Two

853 113 10
                                    

"Hyung, jebal..." rayu Youngjae lemah sambil dia memandang abangnya yang sedang cangkung sambil mengetatkan ikatan tubuhnya dengan sebuah kerusi. Air matanya mengalir seperti biasa, tetapi dia tidak meronta dengan aggresif.

Sebab dia dah diberi suntikan.

Setiap kali hari dia berjumpa dengan pakar, aku terpaksa suntik dia dengan sejenis ubat yang membuatkan dia lemah sekejap. Cukup sekejap untuk membiarkan aku ikat dia dekat kerusi. Ya, dia perlu diikat setiap kali dia jumpa pakar.

Sebab dia hampir bunuh pakar yang sebelum ni.

Youngjae tiba-tiba berhenti merayu, dia hanya memandang Jaebum yang cuba tidak memandang mata berairnya itu.

"Hyung..." panggil Youngjae perlahan dengan suara seraknya membuatkan tangan Jaebum berhenti bergerak. Jaebum memandang adiknya yang masih mengalirkan air mata. God, this is so painful.

"I don't want to see her..." kata Youngjae dengan volume yang sama. Jaebum dapat rasakan yang Youngjae betul-betul maksudkan ayat itu apabila dia dapat lihat getaran di dalam mata Youngjae.

"Hyung, please... Dia sakitkan Youngjae" rayu Youngjae lagi dan air matanya mengalir semakin deras. Tanpa Youngjae sedar, Jaebum mencengkam penumbuknya kuat, cuba menahan reaksi dan hatinya daripada kalah dengan rayuan adiknya.

"Youngjae" Jaebum memegang pipi Youngjae dan ibu jarinya terus mengelap air mata Youngjae yang mengalir ke pipi.

"Youngjae tahu ni yang terbaik untuk Youngjae, kan?" sambung Jaebum, nadanya dilembutkan supaya Youngjae lebih bertenang. Sebaliknya Youngjae menggeleng, air matanya mengalir deras lagi.

"No, hyung--"

"Im Youngjae, dengar cakap hyung" Jaebum mencelah dengan agak tegas membuatkan Youngjae terdiam. Youngjae terkedu seketika sebelum dia bersuara seakan berbisik.

"Then stay"

Jaebum tersentak. Air mata Youngjae semakin perlahan.

"Kenapa hyung mesti keluar rumah setiap kali Youngjae jumpa doktor?" tanya Youngjae membuatkan Jaebum terus memandang bawah.

"Hyung... tak boleh" jawab Jaebum dan dia memandang semula ke arah Youngjae. "Doktor kata hyung akan ganggu fikiran Youngjae kalau hyung ada dengan Youngjae"

"Hyung, tu--" kata-kata Youngjae terputus apabila pintu rumah mereka dibuka dan seorang wanita awal 30-an melangkah masuk. Mereka memandang wanita itu melangkah ke arah mereka.

"Maaf, saya agak lambat" kata wanita bernama Haerang itu. Jaebum kembali memandang Youngjae dan Youngjae membalas pandangan Jaebum dengan anak matanya membuktikan ketakutan dalam dirinya.

"Hyung, don't go..." rayu Youngjae seperti berbisik.

"I'm scared..."

Hati aku hancur.

Jaebum menggenggam penumbuk, muka motionlessnya mula jelas. Youngjae lantas menggeleng laju apabila Jaebum berdiri tegak. Tangisan Youngjae mula menjadi-jadi, dan dia meronta untuk melepaskan diri.

"Hyung, jangan pergi! Hyung, jangan tinggalkan Youngjae, please!!" rayu Youngjae kuat, oleh kerana suntikan itu tidak lagi berkesan terhadapnya. Jaebum seperti biasa, memekakkan telinga dan dia melangkah keluar dari rumah itu.

- - -

Jaebum meraup muka, mindanya langsung tak dapat dielakkan dari fikir tentang Youngjae di rumah. Sekejap-sekejap dia melihat jam tangannya, memastikan yang dia pulang ke rumah tepat jam 6 iaitu masa terapi Youngjae tamat.

Kawan baiknya yang berada di hadapan seperti tak wujud. Yoongi menongkat dagu, memandang Jaebum yang tak senang duduk itu dengan reaksi judging. Suasana cafe tempat mereka lepak itu langsung berbeza dengan situasi mereka.

"Aku rasa kau patut buat something yang fun. At least buat kau lupakan adik kau kejap" kata Yoongi dan matanya beralih pada surat khabar yang sedang dibacanya. Jaebum mengeluh berat.

"Aku tak boleh. Well, obviously aku tak patut lupakan adik aku langsung and sepatutnya aku tak perlu risau pasal dia sebab dia tengah buat psychology-theraphy. Tapi aku tak boleh" adu Jaebum, nadanya agak stress. Yoongi nampaknya tak berminat oleh kerana matanya tertumpu pada tajuk di surat khabar itu.

'Seorang psychopath wanita melarikan diri dari pusat pemulihan'

Yoongi ketawa kecil, nada tak ikhlas. "Aku tertanya-tanya kenapa makin ramai orang ada masalah mental" kata Yoongi, mula membaca butiran berita itu.

"Neh, dunia nak kiamat" jawab Jaebum selamba dan dia melihat jam lagi. Gosh, lambatnya masa berlalu!

"Aku kadang-kadang rasa pelik kenapa Youngjae takut nak jumpa doktor dia. Dia asyik halang aku dari keluar rumah" kata Jaebum, dahinya sedikit berkerut memikirkan hal itu.

"Maybe kau patut dengar cakap dia. Maybe kau tak patut keluar" kata Yoongi, menyelak muka surat sebelah. Jaebum memandangnya tajam.

"Then what? Biarkan terapi tu tak berjalan dengan baik?" perli Jaebum dan dia gulingkan mata. Yoongi tak memberi response.

- - -

"Nampaknya masih belum ada perubahan terhadap Youngjae. Tapi tak apa, mungkin dia masih keliru dengan fikiran dia. Pastikan dia tak lupa makan ubat dan suntikan. Bagi extra dos kalau dia mengamuk" kata Haerang panjang lebar seperti biasa dan Jaebum mengangguk faham.

Doktor Haerang ialah pakar ke-3 yang merawat Youngjae selepas doktor sebelumnya hampir mati disebabkan Youngjae. Doktor sebelumnya itu dikatakan dah berhenti, dan Doktor Haerang dah merawat Youngjae hampir dua bulan.

Sejurus Jaebum melihat kereta Haerang berderum pergi, dia menoleh ke dalam rumahnya dan melihat Youngjae tak sedarkan diri dalam keadaan tubuhnya masih diikat di kerusi. Jaebum mengeluh kecil.

[C] Sociopath | Got7 2Jae Malay FanficWhere stories live. Discover now