itu pada Youngjae, tetapi Youngjae tetap memaksa diri untuk menelannya.

Jaebum untuk infiniti kalinya mengeluh, terasa teruk sangat hubungan antara dia dengan Youngjae sekarang. Dia meraup muka, cuba bertenang seketika sebelum dia rasa ada orang duduk di sebelahnya. Dia menoleh dan kelihatan Youngjae memandangnya.

"Hyung tak tidur lagi?" tanya Youngjae lembut. Jaebum diam seketika sebelum mengeluh lagi dan menggeleng.

"Kenapa Youngjae tak tidur lagi?" tanya Jaebum pula. Youngjae memandang kakinya, kelihatan agak janggal dengan Jaebum.

"Youngjae belum ngantuk" kata Youngjae membuatkan Jaebum teringat sesuatu. Dulu, dia sering menyanyi lagu-lagu yang tenang untuk tidurkan Youngjae. Kata-kata Youngjae membuatkan dia teringat kenangan lama itu tetapi dia masih tak berani untuk bertindak lebih-lebih terhadap Youngjae.

"Youngjae nak hyung--"

"Hyung"

Jaebum terdiam saat Youngjae mencelah sambil memandangnya. Youngjae kelihatan sedikit kecewa tetapi reaksinya lebih kepada serious. Jaebum terus mendiamkan diri untuk menunggu kata-kata Youngjae yang seterusnya.

"Hyung memang tak percaya Youngjae, kan?" kata Youngjae dan seperti yang Jaebum dapat agak, persoalan itu akan dikeudarakan. Dia mengeluh kecil dan dia memusingkan badan sedikit menghadap Youngjae.

"Kalau Youngjae stop cakap buruk pasal Dr.Haerang, hyung mungkin akan mula percayakan Youngjae" kata Jaebum seolah-olah meminta Youngjae untuk berjanji. Youngjae mula menakungkan air mata.

"Then, patut ke Youngjae menipu selamanya?"

Jaebum terdiam. Dia betul-betul tak tahu apa yang patut dia cakap jadi dia pandang ke lantai, mukanya kelihatan malas untuk berdebat tentang perkara itu walaupun hakikatnya dia tak tahu apa nak jawab. Melihat Jaebum yang masih senyap, Youngjae bertindak untuk menyambung kata-katanya.

"Hyung, Youngjae buat semua ni sebab Youngjae tak nak hyung rasa menyesal" kata Youngjae lembut. Jaebum tiba-tiba tergelak kecil, penuh sinis.

"Apa yang Youngjae tahu pasal 'menyesal'?" kata Jaebum perlahan tetapi didengari Youngjae membuatkan Youngjae tersentak. Air matanya terbentuk dan penumbuknya digenggam.

"Then, apa yang hyung tahu?" Youngjae membalas soalan membuatkan Jaebum terus memandangnya, terkejut. Youngjae membalas pandangan Jaebum dengan tajam.

"Jangan nak berbalah dengan Youngjae pasal 'menyesal'. Hyung tak tahu apa pun kalau nak dibandingkan dengan Youngjae" kata Youngjae agak tegas dan air matanya jatuh.

"Youngjae bunuh omma dengan appa. Kalau hyung rasa hyung dah pernah menyesal teruk sebelum ni, hyung cuba bandingkan dengan penyesalan Youngjae. Youngjae dah bunuh orang yang Youngjae sayang tanpa Youngjae sendiri sedar and apa yang Youngjae tahu... darah diorang dah ada dekat tangan Youngjae" sambung Youngjae di antara suaranya yang bergetar menahan sebak. Air mata Jaebum terbentuk.

"Sejak tu Youngjae tak pernah stop menyesal, tak pernah stop salahkan diri sendiri. Youngjae bukan menyesal sebab Youngjae bunuh omma appa. Youngjae menyesal sebab Youngjae ni wujud dekat dunia ni. Youngjae menyesal dengan kewujudan Youngjae" air mata Youngjae mengalir semakin laju.

"Youngjae tahu betapa sakitnya rasa 'menyesal' tu. Jadi Youngjae tak nak hyung rasa benda yang sama juga"

"...Youngjae sayang hyung." kata Youngjae, akhirnya tangisannya dilepaskan. Jaebum terkelu, dia sangat tak sangka itu yang tersimpan dalam hati Youngjae selama ini. Youngjae kemudian terus bangun dan berlalu pergi, meninggalkan Jaebum yang mengalirkan air mata.

Gosh.

What have I done? My baby is so in pain, and apa yang aku buat hanyalah kecewakan dia.

I'm hurting him so much more.

[C] Sociopath | Got7 2Jae Malay FanficWhere stories live. Discover now