Part 19

40 5 0
                                    

"aku dengar kau tanam orang malam tadi,betul ke?" soal Zamri rakan kongsinya sambil menghayungkan kayu golf ditangannya. Pandanganya hanya tertumpu kearah bola yang terbang jauh dihadapannya. Matanya dirapatkan sedikit untuk menjadikan pandangannya lebih jelas."yes! Dekat dah dengan lubang tu.." jeritnya. Pandangannya dialih pula kepada Benjamin yang dari tadi sedang memilih kayu golf yang terdapat pada begnya. "betul lah tu..baru padan dengan muka dia..berani betul dia nak lawan aku.." balas Benjamin. Kini giliran dia pula untuk memukul bola golf. Kuda-kuda dipasang dengan betul. Kemudian kayu golf terus dihayungkan. "sekarang dah takde sapa-sapa lagi yang boleh ganggu bisnes aku." senyuman dilirikkan kearah Zamri. "hmm..suka hati kaulah..". mereka berdua terus beredar dengan menaiki bugi menuju kearah bola golf tadi.

.....................

3 buah Kereta Toyota crv hitam terus meluncur laju menuju kearah pesisir pantai lumut. Pantai yang agak teruk kawasannya. Suasana disitu sangat sunyi kerana pantai itu tidak menjadi pilihan orang ramai kerana keadaan pantainya yang agak kotor dengan sampah sarap. Jadi ianya  memudahkan Black Orchid menjalankan kegiatan mereka.

Terdapat beberapa buah bot sudah lama menunggu ketibaan mereka. Awak-awak bot kelihatan sedang berdiri megah diatas bot mahupun diatas pasir pantai. Senjata api sudah siap sedia berada ditangan mereka menanti segala kemungkinan yang bakal berlaku. Bunyi derungan enjin kereta mematikan segala lamunan mereka.

Selepas beberapa minit,Benjamin dan pengikut-pengikutnya berjalan keluar dari semak tidak jauh dari pesisir pantai. Selepas mengesahkan lelaki yang berjalan kearah mereka, ketua kumpulan itu segera mengarahkan anak-anak buahnya menurunkan beberapa buah tong-tong ikan besar dari bot. kemudian tong-tong ikan itu disusun diatas pasir pantai.

"sawadikap mr.Namrott.." ucap Benjamin. Kedua-dua tangannya dirapatkan sambil menundukkan kepalanya 30 darjah. "sawadikap mr.benjamin.." balas Namrott. Tanpa membuang masa banjamin terus membuka tong-tong ikan dihadapannya. Penuh dengan ikan-ikan. Tetapi bukan itu yang dimahukan oleh Benjamin tetapi barang dibawah ikan-ikan tersebut yang dimahukannya. Dino segera memasukkan tangannya dan mengeluarkan barang tersebut.

"this is what you what,right mr.benjamin?" soal Namrott. Benjamin hanya membisu. Pandangannya hanya tertumpu kearah barang yang disusun diatas pasir itu. "F2000 Assault Rifle berkaliber 5.56mm dan jangkauan hingga 500 meter..dapat membuat 850 putaran dalam satu minit! Yes! Of course this is what I want!" balas Benjamin membuatkan Namrott tersentak.

Satu senyuman kemudian terukir dibibirnya. "well..thats good! So..where's my money?" soal Namrott. M16 yang dipegangnya dihalakan kehadapan. Benjamin mengerti tindak balas dari Namrott itu. Lantas dia memberi isyarat kepada Rex. Dua buah beg hitam kemudian diserahkan kepada Namrott. "hmm..so heavy..well,enjoy with your guns!" ujar Namrott sambil berlalu. 

"wait mr.Namrott! are you does't want count that money first?" pertanyaan Benjamin itu mematikan langkahnya."no need to..i'm believe in you..see you soon mr.benjamin.." enjin bot dihidupkan dan mereka terus meninggalkan tempat itu dengan segera."gila banyak 'pistol'! kau nak buat apa dengan benda ni Benjamin?" getus hati edy. Dia hanya sekadar menjadi pemerhati saja dari tadi. Dia segera membantu rakan-rakannya mengangkat senjata api itu dan dimuatkan kedalam kereta.

......................

"kau jangan bimbang,jo..aku akan tolong kau selamatkan husna..biar nyawa aku jadi penganti sekalipun!". Kata-kata dari edy masih lagi tergiang-giang didalam benaknya. Betul ke edy akan membantu aku? Macammana kalau dia tikam aku dari belakang macam tempoh hari?. Fikirnya. Fikirannya agak kusut. "tidak! Aku mesti selamatkan husna dengan tangan aku sendiri! tapi..macam mana? Fikirannya terhenti. Dia sudah tidak ada apa-apa lagi. Pistol kesanyangannya juga sudah hilang entah kemana.

Bunyi derungan ejin turbo yang diparkir didepan rumah segera mematikan lamunannya. "Jo! Jo! Aku ada something nak tunjuk kat kau ni!" jerit Edy dari luar rumah. Johan tidak mengendahkan panggilan itu. Dia hanya terbaring diatas sofa.Matanya ditutup rapat. "jo! Aku ada something nak bagi kat kau..aku pasti kau akan suka..dan..kau boleh guna benda ni selamatkan husna!" kata-kata edy itu membuatkan johan tersentak. Matanya dibuka luas. "apa kau kata?". Edy hanya melemparkan senyuman kepadanya. "jom! Ikut aku.."

...............................

"ma-mana kau dapat benda ni? Kalau tak silap aku..ini F2000! Rifle dari belgium! Mana kau dapat ni?!" soal johan serius. Suaranya diperlahankan sedikit takut jiran tetangga mendengar perbualannya. Pandangannya dikalih kekiri dan kekanan. Selama dia hidup belum pernah lagi dia melihat senjata api itu depan matanya. Dia hanya sekadar melihat didalam tv dan dari majalah sahaja.

*******************************************************************

~~hahaha..xtau ler betui ke tak bahasa omputeh aku tu..aku pakat bedal je..

thanks pokcik gugel sebab tanpa kau disisi..aku takkan tahu pasal rifle tu..hehehe..

THE MAN FROM NOWHEREWhere stories live. Discover now