Part 21

53 4 0
                                    

Malam itu..

kelihatan edy menulis sesuatu diatas sekeping kertas. Pintu bilik johan kemudian dibuka perlahan-lahan dan terus menuju kearah seluar johan yang tersangkut pada dinding. Kemudian kertas itu dimasukkan kedalam poket seluar itu. Johan yang sudah lama diulit mimpi langsung tidak menyedari akan kehadiran edy didalam biliknya. "jumpa lagi jo.." bisiknya didalam hati.

........................

Johan tersentak dari tidurnya apabila mendengar bunyi bising diruang tamu. Bila diamati betul-betul dia terdengar beberapa orang lelaki sedang berbual-bual. Disusuli pula dengan bunyi barang-barang kaca pecah. Johan tidak sedap hati lalu dia bangkit dari tidurnya. Jam pada dinding dikerling. Sudah pukul 3 pagi. Perlahan-lahan dia keluar dari biliknya dan menuju kearah bilik edy yang hanya bersebelahan dengan biliknya. Namun johan tersentak apabila mendapati bilik itu kosong. Edy sudah tiada.katilnya dihias kemas.

Lamunan johan terhenti apabila dia mendengar seseorang sedang berlari menaiki tangga. Pintu yang terbuka tadi terus ditutup perlahan-lahan. Lampu bilik juga terus dimatikan. Dia kemudian menyorok disebalik pintu. Beberapa saat kemudian pintu itu dikuak dari luar. Pada bayang-bayang johan perhatikan seorang lelaki sedang berdiri dimuka pintu itu. Ditangan lelaki itu pula digenggam sepucuk pistol. Lelaki itu terus maju kedepan. Belum sempat dia bertindak,johan terus menendangnya kedepan. Lelaki itu hilang seimbangan badan lalu tersungkur jatuh. Kepalanya pula terhantuk pada meja solek dan terus tidak sedarkan diri.

Pistol pada tangan lelaki itu dirampas johan. Sempat juga dia mencabut kelongsong peluru. Kemudian kelongsong itu dimasukkan semula kedalam pistol berkenaan. Johan tersentak apabila seorang lelaki cuba masuk kedalam bilik itu dan terus menembaknya. Nasib baik johan cepat bertindak. Dia beguling kekanan dan melepaskan tembakkan kearah kepala lelaki itu.

Oleh sebab bunyi tembakkan itu terlalu kuat maka rakan-rakan lelaki itu pun terus meluru kearah johan dengan segera. Johan bertindak cepat keluar dari bilik itu dan meluru kearah mereka yang sedang berlari menaiki anak tangga. Satu persatu tumbang apabila johan menembaknya. Namun pistolnya sudah kehabisan peluru.

Seorang lelaki cuba untuk menembaknya tetapi tangan yang mengacukan pistol itu sempat dipaut oleh johan dengan tangan kirinya. Tangan lelaki itu dipulas kuat. ''krakk !!'' bunyi tulang patah kedengaran. Kemudian siku tangan kanannya pula singgah tepat pada batang hidung lelaki berkenaan. Darah tersembur keluar dari hidungnya. Pagar pada tangga itu tercabut akibat rempuhan lelaki itu selepas johan menendangnya kuat.

Kini semuanya sudah terbaring diatas lantai. Ada yang mati,ada yang pengsan dan ada juga yang cedera parah. Cuma tinggal seorang sahaja lagi yang masih hidup. Lelaki yang agak sado itu kelihatan sedang duduk tenang diatas sofa. Apa yang berlaku dihadapannya tadi langsung tidak dihiraukannya. Seolah-olah nyawa pengikutnya langsung tidak berharga baginya. Kepalanya tertunduk kebawah. Matanya terpejam rapat. Johan pelik melihat reaksi lelaki itu. Kehadirannya pun tidak diendahkan.

"apa yang kau nak?" soal johan. Namun lelak itu tidak menjawab pertanyaannya. "aku Tanya ni..apa yang kau nak hah,bodoh?!". Tengking johan. Lelaki itu kemudian membuka matanya dan mendongak melihat johan. Lelaki itu tersenyum sinis. "hidup lagi kau ye.." ujarnya. Suaranya yang agak kasar dan garau itu membuatkan johan sedikit resah.

..................

"hello polis? Err..makcik nak buat laporan..makcik ada dengar bunyi tembakkan dekat rumah jiran makcik ni..bo-boleh tuan datang sekarang tak? Kata puan Leha tergagap-gagap. Seorang nenek tua yang hanya tinggal keseorangan dirumahnya. Dia yang mengidap penyakit anemia itu memang susah untuk tidur. Baru sahaja dia cuba pejamkan mata tiba-tiba satu tembakan kuat jelas kedengaran dari arah rumah jirannya itu membuatkannya tersentak.

"bunyi tembakkan? alamat?baik.. baik puan..kami akan hantar bantuan kesana sekarang.." talian terus dimatikan.

******************************************************************

~~tak tau la korang paham ke idok ngan part ni..aku sndiri pun pening..hhaha  

THE MAN FROM NOWHERETempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang